9 STEP BAGAIMANA NEWBIE BOLEH MULAKAN BISNES ONLINE DALAM TEMPOH KURANG 24 JAM

Ada kat sini yg bisnesnya baru nak menapak? Atau dah bertahun2 menapak  dengan cara ‘orang lama’ sekarang baru nak buat secara online? Taktau nak start dari mana? Newbie? Freshie?

Haa.. kalau anda golongan2 yg di atas.. Jom study artikel ni dulu..

Step by step ringkas untuk anda follow..

#1: Pilih nama brand yang betul & long term

Benda first yg anda perlu buat bila nak start bisnes online ni, ada perlu ada online platform. Contohnya, fb page, instagram, blog, telegram dan macam2 lagi. Kira platform macam ‘kedai online’ anda la. Bila dah ada kedai ni.. mesti kena ada nama betul tak?

Nama ni la ‘brand’ anda… dan nak pilih nama brand ni kena la betul dan long term.

Ada juga yg DM tanya2.. “nak letak nama company ke? Nama produk ke? Or nama personal je?”

Ok… macam ni,

#1 gunakan nama syarikat / kedai / brand – kalau anda seorang founder/business owner dan ada produk sendiri.. anda boleh gunakan nama brand anda sendiri dan nama brand tersebut mestilah sesuai utk long term.

Contohnya, brand iFlawless. Dulunya jual minyak argan je. Tapi sekarang, dah macam2 produk ada, bukan skincare je.. iFlawless Cosmetics pun ada. Bila guna nama brand yg bersifat long term ni, kalau nak tambah produk lain pun takde masalah.

fanpage iFlawless
instagram iFlawless

#2 gunakan nama yg umum – kalau anda stokis, agent mahupun dropship dan anda menjual produk orang.. anda boleh gunakan nama brand yg umum. Tak semestinya gunakan nama sama dgn HQ. (Jika anda menjual banyak produk lain).

Contohnya, anda menjual produk pakaian, dan anda buat beberapa dropship dari brand berbeza.. anda boleh gunakan nama yg umum yg mana kalau anda jual palazzo, skirt, baju kurung or tudung sekali pun anda boleh gunakan nama brand yg sama. Contohnya, Joyah Collections. Dalam masa yg sama, anda pun boleh naikkan branding anda sendiri. Mana tau, satau hari nanti anda buat produk sendiri pula?

Elakkan gunakan nama brand yg terlalu spesifik, contohnya Joyah Scarf. Sebab apa? Sebab kalau anda nak jual baju kurung, skirt dengan nama tadi.. kurang sesuai.

Cuba tengok Tesco sebagai contoh. Jual banyak produk2 lain, tapi masih naikkan brandingnya sendiri.

#2:Design logo brand dan personal (gambar sendiri)

Bila anda dah ada nama brand, step kedua… anda perlu design logo brand anda.

Kalau anda serius nak mulakan sesuatu bisnes, anda wajib ada logo untuk bisnes anda. Kebanyakkan usahawan yg berjaya biasanya dah mempunyai logo utk bisnes mereka. Sebab itu, banyak syarikat2 besar sanggup laburkan ribuan ringgit hanya utk cipta logo je.

Kalau anda takde modal yg banyak utk logo, anda boleh upah mana2 freelance designer dengan modal yg rendah. Tak pun, kalau anda ada kemahiran design, anda buat je sendiri.

Logo jugak adalah salah satu cara utk kita berkomunikasi dengan customer. Dengan hanya lihat logo sahaja, customer dah tahu apa yg bisnes anda tawarkan dan mudah untuk mereka ingat bisnes anda. Jadi, reka bentuk logo pun kena la menarik perhatian.

Contoh logo syarikat2 besar..

Selain dari brand anda sendiri.. anda juga boleh naikkan personal branding, di fb dan juga instagram anda.. Contohnya, Wawa Founder kepada brand Wawa Cosmetics, kuatkan personal brandingnya di fb dan juga instagram. Walapun Wawa sememangnya retis.. tapi sekarang Wawa kuatkan lagi personal brandingnya utk menaikkan brand produknya.

fanpage Wawa Zainal
instagram Wawa Zainal

#3: Positioning

Antara benda yg paling penting utk anda yg baru je terjun dalam dunia bisnes ni.adalah positiong..

Apa yg anda tau pasal positioning ni? Ok..Positioning ni mudah je anda nak faham. Anda nak orang ingat apa bila sebut nama brand anda? Apa USP Anda? Siapa sasaran audience?

Contohnya Airasia..Bila sebut jer Airasia, orang tau..Syarikat penerbangan tambang murah..

Mee segera… mesti Meggi, betul?

Kalau ayam goreng? KFC kan?

Kalau.. Ubat gigi plak? mesti Colgate punyakan?

Contoh macam brand Cabelo ni.. dia menggunakan ingredient sebagai USP produknya, iaitu bawang merah dari Sepanyol. Kalau anda kata produk rambut anda dari 100% bahan organik.. sekarang dah ramai produk claim benda yg sama. Anda perlu cari keunikkan produk anda. Apa yg berbeza? Apa uniknya produk anda dengan produk2 lain di pasaran?

Positioning dan brand ni perlu jalan seiring..Baru la mudah orang ‘kenal’ anda..

Jelas?

#4: Synchronization

Bila anda dah ada semua digital platform.. semua platform perlu la ‘synchronize’. Maksudnya semuanya selari..

Contohnya, sama di kesemua platform.. dari segi nama. gambar, posting, positioning, semuanya seiring dan sejalan. Haa gitu..

Kalau anda tengok, contohnya brand De’Xandra menggunakan gambar logo di setiap digital platform antaranya di fb page, instagram, website dan sebagainya.

fanpage De’Xandra HQ

 

instagram De’Xandra HQ

#5: Upload content

Analogi ringkas, bila dah ada kedai.. mesti la ada barang2nya betul tak? Kalau tak kosong je kedai anda..

Haaa sama la macam anda punya digital platform ni. Kena la ada content. Content ni di ibaratkan seperti barang2 di kedai anda tadi.. Content marketing ni sangat2 la penting!

Antara content yang wajib anda buat,

1. About us – kena la share sikit pasal brand anda ni buat apa? Jual apa? Servis ke? Apa yg anda tawarkan… baru la customer boleh ‘kenal’.

instagram sifufbads
fanpage sifufbads

2. Produk – Anda kena la share apa produk yang anda jual? Apa kelebihan dia? Produk anda boleh selesaikan masalah apa? Apa sahaja yg relevan dengan produk anda. Tapi kena ingat… jangan hardsell je. Kena selang selikan dengan content2 yg lain..

3. Testimoni – testimoni ni sangat la penting. Mostly, orang membeli disebabkan emosi.. diorang terinspirasi dengan feedback2 dari customer yg lain…

Produk baru? Takde Testimoni lagi? Don’t worry… anda boleh buat Permission Marketing. Bagi sample, buat contest, bagi free kat kenalan2 anda.. biar diorang try dulu. Lepas tu follow up diorang, dan dapatkan testimoni.. Kalau produk ok.. confirm diorang beli punya…

4. Selain tu, anda juga boleh buat content2 lain seperti LIVE, buat poll, tips/petua, Q & A dan sebagainya.

Contoh content marketing di instagram, SuzyHoney Herbs dan Dianz ada banyak sharing mengenai tips, petua, testimoni, manfaat bahan2 yg digunakan dlm dalam produk..

instagram Dianz
instagram Suzyhoney

#6: Hashtag

Wujudkan hashtag (#) yg relevan dengan produk atau brand anda. Hashtag ni juga boleh mewujudkan zero cost marketing tau.

Contohnya, anda buat servis mencuci karpet. Letakkan hasgtag #serviscucikarpet atau letakkan lokasi, #serviscucikarpetkl. Melalui hashtag ni.. orang lebih mudah nak cari brand anda.

#7: Buat contest

Bila dah ada digital platform, masih baru plak tu.. tak ramai followers, sendu juga kan.. kalau post setakat sorang dua je yg like, komen..

Macam mana anda nak naikkan followers anda dengan cepat?

Salah satunya, anda boleh buat contest. Bagi produk / servis anda atau mungkin juga bagi hadiah2 lain seperti wang tunai ke, pakej percutian ke. Letakkan syarat / CTA seperti like page/account, like post, komen dan share untuk join. Nak lagi laju? Minta peserta tag rakan2 diorang kat ruangan komen..

fanpage De’Xandra HQ

 

fanpage Tasneem Naturel HQ

#8: Follow up

Bila dah buat contest atau dah buat permission marketing.. dapatkan database diorang, seperti nama, emel dan no telefon.

Jangan lupa follow up database tersebut. Mungkin by call, whatsapp, emel.. Bila dah try sendiri.. produk anda pun ok, best. Confirm diorang akan terus membeli.. untung2 terus jadi repeat order customer.

#9: Run advertising

Akhir sekali, bila ke semua 8 steps tadi anda dah buat… boleh la start run advertising, tak kisah la fb ads ke, ig ads ke..

Kalau page kosong.. tetiba run ads, orang nak membeli pun takut, ingat scammer.

Kalau anda newbie, SifufBads anda mulakan dengan bajet yg rendah dahulu..

Apa yang kami share ni basic je, tapi powerful. Sebenarnya, ada banyak lagi strategi advanced yang bakal SifufBads dedahkan dalam program Missing Chapter Reloaded. Jika anda berminat, KLIK SINI untuk info lanjut.

Similar Posts

11 Comments

  1. Alhamdulilah….sgt mambantu dan manfaat kepada saya yg nk belajar n memulakn bisnes ….terima kasih,semoga diluaskan rezeki Aamiin3 yarabbalalaAamiin ?

Leave a Reply to Rsanat Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *