5 Perkara Yang Anda Boleh Buat Untuk Dapatkan “Repeat Customer”

5 Perkara Yang Anda Boleh Buat Untuk Dapatkan Repeat Customer

Yes, berkali-kali! Customer yang sama datang balik pada anda dan repeat order. Pastu, bukan setakat repeat order, die promot lak bisnes anda kat kawan-kawan dia. FREE marketing tu..

Sebagai pemilik bisnes, anda kena fikir macam mana nak buatkan customer jatuh cinta berkali-kali pada bisnes anda, stick dengan anda. Sampai satu masa, anda tak perlu lagi susah-susah nak cari new customer.

Anda fokus pada customer sedia ada, customer sedia ada tu yang tolong carikan customer baru untuk anda..

Amacam, anda nak tau ke? Ke dah tau? Kalau dah tau dan tak nak tau, saya pun tak nak lah share

“Jangan la camtu, saya tak tau lagi ni..”

Yela..

Saya share la sikit ye..

Teknik ni saya panggil teknik ‘halus’, sebab customer tak perasan pun kita tengah ‘pikat’ die untuk jatuh cinta pada produk dan bisnes kita.

Pernah dengar CUSTOMER SERVICE? <– Inilah rahsianya..

Customer service yang baik bukan sahaja membantu untuk melonjakkan sales, tapi juga dapat menghasilkan LOYAL CUSTOMER.

LOYAL CUSTOMER ni kita hanya akan dapat kalau mereka LOVE & TRUST dengan servis kita.

“Ok sifu..macam mana caranya?? Bagitau lah cepat!”

Rileks.. rileks.. rileks.. nak citer la ni!

Ok, anda boleh try apply 5 Teknik Halus ni:

#1: FAST RESPONSE

One of the important part dalam teknik halus ni, RESPONS dengan “sepantas” mungkin. Customer akan cepat ‘impress’ kalau kita respon pada mereka dengan cepat. Kalau ada orang komen kat post fb kita, reply laju-laju. Kalau ada orang pm, wasap, jawab dengan segera.

Kalau dah tak terlayan nak jawab semua tu, tambah staff khas untuk reply pm dan wasap tu. Jangan biarkan customer tunggu terlalu lama. Kalau mereka tunggu sampai 5 minit pun takde respon, dah kira lambat dah tu.

Mungkin mereka dah beli dari peniaga lain.. rugi tak?

So kalau perlu, jangan kedekut untuk invest sikit, tambah staff dan beli smartphone yang fokus untuk respon pm dan wasap dari customer.

Pada zaman sekarang ni, kepantasan sangat penting! Semua orang nak laju. Lambat sikit je orang dah marah, lepas tu merajuk tak nak beli lagi.

Aduhh.. kadang-kadang sakit hati juga! Tapi apa boleh buat, mereka tak tahu. Sebab itu kita perlu beritahu dan jelaskan kenapa kita lambat. Customer sebenarnya nak respons je, takut kene tipu. Biasalah beli online, ada ramai pembeli yang dah kene tipu.

Jadi, sebagai peniaga.. cubalah cari jalan bagaimana cara nak respons semua pm & wassap dengan cepat.

#2: PERSONAL TOUCH

Pelanggan sukakan “sentuhan peribadi” bila berinteraksi dengan kita. KENALI prospek anda. Panggil mereka dengan gelaran yang sesuai seperti tuan, bro, sis, mommies dll. Kalau anda dapat nama pendek mereka pun lagi baik. Boleh tanya pada permulaan pm.

One more thing, lebih baik jugak kalau anda gunakan nama pendek anda, atau cipta karakter khas sebagai orang yang menjawab soalan2 mereka. Contoh skrip,

“Hai sis, saya Faezah dari fb LoveyBabyShop. TQ bertanya. Sebelum tu boleh saya tau saya tengah wasap dengan siapa ni ye? :)”

Kenalkan diri dulu, siapa anda.. dari mana, barulah orang lebih selesa nak berurusan dengan anda. Jaga ADAB. Jangan terus menjual.  Tips dari saya; Orang suka membeli, tapi orang tak suka penjual.

Bahasa mudahnya.. anda jangan jadi penjual tapi jadi “problem solver”. Kita perlu kaji kenapa orang membeli. Sebab manfaat produk, ye.. MANFAAT! 

Selagi tak tahu apa manfaat produk yang anda jual, jangan jual! Buang masa! Kerana susah nak yakinkan orang untuk beli produk anda. Sebab apa? Tak kenal produk!

Sebelum menjual, niatkan dalam diri untuk BANTU, bukan nak duit je. Barulah prospek akan selesa nak keluarkan duit mereka untuk berikan pada kita.

#3: GUNAKAN BAHASA AUDIENS

Prospek juga manusia seperti kita. Bukan robot. Jadi, walaupun kita berkomunikasi dengan mereka melalui pm, whatsapp & telefon.. anggaplah seperti anda sedang bercakap dengan mereka face to face.

Gunakan bahasa audiens. Wassap atau pm mereka ikut jenis audiens. Tidak terlalu formal, tidak terlampau “mesra”. Yang penting, anda perlu bina hubungan dulu dengan mereka. Jangan lupa gunakan emoticon. Ia juga dapat bantu untuk tunjukkan emosi ketika berurusan dengan prospek.

Pastikan mereka rasa selesa bila berkomunikasi dengan kita. Bagaimana?

  • Tanya apa nama yang kita boleh panggil untuk berinteraksi dengan mereka.
  • Tanya apa masalah mereka yang kita boleh selesaikan.
  • Tanya adakah mereka berminat nak beli produk kita.

Banyakkan mendengar dari bercakap. Banyakkan bertanya, biar prospek yang berikan jawapan.

Dari situ, kita dapat agak apa gaya bahasa yang sesuai digunakan untuk bercakap dengan prospek.

#4: BANTU BUAT DECISIONS

Bukan PUSH mereka untuk membeli. Ingat! Prospek mencari produk anda kerana nak cari penyelesaian bagi masalah mereka. Jadi, anda perlu bantu mereka supaya rasa konfiden yang produk anda mampu selesaikan problem mereka.

Contohnya, anda jual produk A untuk bina badan ..

Prospek: Salam tuan, boleh saya tahu sama ada produk ni sesuai tak untuk bina badan? Badan saya ni dah gemuk sangat..

Anda: Sesuai sangat! Produk memang khas untuk orang yang nak mantapkan body supaya nak lebih sado. Dah ramai cuba. Ni saya tunjukkan hasil pengguna yang pernah gunakan produk ni [testimoni]. Tuan biasa bersukan?

Prospek: Saya ni jenis malas nak bersukan. Boleh ke?

Anda: Boleh juga, tapi hasilnya lambat. Mungkin dalam 2-3 bulan baru nampak sikit perubahan badan. Nak hasil cepat, kena banyak bersenam. Dalam sehari tu, buat la 10 push up dah 10 sit up. Konsisten. Itu cadangan saya la.. tuan boleh cuba 1 botol dulu. Sekarang ni ada harga offer. Berminat?

Prospek: Ok, saya nak cuba 1 botol dulu.

Anda: Baik, terima kasih tuan. Ada apa2 lagi nak tanya sebelum buat bayaran?

To be continued…

.. sambungannya anda boleh agak sendiri la kan.

Ini cuma contoh je. Lain customer, lain perangainya. Anda perlu pandai bersembang dengan mereka dulu sebelum suruh buat pembelian.

Dan..

Jangan sesekali membandingkan produk anda dengan brand lain. Fokus saja tentang kelebihan produk anda, serta benefit yang mereka akan dapat jika memiliki produk anda.

#5: AFTER SALES SUPPORT

Last but not least, keep in touch dengan customer anda. Anda ada database mereka, kan? FOLLOW UP mereka. Jangan buatkan mereka rasa anda hanya nak duit mereka saja. Jadikan diri anda sebagai kawan pada mereka. Dengan cara ni, barulah mereka setia untuk membeli dari anda berkali-kali.

Macam mana cara nak follow up customer yang dah buat bayaran? Antaranya..

  • Berikan nombor tracking selepas prospek buat bayaran.
  • TANYA jika barang yang ditempah dah sampai.
  • Berikan TIPS berkaitan dari masa ke semasa.
  • Minta feedback ikhlas dari mereka.
  • DISKAUN khas untuk repeat order.
  • Offer mereka buat side income sebagai EJEN anda

Dan lain-lain yang difikirkan sesuai..

Nak follow up ni bukan mudah. Lebih-lebih lagi jika database kita dah besar. Takkan nak follow up satu2. Penat kot! Yup.. memang betul, sebab itu kita perlu ada sistem..

“Sistem macam mane tu? Boleh share?”

Boleh.. tapi sebelum gunakan sistem, anda perlu simpan database dalam format excel/notepad. Lepas tu, follow up gunakan sistem. Anda boleh gunakan sistem..

First time dengar sistem guna? Tak tahu guna?

Jangan risau. Ada tutorial disediakan. Anda perlu follow je..

..

Ok.. tu je nak share arini.

Anda dapat sesuatu dari sharing kali ni?

Jangan lupe share dengan rakan-rakan anda pulak ye. Sharing is caring..

Similar Posts

13 Comments

  1. Salam Sifu..

    Boleh bagi tips untuk akaun FB yang dah kena flagged banyak kali? DAh buat akaun baru pun masih kena flagge juga.. huhuhu

    1. Jangan berniaga guna Personal fb. Mark Zuckerberg marah. Kena create Page. Berniaga dari Page tu.

  2. Salam tuan. Sya ago ahli simcard toneexcel. Sya promote ttg simcard toneexcel melalui fb profile. Selalunya tak ada prospek yg akan berminat dgn promosi sya tu. Kadang2 lama baru ada 1 org nak beli. Apakah tips2 yg sya perlu lakukan skrng?

    1. Assalamualaikum tn…saya ahli stevia rcc, saya promote dlm fb profile dan page..kbyakn yg nk join ahli mereka yg saya knl…yg saya xknl…jarang…itu pn lama ada sorang.kini saya ada buka kdai kecil kecilan…byk produk muslim yg saya jual…tp pelangga kurang …saya ada sediakn cod…alhamdulillah…ada sikit..nk hrpkn kedai…kurang org masuk.bagaimna cara saya nk perknlkn kedai saya kpd org ramai ,nk promote produk dlm kedai.saya byk jdi agent dlm satu produk.tolong bg ilmu tn.t.kasih

  3. salam sifu,saya buat niaga produk apa2 lt fb pages tp xmemberangsangkan….xde yg nak beli,sedangkan sy dh buat fb ads,sehari dr pg sampai ptg mgadap komputer,buat tarik like,page…tp yg masuk sorang dua,tu pn tanya je xbeli…dengar je harga terus diam…dh hampir 3 tahun tp still mcm ni,rasa mcm nk putus asa… 🙁

    1. Allahu.. sama la dengan saya. Kena block pun ada. Tula macam tak berapa laku walau pun engagement tu ada. Sepanjang dua-tiga kali saya modalkan untuk iklan macam tu la. Semuapakat tanya tapi xda yang beli

  4. macamana nak buat orang beli produk kita.. sbb diorang dah pilih pilih janji nak bank in..tp tiba2 senyap..

    ada tips ke

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *