PROFIT BISNES SEMAKIN MENGECIK? BAHAYA! BISNES ANDA BAKAL DITUTUP KALAU TAK BERJAGA-JAGA!

Belum habis situasi kos barangan meningkat, gaji minimum nak dinaikkan, OPR meningkat, inflasi juga meningkat, ditambah lagi tiada atau kurangnya bantuan dari agensi kerajaan, kini berlaku pula kenaikan cukai servis 8%.

Agak-agaknya, apa akan berlaku?

Cuba kita test kira sikit…

Kalaulah satu company sdn bhd ni, revenue 2024 nya RM3 juta..

Katakan, bisnes servis dengan nett profit 20%..

Kalau cukai servis nya 8%, RM240k dia kena charge. (banyak juga syarikat servis ni serap kos cukai ni, untuk menarik pelanggan beli dari dia)

Dengan nett profit 20%, profit adalah RM600k dijana..

Dari nett profit ni, perlu bayar cukai hasil 17% kalau sdn bhd.. kalau enterpise biasa, 25%.

So, cukai hasil – RM102k (sdn bhd), RM150k (enterprise)..

So, berapa duit profit yang tinggal?

RM600K – RM240K (cukai servis) – RM102K (cukai hasil) = RM258K

Itu baru nett profit 1 tahun, belum tolak bayaran2 loan (modal, equipment, property, kenderaan dll)

Kalau satu bisnes tu ada loan RM20k sebulan, kalau setahun dah berapa? RM240k…

So, berapa tinggal nett profitnya? RM258K – RM240K = RM18K jer..

Nak buat rolling modal bulanan, yang biasanya 1-3 bulan untuk stok2 barang utk servis, tak mencukupi..

  • Akhirnya, jadi negative cashflow..
  • Itu belum consider % defect product, kos emergency maintenance equipment, kos brick & mortar repair, dll..

Kira2 ni satu contoh bisnes servis.. Lain industri, lain kira2nya..

Nanti korang rujuk la accountant korang ye..

So, kalau 2024 nanti, atau sekarang ni kita tak monitor financial planning bisnes, level of survival kita nanti, sangat berisiko.

Apa yang boleh buat?

#1. Lihat balik financial report 3 tahun ke belakang

Buat financial analisis, supaya kita dapat lihat trend keuntungan kita.

Tengok lah dari tahun ke tahun, ada naik ke, atau turun merudum?

Kalau ada penurunan, cuba faham kenapa.

  • Mungkin ada produk yang tak laku, atau pesaing baru masuk pasaran.
  • Korang kena tengok setiap sen yang masuk dan keluar.
  • Check semua record income dan expenditure.

Identify punca penurunan keuntungan.

Mungkin sebab kos bahan mentah naik, atau pasaran tengah slow

Lepas tu, check kos operasi. Banyak kali, penurunan keuntungan tu sebab kos operasi melampau.

Tengok apa-apa kos yang tak perlu, atau maybe kos yang boleh di-cut down.

Banyak bisnes yang tak perasan kos-kos kecil dalam operasi bisnes, tapi itulah yang boleh jadi punca masalah ni.

Jadi kena check balik semua kos, dari yang besar hingga yang kecik.

Hutang pun satu faktor yang boleh buat profit mengecil.

Ada hutang yang boleh kita settle pakai duit syarikat, atau guna reserve company tak?

Lepas tu, kita perlu tengok trend penjualan.

  • Cari produk yang dah tak laku macam dulu, atau sebaliknya, ada tak produk yang jadi bestseller.
  • Bila tahu trend ni, kita boleh adjust stok dan strategi pemasaran.

Kalau bisnes ada profit tapi cash flow tak stabil, ini boleh jadi petanda ada kelemahan dalam proces bayaran.

Jadi kena pantau cash flow bisnes kita.

Buang perbelanjaan yang tak perlu.

Kalau kita tengok dalam financial report, mesti ada kos yang tak memberi impak besar pada bisnes.

Contohnya, maybe ada langganan yang tak berapa kita guna, tapi kita bayar bulan-bulan.

Bila kita dah dapat semua maklumat ni, kita boleh buat plan nak improve keuntungan, kurangkan kos, dan repair punca masalah yang kita identify tadi.

#2. Susun balik budget & cost planning 2024.

Kita kena review budget tahun lepas, buat senarai lengkap kos operasi kita.

Tengok dengan teliti, mana yang kena maintain, mana yang boleh kurangkan, dan mana yang boleh tambah.

Dari kos sewa, gaji staff, utilities, hingga ke benda-benda kecil. Dari staffing, sampai la ke marketing..

Bila dah buat senarai kos, kita kena tengok semula keperluan duit.

Adakah kos yang boleh dikurangkan?

Mungkin ada beberapa perkara yang boleh kita cut down, tanpa memberi kesan besar pada operasi.

Ingat, kurangkan kos bukan bermaksud kurangkan kualiti!

Dalam tahun-tahun tertentu, kos tetap kita mungkin meningkat.

Ini boleh termasuk kenaikan upah, sewa tempat, atau kos utilities.

Jadi, pastikan kita ambil kira peningkatan ni ada dalam budget kita.

Matlamat keuntungan kita perlu jelas.

Berapa banyak kita nak untung tahun ni?

  • Dengan menetapkan matlamat ni, kita boleh backward plan, bermaksud kita boleh susun budget based on target keuntungan tu.
  • Lepas dah tetapkan matlamat keuntungan, sekarang susun budget mengikut keutamaan. Yang penting diletakkan lebih awal.
  • Kalau tak tahu mana nak mula, fokus dulu pada kos yang memberi impak besar kepada operasi bisnes.

Kena ada emergency fund.

So, sediakan juga emergency fund dalam budget.

Ni untuk cover unexpected expenses yang boleh terjadi bila-bila masa.

Kita tak nak bisnes kita terkandas sebab takde duit, kan?

Dalam bisnes, kita kena ada plan B.

Jadi, sediakan juga backup plan dalam budget.

Kalau ada perkara tak terduga berlaku, kita dah bersedia untuk handle masalah tu.

Kos marketing sangat penting untuk tarik pelanggan.

Tapi jangan sampai overbudget. Gunakan budget dengan bijak.

Cuba fokus pada strategi marketing yang dapat memberi hasil terbaik, tanpa membazirkan duit bisnes.

#3. Lihat balik product/servis pricing

Mungkin perlu adjustment, atau tambah new produk dengan new price..

Buat senarai semua produk atau servis yang korang offer.

Lepas tu, rujuk kos produksi atau penyediaan servis.

Ini termasuklah kos bahan mentah, tenaga pekerja, dan apa-apa lagi yang berkaitan dengan proses menghasilkan produk atau servis.

Kena tahu kos asas ni sebelum nak decide harga jual.

Next, kena study harga pasaran. Jangan nak tarik harga semata-mata nak jadi yang termurah. Tapi juga, jangan jadi yang termahal tanpa sebab.

Tengok harga pesaing, dan buat perbandingan.

Mungkin ada ruang untuk kita naik harga sikit, jika produk atau servis kita ada extra value yang unik.

Tengok value apa yang kita beri pada pelanggan.

Boleh jadi produk kita ada kelebihan atau servis kita lebih pantas. Kena highlight benda ni.

Kalau pelanggan rasa mereka dapat lebih, mereka mungkin sanggup bayar lebih.

  • Branding dan imej bisnes juga boleh mempengaruhi harga.
  • Kalau bisnes kita dah ada reputasi yang baik, kita boleh caj harga lebih tinggi.
  • Orang suka beli dari bisnes yang reliable.

So, kalau kita dah punya imej macam tu, kenapa tak capai keuntungan maksimum?

Kira berapa keuntungan yang kita nak.

Kalau kita rasa harga sekarang dah tak cover kos, dan nak naikkan keuntungan, teruskan dengan langkah seterusnya.

  • Kena fikirkan cara untuk cipta pakej atau bundled services.
  • Boleh jadi kita combine beberapa produk atau servis, dan berikan harga istimewa.

Ini bukan sahaja boleh tarik pelanggan, tapi juga tingkatkan keuntungan secara keseluruhan.

Lihat faktor ekonomi dan market sekitar kita.

Kalau ekonomi tengah stabil, orang mungkin lebih bersedia untuk bayar harga yang lebih tinggi.

Tapi kalau ekonomi down, kita kena bijak adjust harga supaya kekal relevan.

Jangan takut untuk adjust harga.

Pasaran selalu berubah, dan kita kena adaptasi.

Kalau kos produksi naik, atau kita tambah value pada produk atau servis, tak salah untuk naikkan harga.

Ini adalah langkah bijak untuk pastikan kita boleh terus survive dalam bisnes.

#4. Melihat kembali hutang company

Lihat mana boleh dikurangkan dengan duit company, atau reserve company.

Cuba tengok dengan teliti hutang-hutang yang kita ada.

  • Ada yang bersifat jangka panjang ke, atau hutang yang boleh settle cepat?
  • Kita nak kategorikan dulu sebelum buat keputusan.
  • Semua hutang tak sama, ada yang interest tinggi, ada yang tak.

Tengoklah hutang yang paling mahal dulu.

Ada hutang yang charge interest tinggi.

Kita boleh tengok sama ada boleh renegotiate untuk kurangkan interest atau tidak.

Pilihlah hutang yang boleh settle awal, dan tak memberi kesan besar kepada operasi harian bisnes.

Kalau boleh, bayar hutang yang interest rate dia tinggi dulu untuk elakkan interest merbahaya.

Kita kena review semula polisi bayaran hutang.

Cuba lah tengok tempoh bayaran yang kita ada sekarang.

Adakah kita boleh extend tempoh bayaran untuk memberi sedikit ruang nafas kewangan kita?

Kalau boleh, ini boleh jadi satu strategi untuk kurangkan beban hutang.

Cuba meeting dengan pegawai bank atau vendor.

Kalau ada masalah bayaran, bincanglah.

Mungkin kita boleh buat arrangement pembayaran yang lebih sesuai dengan keadaan kewangan kita.

Diorang lebih suka kita buat perbincangan, daripada tak bayar langsung hutang.

Kalau hutang memang dah tak terkawal, kita boleh pertimbangkan untuk reschedule atau refinance hutang.

Ini boleh membantu kita mendapatkan jadual bayaran yang lebih bersesuaian dengan keadaan kewangan bisnes kita.

Kalau kita ada duit dalam company, pertimbangkanlah untuk guna duit tersebut untuk bayar hutang yang kritikal.

  • Jangan biarkan hutang yang membawa risiko tinggi terus berlarutan.
  • Dengan bayar hutang, kita boleh elakkan masalah yang lebih besar.

Dalam senarai hutang kita, fokus pada hutang yang menghasilkan keuntungan.

Contohnya, hutang untuk pembelian inventory yang membantu kita jualan lebih banyak.

Hutang yang boleh hasilkan lebih banyak untung, adalah hutang yang baik.

Sebelum buat keputusan mana hutang nak bayar, buat analisis cash flow.

Kita nak pastikan kita mampu bayar hutang tanpa menjejaskan operasi harian bisnes.

#5. Tax management..

Bagaimana pecahkan cukai? Kurangkan cukai? Kena diskus betul2 dengan auditor..

Cuba fahamkan jenis cukai yang kena bayar. Ada cukai pendapatan, cukai perkhidmatan, dan macam-macam lagi.

Pastikan kita tahu dengan jelas jenis cukai yang berkaitan dengan bisnes kita.

Buka rekod kewangan korang dengan teliti.

Semua receipt, invoice, dan dokumen berkaitan cukai kena disemak.

Rekod yang tersusun akan memudahkan proses pecahkan cukai, dan pastikan tak ada maklumat yang tertinggal.

Kalau korang tak pandai bab-bab cukai, gunakan servis akauntan.

Diorang pakar dalam bidang ni.

Korang tak payah pening kepala nak faham peraturan cukai yang complicated tu.

Jangan lupa tarikh penting untuk bayar cukai.

Korang kena tahu bila tarikh akhir untuk submit borang cukai, tarikh bayaran cukai, dan semua benda berkaitan cukai.

Letak reminder dalam kalendar supaya tak terlupa nanti.

  • Guna peluang tax reliefs cukai yang ada.
  • Ada banyak tax reliefs yang boleh kurangkan jumlah cukai yang korang kena bayar.

Contohnya, potongan cukai untuk perbelanjaan kajian dan pembangunan produk.

Pastikan korang claim semua tax relief yang patut, dan bayar cukai secara konsisten setiap tahun.

Rancang pembayaran cukai dengan baik.

Kalau boleh, bayar secara ansuran bulanan supaya tak memberatkan kewangan bisnes.

Buatlah jadual bayaran yang korang rasa selesa.

Undang-undang cukai selalu ada perubahan.

Jadi, korang kena selalu follow news dan update terkini, dengan apa-apa perubahan dalam undang-undang cukai.

Ini penting untuk pastikan korang sentiasa patuh dan tak terkena denda.

  • Sebelum hantar borang cukai, pastikan korang bincang dulu dengan akauntan.
  • Diorang boleh buat final check untuk pastikan semua potongan cukai dah dimasukkan dengan betul.

Mungkin diorang ada pandangan yang boleh kurangkan beban cukai korang.

Dah tahu macam mana nak tingkatkan profit bisnes?

Kalau profit bisnes terus mengecil tanpa kita buat apa-apa, boleh jadi bakal terjadi impak yang besar dalam jangka masa panjang.

Pertama sekali, kita mungkin akan terpaksa cut banyak kos yang melibatkan kerja-kerja operasi bisnes.

Ini tak bagus untuk moral pekerja, dan boleh jadi impak besar pada produktiviti.

Selain tu, kita mungkin akan hadapi cabaran untuk melabur dalam inovasi atau growth bisnes.

Dalam dunia yang sentiasa berubah, kalau kita tak terus berkembang, bisnes kita mungkin akan ketinggalan dan hilang daya saing.

  • Jika profit terus menurun, kita juga tak mampu lagi membayar hutang.
  • Ini boleh menyebabkan kewangan bisnes semakin terjejas dan boleh jadi membawa kepada masalah yang lebih serius seperti bisnes bankrap.

Buatlah rancangan kewangan yang lebih kukuh.

Mungkin kita perlu buat bajet baru yang lebih realistik.

Pastikan kita dapat allocate duit untuk pelaburan dan inovasi supaya kita boleh terus bersaing dalam pasaran.

Jadi, apa yang penting sekarang ialah tindakan.

Jangan biarkan keuntungan bisnes terus mengecil, tanpa kita berbuat apa-apa.

Dengan strategi dan tindakan yang betul, kita boleh pulihkan bisnes dan mungkin membuka peluang baru yang kita tak pernah sangka-sangka.

Saya share lagi nak?

Similar Posts

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *