Tutorial Cara Guna Google Trends Yang Akan Bagi Petunjuk Dimana Prospek Anda Berada.

Untuk kali ni, Sifufbads nak tunjukkan anda bagaimana untuk guna Google Trends. Mungkin ada yang tanya, kenapa perlu gunakan Google Trends ni? Banyak kelebihan untuk anda bila anda guna Google Trends ni..Nak tahu? Teruskan membaca..

  1. Beri bayangan dimana audien anda ‘bersarang’ based on kawasan (negeri atau bandar).
  2. Beri idea bila masa sesuai anda buat promosi yang berkesan.
  3. Bagi gambaran keywords yang anda boleh masukkan dalam copywriting atau bila setting iklan Google Adwords.
  4. Data dalam bentuk graf yang boleh digunakan untuk analisis dan optimize mengenai niche atau bisnes anda.
  5. Boleh tahu predict trending bisnes untuk tahun akan datang based on data yang dipaparkan.

Jadi sekarang, Sifufbads akan tunjukkan kepada anda semua STEP by STEP bagaimana untuk gunakan Google Trends ni..Dah ready ke nak belajar ni?

Saya dah ready Sifufbads..Dari semalam lagi..

Baiklah..Kalau dah ready, jom Sifufbads tunjukkan step2 nya..

LANGKAH 1:

Step pertama, anda boleh taip keywords Google Trends diruangan Google Search. Ataupun anda boleh terus KLIK link ni https://trends.google.com/trends/ untuk terus ke Google Trends.

LANGKAH 2:

Ini adalah dashboard utama untuk Google Trends yang disetting secara default oleh Google. Disini, anda boleh pilih negara yang anda ingin gunakan. Contohnya, anda boleh pilih Malaysia.

LANGKAH 3:

Bila anda dah pilih negara yang ingin digunakan. Disini, anda boleh lihat trending stories pada tarikh/hari tersebut.

LANGKAH 4:

Pada langkah seterusnya, anda boleh masukkan keywords yang relevan dengan bisnes anda. Sebagai contoh disini, Sifufbads masukkan keywords “baju kurung”.

 

LANGKAH 5:

Disini, ada beberapa fungsi yang boleh ada consider time nak dapatkan data nanti..

  1. Pilih negara yang anda ingin gunakan.
  2. Pilih duration (tempoh) masa yang anda nak gunakan.
  3. Anda boleh masukkan keywords lain untuk compare dengan keywords sebelumnya.

Jika anda lihat gambar dibawah, anda akan nampak graf untuk 1 tahun untuk keywords “baju kurung” tadi. Disini, anda boleh lihat yang cari keywords baju kurung tinggi pada bulan Mei 2017 ke Jun 2017 . Ini mungkin disebabkan oleh persiapan hari raya.

 

LANGKAH 6:

Seterusnya, di bahagian location, anda boleh lihat negeri dan bandar mana yang paling banyak carian. Contohnya disini, anda boleh lihat, Terengganu paling banyak cari baju kurung di google.

LANGKAH 7:

Terakhir, anda boleh lihat keywords yang tertinggi bila anda guna keywords “baju kurung”. Keywords ni anda boleh gunakan dan masukkan dalam copywriting atau headline anda..Dan anda juga boleh masukkan keywords tersebut dalam setting di Google Adwords.

 

Selesai untuk tutorial Google Trends. Sebenarnya google trends ni banyak membantu anda untuk setting dalam Facebook Ads dan Google Ads..Diharap tutorial ni dapat bantu anda dan bisnes terus grow secara amnya.

Anda dapat sesuatu dari artikel ini?

 

 

SILA KONGSIKAN PENDAPAT ANDA DI BAWAH..

  1. Makanan Bayi says:

    WOw… terima kasih sifu…. artikel terbaik …. banyak membantu

    Makanan Bayi

  2. Makanan says:

    WOw… terima kasih sifu…. artikel terbaik …. banyak membantu

    Makanan Bayi

  3. KEDAI BABY says:

    Alhamdulillah sangat membantu saya yang newbie ni..

    Keperluan Bayi

  4. antonios says:

    Ada banyak cara untuk selesaikan PTPTN, salah satunya ialah bisnes internet.

Program @ Sifufbads

28/04/2018
Seminar HIIM X Raya 2018
SACC, Shah Alam

31/01/2018
Seminar Chapter C 2018
SACC, Shah Alam

27/01/2018
Seminar Online Marketing Branding Kickstart (OMBK) 2018
IDCC, Shah Alam

Follow Instagram @sifufbads

  • Kita dah buat mcm2 dlm bisnes kita dah usaha sehabis
  • Cuba TAG guru bisnes anda di bwh ILMU
  • Dalam 1000 orang yang nak jadi usahawan hanya 100 orang
  • Kalau anda tak pernah buat silap maknanya anda tak pernah
  • Tak guna idea setinggi gunung kinabalu tapi masih lagi tiada
  • Esok sifufbads bkl berkongsi teknik2 digital marketing plg proven kpd
  • SOON SEMINAR TDM TEKNIK DIGITAL MARKETING BKL UPGRADE SKILL
  • ORG SUNGAI PETANI MMG SEMPOI Hari niSifufbads terjah
  • SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN Ni Sifufbads saja nk
JOM SERTAI SEMINAR TEKNIK DIGITAL MARKETING
JOM SERTAI SEMINAR TEKNIK DIGITAL MARKETING

Jika Sifufbads buat kelas khas, yang dinamakan Teknik Digital Marketing (TDM), untuk boostkan lagi sales anda sehingga 2 – 3 kali ganda, dengan teknik Digital Marketing, adakah anda sanggup invest? Jika ya -> isikan NAMA, EMEL & NO HP anda sekarang untuk dapatkan info lanjut..