5 STRATEGY ‘BERDESUP’ BINA CONTENT POWER DI IGTV
Dah tau IGTV tapi masih x buat apa2 lagi? Xtau nak buat content apa kt IGTV? Masih2 blur2 xtau mana nk mula?
Ish3..peliz laa. Jgn tggu lama2. Banyak sgt berfikir tapi xmula2 lagi.
Ok camni, hari ni Sifufbads ’belanja’ idea yg korang bleh terus pakai utk hidupkan content kat IGTV. Yg penting START ok?
Jom baca satu per satu..
IDEA #1: CONTENT BERSIRI LAGI XCLUSIVE
Memandangkan konsep IGTV ni pun dah mmg macam TV, apa kata anda buatkan satu slot/content khas yg dibuat secara bersiri. Berepisod. Tidak kira lah samada ianya tips, teknik, tutorial, demo, dan yg sewaktu dengannya. Nak lagi BEST? Jadikan slot/content ni EKSKLUSIF hanya di IGTV sahaja. Tidak ada di channel2 media sosial anda yg lain samada di FB, Youtube, blog dll.
Tapi jgn risau..anda masih boleh promotkan teaser content tersebut di media2 sosial itu, dan tarik mereka utk pergi ke IGTV anda utk lihat video penuhnya..
IDEA #2: CONTENT ‘RECYCLE’
Ini TEKNIK ‘THE FLASH’! Haha..sbb apa? Sbb anda boleh siapkan content IGTV sepantas kilat! Apa tidaknya, anda hanya perlu amik semula rakaman LIVE, video2 content2 di page anda, webinar, dan jadikan ianya sbg content IGTV anda. Xperlu fikir terlalu lama utk isikan content di IGTV anda. Gunakan sumber yg ada terlebih dahulu.
IDEA #3: REAL ACTIVITY
IGTV tetap sebuah media sosial. Tempat org bersosial secara maya. Jadi gunakan peluang ini utk audiens ‘bersosial’ dgn brand anda. Paparkan aktviti REAL yg sedang anda dan team anda lakukan setiap hari. Berikan audiens anda gambaran tentang apa yg anda lakukan. Biarkan mereka rasa dekat dgn anda melalui aktiviti2 yg anda tonjolkan setiap hari. Barulah mereka rasa selesa dan suka utk follow anda dari masa ke semasa..
IDEA #4: TESTIMONIAL
Anda juga boleh jadikan IGTV sebagai LUBUK utk kumpulkan testimoni penuh berinspirasi di channel IGTV anda. Sebaiknya, pilih testimoni yg ada story tersendiri, yg menyentuh emosi, dan mampu buatkan audiens terinspirasi bila mereka melihat video2 tersebut..
Buat apa kumpul video2 testimoni jika x digunakan sebaiknya di sini..
IDEA #5: NEWS/TREND
Last but not least. JAdikan channel IGTV anda sebagai saluran utk anda sampaikan berita2 terbaru yg berkaitan dan relevan dgn bisnes anda. X semestinya tentang bisnes anda sahaja. Tapi apa sahaja update terbaru, isu2 terkini yg ada kaitan nya dgn bisnes anda. Bila anda berjaya relate-kan isu2 tersebut dgn bisnes anda, audiens akan melihat anda sbg brand yg relevan, up-to-date. Lebih cepat anda kaitkan dgn isu2 terkini, lebih mudah utk org follow anda nanti..
Ok dah habis baca kan? Cer komen sikit apa strategi content yg anda nak guna utk IGTV nanti..komen jgn x komen..
P/S: Dah habis baca? Cer komen content yg ingin anda gunakan dalam IGTV nanti..
Selalu ikuti pendedahan perkembangan sifu
Tngh belajar lagi sifu ada rezeki saya akan ikut kelas..
awesome tips to use!
sunscreen
Thanks sifu