11 PERKARA PENTING YANG PERLU ADA DALAM LAUNCHING PLAN
Dalam launching, antara yang paling penting adalah PERSEDIAAN & PERSIAPAN.
Tak kira lah nak launching produk, servis, atau bisnes baru, kena ada beberapa perkara penting yang korang kena consider.
Kalau tak, nanti launching korang akan fail.
Kalau korang as a founder, nak tak nak korang kena brainstorming dengan team korang untuk dapatkan idea2 dan strategi baru untuk launching..
Tak boleh idea founder saja tau! Kena ada input dari tim korang…
Dan bila dah ada input tu, korang kena bentangkan & present dalam meeting as a “LAUNCHING PLAN”, sebelum masuk final FINALISED LAUNCHING PLAN..
Banyak benda kena fikir dan plan supaya semua berjalan lancar, supaya korang dapat result yang luar biasa!
Korang nak tau apa yang penting kena ada dalam launching plan?
#1. Kempen Yang Nak Dibuat
Korang kena jelas apa kempen yang nak dibuat.
Nak buat giveaway ke, contest ke, pre-order ke, semua tu kena decide awal-awal.
Jangan nanti dah dekat hari launching, baru terkial-kial nak fikir.
Clear betul-betul apa yang korang nak buat.
Ini termasuklah jenis kempen, platform mana nak guna, dan macam mana nak tarik perhatian audience.
Saya bagi contoh la ye..
a. Giveaway: korang boleh bagi produk korang secara percuma kepada beberapa pemenang bertuah. Nak lagi best, buat giveaway kat Instagram atau Facebook. Syaratnya mudah je, suruh followers like, share, dan tag kawan-kawan diorang. Lagi ramai yang join, lagi viral produk korang!
b. Contest: Kalau korang jual pakaian, buat contest OOTD Challenge. Suruh followers post gambar pakai produk korang dengan hashtag tertentu, dan pemenang dengan outfit paling kreatif atau paling banyak likes akan menang hadiah menarik. Contest ni boleh naikkan engagement dan buat orang lebih aware dengan brand korang.
c. Pre-order: Korang jual gadget terbaru yang semua orang nak. Buka pre-order beberapa minggu sebelum launching, dan bagi diskaun atau hadiah eksklusif untuk yang buat pre-order. Ni boleh buat orang rasa lebih eksklusif dan tak sabar nak tunggu hari launching.
d. Live launch event: Buat live launch event kat social media. Korang boleh buat live di Instagram, Facebook, atau YouTube, dan tunjukkan produk korang secara live. Boleh ajak followers join live, tanya soalan, bagi feedback, dan ada sesi giveaway secara live. Live event ni buat followers rasa lebih dekat dan engage dengan brand korang.
Yang penting, pilih kempen yang sesuai dengan produk dan target market korang. Lagi kreatif dan menarik kempen korang, lagi ramai orang akan tertarik.
Dapat?
#2. Timeframe
Timeframe ni adalah jadual atau tempoh masa yang korang tetapkan untuk setiap langkah dalam launching plan.
Kalau korang tak plan masa dengan baik, boleh jadi huru-hara nanti.
Korang kena start planning awal-awal. Jangan last minute baru nak fikir.
Ideally, korang patut mula plan at least 2-3 bulan sebelum hari launching.
Masa ni korang boleh buat research, design kempen, prepare semua material dan atur strategi korang.
Korang kena susun semuanya ikut kalendar.
Kalau tak beri perhatian pada timing, boleh efek kepada result launching korang.
- Jangan pilih tarikh yang clash dengan event besar lain. Contoh, kalau ada perayaan besar atau event lain yang boleh distract perhatian orang, better elakkan.
- Sediakan backup plan. Kadang-kadang ada benda yang tak jadi seperti yang dirancang, jadi korang kena flexible dan ready untuk adjust plan.
- Set reminder untuk setiap milestone dalam timeline korang. Boleh guna tools macam Google Calendar, Trello, atau Asana untuk keep track semua aktiviti.
So, dengan timeframe yang teratur dan planning yang rapi, korang boleh pastikan launching korang berjalan lancar dan berjaya.
Jangan rushing, dan pastikan semua step ikut jadual.
#3. Offer dalam launching
Dalam setiap launching, mesti ada offer yang menarik. Ni sebagai tarikan dan push factor untuk pelanggan bertindak laju untuk dapatkan produk korang.
Boleh buat offer macam early bird discount ke, bundle ke, free gift ke.
Saya bagi beberapa idea offer:
a. Diskaun Eksklusif: Diskaun ni boleh menarik perhatian pelanggan yang mungkin masih berfikir untuk beli. Harganya jadi lebih “mampu milik” dan boleh dorong mereka untuk ambil tindakan cepat.
b. Bundle Offer: Bundle ni bagus sebab orang akan rasa dapat lebih value dengan harga yang mereka bayar. Lagi banyak produk mereka beli, lagi banyak penjimatan yang mereka dapat.
c. Free Gift: Offer ni boleh tarik perhatian dan buat pelanggan rasa special. Biasanya, pelanggan suka dapat tambahan tanpa perlu bayar lebih.
d. Early Bird Offer: Ni bagi insentif untuk pelanggan beli awal. Ini dakan buatkan mereka untuk beli sebelum stok habis atau offer tamat.
e. Loyalty Points atau Reward: Dengan loyalty points, korang galakkan pelanggan untuk terus membeli produk korang lagi di masa akan datang.
f. Limited Edition Offer: Offer ni buat produk korang nampak eksklusif dan unik. Orang akan rasa rugi kalau tak grab peluang ni sebelum terlambat.
g. Free Shipping: Kos penghantaran boleh jadi faktor penentu untuk pelanggan. Dengan offer free shipping, pelanggan akan lebih teruja nak beli sebab tak perlu fikir pasal kos tambahan.
Jadi, offer yang menarik boleh jadi game changer untuk launching produk korang.
Korang boleh tarik lebih banyak pelanggan dan buat mereka rasa excited untuk beli produk korang. Pastikan offer ni kena dengan target market dan objektif korang.
#4. Target market
Step ni sangat penting sebab ia membantu korang:
- Fokus Marketing – Boleh buat kempen marketing yang lebih terarah.
- Jimat Kos – Elakkan spend duit pada audience yang tak relevan.
- Tingkatkan Jualan – Dengan pendekatan yang tepat, korang boleh tingkatkan conversion rate.
Siapa audience korang? Kenal pasti golongan umur, jantina, minat, dan lokasi.
Ini akan bantu korang create content yang relevan dan berkesan.
Kena kenal pasti target market korang. Korang jual produk ni untuk siapa? Student ke, ibu-ibu muda ke, penggemar fitness ke?
Jika korang dah ada pelanggan, tanya mereka tentang minat, masalah, dan keperluan mereka. Ini boleh bagi korang idea yang lebih jelas tentang siapa target market korang.
Lebih spesifik target market korang, lebih senang nak buat marketing.
Bila korang tahu siapa target market, korang boleh buat marketing yang lebih tepat dan berkesan.
#5. Material for launching
Okay, bila korang lancarkan produk baru, selain dari plan dan strategi, ada beberapa material yang korang perlukan untuk pastikan launching korang berjaya!
Video, gambar commercial, behind the scene, template, guideline, system, training, semua tu penting untuk support launching korang.
Buat check list untuk semua bahan2 yang korang perlukan sebelum launching.
Pastikan tiada yang tertinggal.
Sebelum launching, test semua tool dan prop untuk pastikan semuanya berfungsi dengan baik.
Contoh, test sistem pembayaran, video playback, dan website load time.
Sediakan backup plan jika ada masalah teknikal atau isu lain semasa launching.
Make sure semua benda ni ready sebelum hari launching.
#6. Launching funnel
Ni adalah roadmap untuk guide produk korang dari peringkat awal sampai ke tahap jualan.
Ia terdiri daripada beberapa fasa yang akan bantu korang attract, engage, dan convert audience menjadi pelanggan.
Ada 5 fasa yang saya nak share:
a. Prospecting: Korang kena cari dan identify potential leads atau pelanggan yang mungkin berminat dengan produk korang. Ini adalah masa untuk explore dan gather senarai orang atau companies yang sesuai dengan niche korang.
b. Seeding: Ini adalah masa untuk share info awal produk, tanpa perlu menjual, seperti teaser dan preview. Ini dapat tingkatkan curiosity dan excitement untuk produk sebelum launching.
c. Buzz: Korang start create excitement dan hype, boost visibility dan reach lebih ramai audience untuk promosikan offer korang. Ini adalah masa untuk build momentum dan pastikan ramai orang tahu tentang pelancaran produk.
d. Launching: Ini adalah masa untuk push hard sell. Korang hanya fokus pada conversion dan drive sales semasa launching.
e. Closing: Fasa terakhir, korang kena create urgency supaya bertindak. Korang juga kena plan strategi untuk follow up dengan pelanggan dan continue engagement. Ini juga masa untuk analisa performance, identify apa yang perlu diperbaiki dan cari peluang untuk improvement.
Faham?
#7. Sales strategy
Korang kena ada plan untuk boost dan capai target sales. Ada banyak cara yang korang boleh gunakan, tapi saya nak share 4 strategi penting:
a. Follow up: Ini cara yang efektif untuk convert leads yang belum lagi jadi customer, dan pujuk mereka untuk buat pembelian. Korang juga dapat bina relationship dan trust untuk jangka panjang.
b. Upsell: Korang boleh offer produk atau servis extra yang lebih mahal kepada pelanggan semasa proses pembelian. Tujuannya, untuk tingkatkan average order value setiap transaction.
c. Referral: Korang boleh dapatkan pelanggan baru melalui recommendation dari existing customer. Ini adalah cara yang paling mudah nak jana sales dengan kos yang murah, sebab orang lebih trust recommendation daripada orang yang mereka kenal.
d. Retention: Gunakan strategi ni untuk pastikan pelanggan sedia ada terus berbelanja dan kekal loyal kepada brand korang. Nak convert existing customer lebih murah daripada dapatkan new customer.
Ok? Boleh sambung?
#8. Marketing strategy
Korang kena buat plan marketing strategy untuk menarik dan engage customer yang betul, untuk kempen launching korang. Antara strategi yang boleh digunakan:
a. Advertising: Korang boleh target kepada audience yang spesifik berdasarkan demografi, interests, dan behaviour. Ini boleh dilakukan di pelbagai platform, seperti Facebook Ads atau Instagram Ads untuk target audience berdasarkan interests dan lokasi.
b. Influencer marketing: Korang boleh gunakan pengaruh influencer untuk promote produk atau servis korang. Influencer ni biasanya ada ramai followers dan pengaruh yang besar dalam niche tertentu. Mereka boleh bantu korang reach audience yang lebih luas.
c. Content marketing: Strategi ni untuk attract dan engage audience dengan membuat content yang valuable dan relevant. Content ni boleh dalam bentuk blog, video, infografik, atau gambar.
d. Collaboration: Korang boleh kerjasama dengan brand lain, influencer atau public figure untuk achieve tujuan marketing bersama. Korang boleh manfaatkan resources dan kekuatan bersama untuk buat marketing yang lebih impactful.
Kita sambung point seterusnya..
#9. Projection
Korang kena buat forecast bagaimana bisnes korang akan perform dalam 6-12 bulan atau lebih, berdasarkan research, data dan trend semasa, yang realistik.
Ini boleh melibatkan anggaran sales, expenses, dan profit.
Tak faham? Ok, saya explain secara ringkaas..
a. Financial Projection: Buat forecast revenue, kos, dan keuntungan berdasarkan data sejarah dan anggaran masa depan
b. Sales Projection: Analisis data jualan terdahulu, trend pasaran, dan strategi pemasaran untuk buat forecast jualan. Masukkan faktor musim atau perubahan dalam pasaran yang mungkin mempengaruhi jualan.
c. Market Projection: Kajian pasaran, analisis pesaing, dan tinjauan trend industri untuk forecast bagaimana pasaran akan berubah. Ini bantu korang merancang strategi untuk kekal relevan.
d. Growth Projection: Analisis data growth sebelum ini dan pertimbangkan faktor-faktor seperti launch produk baru, tambah bajet marketing, atau investment baru.
Projection ni dapat bantu korang merancang, mengurus risiko, dan menetapkan matlamat yang realistik.
Nak lagi?
#10. Budget
Korang kena buat anggaran berapa banyak duit yang korang plan nak spend dan dapatkan dalam tempoh tertentu.
Budget bantu korang tahu berapa banyak duit yang korang boleh belanja untuk pelbagai perkara.
Korang boleh rancang untuk capai matlamat kewangan, seperti untuk simpanan atau pelaburan jangka panjang.
Bajet yang baik bantu korang elakkan berbelanja lebih daripada kemampuan dan mengurangkan risiko hutang.
Ia melibatkan semua kos operasi, marketing, dan investment yang bisnes korang perlukan.
Budget ni adalah roadmap financial korang – ia tunjukkan ke mana duit korang pergi dan bantu korang capai matlamat kewangan.
Ini boleh elakkan pembaziran, capai matlamat kewangan, dan mengurus risiko kewangan.
Setuju?
#11. Team
Siapa yang akan handle marketing, siapa yang akan handle sales, siapa yang akan handle customer service, semua tu kena assign awal-awal.
Jangan semua nak buat sendiri, nanti burn out.
Team yang bagus bantu korang capai matlamat bisnes dengan lebih cepat dan efisien.
Team yang kuat akan bawa bisnes korang ke tahap yang lebih tinggi.
Rancang struktur team berdasarkan tugas yang perlu dilakukan, seperti pemasaran, jualan, kewangan, atau operasi.
Pastikan setiap ahli team tahu apa tanggungjawab mereka dan apa yang diharapkan daripada mereka.
Buat job description yang jelas dan kongsikan matlamat serta KPI (Key Performance Indicators) untuk setiap role.
Sediakan program latihan, workshop, atau kursus yang berkaitan dengan kerja mereka untuk tingkatkan kemahiran dan pengetahuan.
Korang kena bahagikan tugas dan tanggungjawab untuk setiap team, jadi kerja lebih cepat siap dan kurang stress.
Dah habis baca?
Dengan panduan ni, korang boleh buat launching yang lebih high impact dan teratur.
So, sekarang korang dah ready untuk launch produk baru dengan lebih yakin.
Ambil semua ilmu yang korang dah dapat ni dan mula plan launching korang.
Jangan bertangguh lagi!
Semua tips dan langkah dah korang tahu, tinggal apply je.