7 SECRETS TO GAIN MORE PROFIT, MORE ROI IN 2019!

“7 TIPS UNTUK FOUNDER JANA MORE PROFIT & MORE ROI IN 2019”

“Sifu.. Saya terpaksa ‘pecat’ team members saya sebab dah tak mampu nak ‘sara’ dah…”

“Overhead makin tinggi.. Struggle ssgt nak survive sekarang ni..”

“Sales dah tak sama macam dulu.. Jgn kata maintain, menurun lagi ada lah..”

“Sales mmglah masuk, tapi habis buat bayar overhead jer sifu.. Macam takde profit plak..”

“Bisnes saya dah ‘nyawa2 ikan’ ni.. Boleh survive lagi ke sifu?”

Anda ada alami masalah yang sama seperti mereka? Sshhh! Anda tak perlu bagitau pun saya dah tahu.. Hehe.. Don’t worry! Tahun 2018 memang mencabar, bukan anda je, banyak big brand pun alami masalah yang sama! Pstt.. Yang lagi seramnya, tahun 2019 ini lebih mencabar dan lebih kejam! 

.. Dan itulah soalan2 maut dari student sifufBads sendiri. Mereka semua memang pressure! Struggle! Ada yang hampir giveup!

Tapi, alhamdulillah.. Mereka survive! Mereka praktikkan strategi yang sifufBads kongsikan.. Dan harini, saya nak kongsikan 7 dari berpuluh2 strategi yang buatkan mereka ‘surive’..

Jom baca dan hadam 7 tips & strategi marketing kat bawah ni.. Tips no 6 paling simple!

#1. DECOY AND THE ‘BLACKSHIP!’

Teknik ini lebih dikenali sebagai teknik umpan atau kambing hitam! Umpan apa? Umpan supaya customer beli produk yg paling mahal sekali. Kalau perasan lah, jarang2 founder offer 2 jenis saiz produk sahaja kan? Sebabnya jurang harga akan lebih ketara dan customer akan lebih tertarik untuk dapatkan produk yg lebih murah!

So, cara nak atasinya adalah dengan wujudkan produk decoy ni iaitu pilihan produk yg ketiga. Letakkan produk decoy ni di pertengahan iaitu antara produk yg murah dan mahal. Untuk harga pula, letakkan harganya hampir dengan produk mahal. Kenapa?

Sebabnya customer akan terdorong untuk terus pilih produk yg bersaiz sederhana dan bila tengok produk bersaiz besar, mereka rasa “Eh ruginya ambik saiz medium! kalau tambah sikit je duit dah boleh dapat saiz besar…”. Lagi satu! Make sure value untuk pilihan paling mahal tu tersangat-sangat berbaloi ye!

 

#2. WHALE & DOLPHIN

Nak profit cepat masuk? Pastu bukan sikit2? Sekali datang, tsunami terus.. Mau? Caranya.. Fokus kat klien2 whale dan dolphin. Haaa ikan apa pulak ni? Kalau nak tau whale dan dolphin tu maksudnya  klien2 yg berskala besar.

Apa beza antara 2 jenis ikan ni?

Whale = Lebih 100 orang contohnya; Ofis2 besar yang ada ratus atau ribuan staff, mungkin ofis gomen, mungkin hospital, atau masjid. Selain itu seperti event2 besar macam wedding, karnival, gala dinner dan lain2.

Dolphin = Kurang dari 100 orang, contohnya; ofis2 private yang ada 10-50 orang staff, atau event2 yang berskala kecil. Antara lain, klinik, surau taman rumah, small dinner dan lain2.

Banyak kelebihan kalau target kat whale dan dolphin ni tau! Sebab.. Possibility untuk repetition tu sangatlah tinggi! Yelah sbb ofis2 gomen dan private ni sbenarnya memang banyak buat meeting dan event. So waktu2 ni lah mereka akan tercari2 produk / servis anda.

Tapi, macam mana nak bermula ‘pancing’ ikan2 ni?

Mudah je, buat permission marketing… Bagi sample dulu dan jangan lupa kumpul database! Kalau sekarang umpan kat ‘pancing’ tu tak mengena, mana tau akan datang sangkut kan?

Senang cita, nak pancing ikan besar kena guna ikan kecil sikit.. Nak trigger whale atau dolphin ni kena ada bukti dulu, kena ada social proof! Kalau tak, diorang tak pandang! Faham??

#3. FOLLOW-UP DATABASE

Mesti pernah dengar istilah ‘database is king’ kan? Sekali dengar pun dah tahu betapa pentingnya database ni dalam bisnes. Syarikat2 besar juga sangat pentingkan database.

Kena tahu… Benda2 basic yg penting untuk ada dalam database adalah seperti nama, no. telefon dan email. Kalau nak buat tambahan seperti alamat, no. ic pun boleh juga bergantung kepada keperluan bisnes yg anda jalankan.

Pentingnya database ni adalah untuk anda follow-up dan paling best sekali bila boleh retarget balik customer yg pernah membeli produk / servis anda. Guna apa? Banyak cara ada! Fbads boleh, ig boleh, google ads boleh.. Macam-macam lah! Dengan kos yg ‘ciput’ plak tu.. Kalau anda nak target audiens baru memang banyak makan masa dan kos!

So, lebih baik gunakan database sedia ada tu terutamanya waktu anda nak launch produk baru dan targetkan pada database yg sedia ada. Monetize…

Nak follow-up ni pulak, boleh guna pelbagai medium… antaranya WhatsApp, call, email atau pun sms. Kira bahasa mudahnya kaedah follow-up ini adalah teknik pemasaran berulang2 kali untuk anda target pada existed database.

Nak bagi tips sikit.. Kalau takut2 database tu dah lemau, dah basi.. Bagi diorang excited balik! Offer something special, atau something new! Orang suka benda2 yang baru.. Okay? Got it?

#4. WUJUDKAN PAKEJ / PILIHAN

Pakejkan produk2 anda dan sediakan pilhan untuk customer anda… dengan cara ini, selain daripada dapat tingkatkan ROI, customer juga akan lebih tertarik untuk membeli, sebab manusia kan suka kan pilihan… Dan mereka ni ‘tamak’.. Ghairah bila ada macam2 offer.. Setuju? Tak gitu?

So.. Wujudkan sekurang2nya 3 jenis pakej / pilihan dengan fokuskan kepada pakej yg mahal dahulu kemudian barulah ke pakej yang murah. Ingat, highlight value setiap pakej tu terutama pakej yg mahal. Dari situ, customer akan lebih nampak value berbanding harga yg perlu mereka bayar.

Elakkan juga menjual menjual produk secara single unit bagi menaikkan ROI bisnes anda… kalau ada jugak yg nak beli seunit, letakkan harga yg lebih mahal bagi menggalakkan customer membeli pakej2 yg ditawarkan.

Serius! Memang ramai student SifufBads gunakan kaedah ini.. Banyak yang meloncat2 ROI-nya dari 3 sampai 10 ke atas.. Cubalah!

#5. REKRUT AGENT / STOKIS

Tahukah anda, semakin ramai anda merekrut agent / stokis, semakin jimatlah kos marketing HQ anda? Nak tahu kenapa? Sebabnya agent/ stokis yang akan buat marketing untuk promote produk anda.

Cuba bayangkan anda ada 100 agent diseluruh Malaysia dan 100 orang tu promote produk anda… tak ke brand anda akan naik secara automatiknya tanpa anda perlu bersusah payah keluarkan bajet yg tinggi untuk run marketing HQ? Tapi.. Kena ingat, anda tak boleh stop terus buat marketing! Anda juga wajib run marketing yer, terutamanya untuk brand awareness!

Melalui agent juga, anda tak perlu berpenat nak uruskan semua benda sebab anda dah ada team! Yelah bila bisnes makin grow, team pun kena lah grow kan. Takkan lah semua anda nak kena ‘turun padang’ ye dak?

Disamping tu, secara tak langsung anda sebenarnya dah membantu ekonomi usahawan2 di bawah anda… Haaa kira saham akhirat lah tu.

Kebanyakkannya.. Ramai student sifufBads boleh naik dengan cepat bila mereka mula rekrut agen.. Tapi bukan semudah itu jer, ada proses dan strateginya.. Antara tipsnya.. Banyakkan sharing and sharing! Anda as a founder, kena kedepan.. Menonjol.. Inspired orang lain! Faham?

#6. UPSELL

Zaman sekarang ni, tak sah lah kalau berniaga tapi tak buat benda ni.. Wajib ada!

Selepas customer anda bersetuju untuk membeli produk anda dalam kuantiti yg sedikit atau single unit, anda boleh tawarkan pakej kepada mereka sebelum mereka membuat pembayaran.

Boleh highlightkan kelebihan yg akan mereka dapat sekiranya mereka membeli secara pakej. Dengan cara ini, ia boleh naikkan margin profit anda…

Contohnya, bila customer dah setuju nak beli sebotol perfume untuk wanita, anda offer kepada mereka pakej perfume untuk lelaki & wanita yg mana harganya jauh lebih murah jika dibeli secara pakej berbanding pembelian secara berasingan.

Pastikan offer upsell tu nampak macam sesuatu yang memang tak boleh dilepaskan! So.. Urgency kena kuat, value kena jelas! Okay?

#7. WUJUDKAN PRODUK PREMIUM

Wujudkan produk / servis eksklusif yg harganya jauh lebih mahal dari biasa dan pengeluarannya sangat terhad. Melalui pengeluaran produk premium ini, ia dapat meningkatkan ROI untuk jangka masa yg lebih panjang.

Contoh paling mudah adalah seperti yg diguna pakai oleh syarikat makanan segera McDonalds… iaitu promosi burger Prosperity.

Seperti yg kita tahu, harga burger prosperity ini lebih mahal daripada burger biasa kerana bahan yg digunakan berbeza daripada burger McDonalds yg sedia ada. Pengeluarannya juga hanyalah pada musim perayaan Tahun Baru Cina sahaja bagi setiap tahun.

Ini membuatkan customer akan ternanti2kan burger ini setiap tahun… So, anda boleh cipta sesuatu produk yang tinggi valuenya tapi very limited! Contoh lain, anda keluarkan tudung berharga RM299, tapi hanya 100unit sahaja. Faham ke ni?

Okay itulah antara tips yg kami boleh kongsikan. Acaner, faham ke faham sangat?

Dah tau dah ke tips yg mana satu boleh dipraktikkan ke atas bisnes anda?

InsyaAllah semoga tips yg dikongsikan ini dapat meningkatkan lagi profit bisnes anda…

Tu BARU 7 TIPS.. BAYANGKAN ANDA DAPAT LEBIH DARI INI, BUKAN TU JE.. SAYA EXPLAIN LEBIH DETAILS, LEBIH DEEP.. SATU PER SATU.. SAMPAI ANDA FAHAM.. ANDA RASA, APA BAKAL BERLAKU PADA BISNES ANDA?

Nak tahu jawapannya? Temui saya di ROI Chapter..

Similar Posts

13 Comments

  1. Segala ilmu yg sifu share sgt bermanfaat.. Sy minat bisnes tp masalah sy tak ada modal.. Sy nak gak berjaya..

Leave a Reply to telekung Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *