9 Teknik Simple Tingkatkan Sales di Facebook
Ada pelbagai cara yang boleh digunakan oleh usahawan internet untuk tingkatkan sales mereka di facebook. Dalam artikel ini, saya berikan 9 teknik simple yang boleh anda gunakan untuk tingkatkan sales di facebook.
#1: Gambar Berkualiti
Gambar memainkan peranan yang penting untuk menarik perhatian audiens pada iklan anda kerana gambar adalah komponen iklan pertama sekali yang akan dilihat oleh audiens anda. Gambar yang berkualiti juga dapat meningkatkan kepercayaan audiens kepada fanpage anda.
Tips untuk menyediakan gambar iklan;
- Gunakan gambar yang relevan dengan audiens sasaran fanpage anda. Gambar yang relevan dengan audiens boleh membuatkan mereka beri perhatian kepada post iklan anda dan seterusnya klik pada iklan anda.
- Guna warna yang lain dari warna latar belakang Facebook. Warna yang boleh anda gunakan adalah warna-warna yang terang seperti kuning, merah dan hijau.
- Gunakan gambar yang jelas dan mudah difahami. Apabila audiens dapat memahami gambar yang dipaparkan, kerja anda lebih mudah untuk menarik mereka membaca post iklan anda.
- Gunakan gambar yang unik pada post iklan anda kerana pengguna Facebook sering terdedah dengan pelbagai iklan setiap kali mereka melayari Facebook. Anda perlu cuba cari idea yang lebih kreatif supaya iklan anda nampak berbeza dengan iklan yang lain.
- Gambar yang digunakan perlu disesuaikan dengan paparan placement yang dipilih. Untuk placement right column, post iklan perlu jelas dan mudah difahami. Manakala placement mobile, gambar yang menunjukkan pelbagai produk adalah kurang sesuai.
Contoh Gambar Berkualiti
#2: ‘Headline’ Pendek yang Memukau
Headline yang memukau adalah headline yang menyokong gambar iklan yang digunakan. Headline ditulis bertujuan untuk menarik perhatian prospek dan membuatkan mereka membaca ayat iklan yang seterusnya. Anda hanya ada 3-5 saat sahaja untuk membuatkan prospek terus membaca ayat iklan anda ataupun tidak.
Headline yang digunakan perlulah relevan dengan gambar yang anda gunakan. Anda boleh gunakan headline dan gambar mengikut isu semasa, masalah utama audiens atau apa yang audiens inginkan.
Susah ke nak tulis headline ni? Jangan risau, di sini saya nak berikan anda tips untuk menulis headline yang memukau..
Teknik Soalan – Anda boleh letakkan tanda soal pada akhir tajuk iklan. Headline seperti ini sangat sesuai digunakan untuk produk yang mampu menyelesaikan masalah orang lain.
Contoh headline berbentuk masalah…
“SUSAH DAPAT PELANGGAN WALAUPUN DAH HABIS RIBU-RIBU?”
“ANAK MALAS BELAJAR? DAH TAK TAHU BUAT APA DAH?”
Anda juga boleh gunakan teknik soalan ini bagi bertanyakan audiens tentang harapan dan impian mereka. Lihat contoh berikut…
“INGIN TURUNKAN LEMAK DI PERUT TANPA DIET KETAT?”
“NAK BELAJAR CARA BUAT WEB DENGAN MUDAH”
Dengan bertanyakan soalan, ia seperti mengarahkan prospek menjawab YA atau TIDAK. Jika jawapannya YA, audiens tersebut akan meneruskan bacaan. Jika jawapannya TIDAK, audiens tersebut mungkin tidak akan terus membaca lagi.
Lebih pendek headline yang diberikan, lebih cepat audiens dapat baca dan memahaminya. Lihat 2 contoh headline berikut…
Tajuk 1: “ANDA MENGALAMI MASALAH KEBOTAKAN?”
Tajuk 2: “ANDA BOTAK”
Pada pandangan anda, headline yang mana satu anda rasa lebih berkesan untuk menarik perhatian audiens?
Saya yakin anda akan pilih tajuk yang kedua. Ayatnya lebih pendek, amat mudah dibaca dan difahami.
Teknik Perkenalkan Produk – Anda hanya perlu beritahu nama produk beserta manfaatnya pada tajuk iklan. Teknik ini sesuai digunakan semasa pelancaran produk terbaru di pasaran. Anda boleh gabungkan fungsi utama produk, kelebihan atau manfaat produk. Contohnya…
“SEMINAR CHAPTER F, BANTU USAHAWAN NAIKKAN JUALAN 99%”
“GAJET AAA, ALAT PENJIMAT PETROL YANG DIAKUI SIRIM”
Mudah bukan? Tajuk jenis ini mampu menarik minat dan menimbulkan rasa ingin tahu audiens terhadap produk yang anda iklankan.
Teknik Tawaran – Teknik ini menggunakan Headline berbentuk tawaran. Antara ayat tawaran yang boleh digunakan adalah seperti Diskaun, Bonus, Hadiah Percuma, Baucar, Rebat, Harga Ahli dan lain-lain. Golongan yang paling mudah tertarik dengan headline seperti ini adalah golongan wanita.
Anda boleh lihat contoh-contoh berikut…
“DISKAUN 70 KAIN COTTON VIETNAM”
“MILIKI PAKEJ DIDIK ANAK INI! PERCUMA IPAD ISLAMIK!”
Untuk menguatkan lagi headline seperti ini, anda boleh masukkan kuota pembeli atau tempoh masa bagi setiap pembelian.
#3: Masukkan Link Koleksi Testimoni Album
Anda boleh masukkan link koleksi album testimoni anda di post iklan. Dengan memberi link testimoni, audiens akan lebih yakin untuk membeli dari anda. Anda boleh lihat contoh gambar di bawah…
#4: Pin to Top
Dengan menggunakan fungsi Pin to Top, post iklan yang anda ingin fokuskan akan naik paling atas dalam fanpage anda. Apabila audiens masuk ke fanpage anda, mereka akan terus nampak post iklan anda. Mereka ini berpotensi besar untuk menjadi pembeli produk anda. Anda boleh lihat contoh post yang menggunakan fungsi Pin to Top di bawah…
#5: Post 3 Kali Sehari
Saya sarankan anda post secara konsisten sekurang-kurangnya 1 kali sehari, maksimum 3 kali sehari. Jangan update post anda terlalu rapat tempoh masanya, jika anda update post pada pukul 9 pagi, anda boleh update post kedua pada pukul 2 petang dan post ketiga pada pukul 8 malam pula.
Untuk mendapatkan respons dari audiens, anda perlu galakkan audiens untuk berikan komen pada post yang dibuat dalam fanpage. Bina post yang relevan dengan bisnes dan audiens anda, kemudian minta mereka beri respon. Anda boleh buat post berbentuk soalan, perkongsian dan galakkan audiens untuk beri pendapat.
#6: Letak ‘Contact Number’ Pada Fanpage
Anda boleh letak nombor telefon, laman web, emel dan lain-lain pada bahagian About, Timeline Cover atau Gambar Iklan. Ini memudahkan audiens untuk menghubungi anda bagi mendapatkan produk yang berkaitan.
#7: ‘Add Friend’ Prospek Yang Komen di Post Promosi Anda
Tambah prospek yang komen di post promosi sebagai kawan anda. Gunakan nama sebenar FB Profile anda. Selepas Add Friend, anda perlu kenalkan diri dengan PM Nama, Fanpage dan beritahu apa tawaran anda. Contoh ayat PM yang boleh anda gunakan…
“Salam tuan, saya Ali dari My Qalam 4u. Terima kasih kerana komen dan berminat dengan tawaran kami, kami [tawaran anda]…”
#8: ‘Follow Up’ Prospek Yang Pernah PM Anda Sebelum Ini
Follow Up prospek yang pernah anda PM pada waktu yang sesuai seperti pada hari gaji. Anda hanya perlu tanya soalan mudah seperti…
“Salam sis, maaf menggangu. Saya cuma ingin tanya jika sis masih berminat lagi dengan tawaran kami mengenai [tawaran anda]…?”
#9: ‘Offer’ Tempoh Terhad
Anda boleh buat offer terkejut dalam tempoh masa yang terhad. Anda boleh guna ayat Urgency seperti “Tawaran diskaun 50%, Hanya pada Hari Jumaat, pukul 9am-1pm”. Umumkan sehari awal sebelum hari offer tiba supaya prospek mempunyai masa untuk bersedia mendapatkan offer anda tersebut.
Dengan menggunakan 9 teknik simple ini, anda boleh tingkatkan sales di Facebook anda dengan mudah. Anda hanya perlu lakukan teknik ini berulang kali secara konsisten.
Semoga Berjaya!
gud info sifoo…
akan cuba praktik…
tqvm
Selamat beramal
Caraya
Assalamualaikum tuan,
Perkongsian yang menarik dari seorang sifu. Untuk pengetahuan tuan, saya lebih menggunakan medium facebook untuk menarik prospek ke laman squeeze page saya.
Kaedah ini saya gunakan untuk promosikan perniagaan internet saya di mana saya kongsikan secara percuma teknik dan strategi untuk newbie yang baru nak mula perniagaan internet.
Saya akan aplikasikan tip-tip atas untuk meningkatkan lagi jumlah prospek yang melawat ke laman squeeze page saya. terima kasih sekali lagi tuan 🙂
Boleh ajar sy utk tingkat kan sale nak ambil yg berbayar xmampu
sy baru nk belajar buat bisnes online, bagaimana cara sy nk tingkatkan jualan dan tarik minat para pembeli utk lihat apa yg sy post. Masalahnya x ramai yg beri komen n terhadap apa yg sy pos
salam tuan..bagaimana nak buat pin post?
klik pada anak panah kecik pd belah kanan atas pos tuan, dan pilih pin post
Terima kasih atas perkongsian. Teknik yang betul-betul simple, tapi memang power.
Terbaik bos.. terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat ni. 🙂
Terima kasih tuan. Dulu saya beli buku tuan untuk mendapat kerja kerajaan. Sekarang saya menuntut ilmu bisnes Dari tuan.. Terima kasih..
Terima kasih Tuan Jamal untuk perkongsian yang sangat bermanfaat ini.
Tkasih tuan..sgt bagus infonya
Terbaik Tn Jamal…memang mantap ilmu yang dikongsikan In Shaa Allah saya akan amalkan. Terima kasih byk2 Tn. Jamal
TERBAIKKK!! Terima kasih tuan Jamal..Allah saja yang boleh balas jasa tuan
Tips yang ringkas dan bermanfaat. Terima kasih atas perkongsian tuan. Thumbs up(y)
Good info sifoo… Pasti akan gunakan teknik2 di atas… Info yg padat, jelas dan berguna…
Tuan, antara imej produk yg ditawarkan atau imej yg related dgn mslh mana yg lebih sesuai dipamerkan? Cth saya promote set kurus, imej produk set kurus lebih baik atau imej org gemuk yg lebih elok?
thanks sifu atas ilmu yg dberikan
sgt2 membantu utk newbie spt sy
inshaAllah akan d praktikn
Tq atas perkongsian ini sifu Jamal
Tq atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat
Terima kasih sifu, atas perkongsian ini.
Gud info. Tq
T.kasih tuan jamal.ilmu yg sangat bermanfaat!
Terima kasih tuan jamal atas info ini
Perkongsian ilmu yang sgt BAIK !!!
Terima kasih
terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat itu.
Terima kasih Sifu
Terima kasih sifoo.The more you give the more you get back.Saya doakan sifoo dan rakan rakan Sifoo Jamal kaya berjaya dunia dan akhirat
hai.. salam saya sara dari founder diva spa
saya nk tanye kalau saya nak belajar cara copywriting dan nak target prospek.. berapa kena byr ?sbab saya tak pandai nak buat copywriting
Best tips ni . Ada yg dh apply tapi banyak ilmu baru juga ni tqsm sifuuu!
hai sifu bad, i sales advisor perodua i cuma nak tahu cara terbaik untuk boost pages lokasi tepat dan engagement dengan customer bila dia clicks iklan saya dekat fb pages tuh
sekian, terima kasih
benda-benda teknikal ni nampak remeh tp tula yg affect the quality of the ads. kadang kita rasa dah puas hati dengan result tp masih ada room untuk improvise