Rasa Lemau Hari Ini? Stress? Takde Mood?

monday-blues

Setiap hari isnin..ramai yang rasa macam ni kan…baik yang makan gaji mahupun yang berniaga sendiri…rasa malas yang amat nak bangun dan mulakan kerja..ini semua simptom2 demam Monday Blues namanya !

“Amende pulak demam monday blues ni sifu?…”

Aiyooo.. tak tau kaa.. blues tue satu perasaan mcm kurang semangat..lemau jer rasa pagi2 nak mula kerja tue.. baru hbs bercuti lak tue.. hati dok teringat2 kenangan manis hari cuti.. hati dok teringat katil empuk lagi.. sedangkan jasad sudah pun di tempat kerja.. kalau tgh tersangkut jem lagi blues.. siapa pernah dan selalu rasa mcm ni?

“Kalau macam tue…saya hari2 rasa mcm tue sifu…hari2 blues…hari2 lemau…mcm mana nak buat tue?…kurang semangat nak buat kerja…hmm…”

Alamak…kes parah ni kalau mcm tue…kena switch off cepat2 mind tue..kena kasi lebih semangat dan lebih energetic…baru lar hidup lebih produktif dan mencapai hasil dan result yang kita mahukan..terutama peniaga2 yang menjalankan perniagaan..lagi kena elak terlalu layan blues-blues ni…kalau tak nanti habis effect semua rentak perjalanan perniagaan anda…

“yang berniaga pun ada monday blues juga ker sifu? ingat yang kerja makan gaji jer yang kena monday blues ni….”

Yang berniaga lagi lar banyak monday blues..kalau bisnes kita tengah down atau rugi.. masa tue lar feel dia macam hari2 blues….dok terkenang2 kerugian yang terpaksa ditanggung. Kalau berlaku rejection ketika close deal sales..dtg blues lagi….ketika kita terlepas tender project..blues lagi.

Ketika staff buat hal…blues juga…ketika kena khianat dgn partner atau kena tipu dgn clients…bertambah-tambah feel blues tue datang.. siap mainkan biola lagi kan….siapa pernah rasa macam ni? angkat kening anda.. haha…

Apa2 pun.. kita tak boleh lama2 sangat layan blues ni…nanti apa pun tak jadi.. apa pun tak boleh.. nak elak pun benda dah jadi..nak tak nak…kita kena hadap segala situasi mcm ni.. so.. macam mana caranya?

Saya sharekan sikit tips untuk kita fight dan kasi sergah sama ini semua rasa BLUES !

  • VISI & MISI YANG JELAS

Visi dan Misi hidup kita kena jelas…kena jelas apa yang kita betul2 nak.. kemana arah tujunya dan kena tahu juga cara mcm mana nak capai semua yang kita nak tue.. barulah kita faham kenapa kita perlu buat kerja setiap hari…barulah kita benar-benar bersedia dalam menghadapi apa jua cabaran dan situasi..setiap hari kena ingatkan diri kita apakah Visi dan Misi hidup kita..barulah hidup jadi sentiasa bersemangat !

  • PERSONAL WHY KENA KUAT

Tujuan dan sebab kita bekerja tue kena kuat..kalau kerja yg kita buat tue hanya sekadar cari duit makan jer…mmg blues lar jadinya…sbb xda matlamat…xda sebab..xda tujuan..xda perjuangan….motivasi pun kurang…so…apabila personal why kita kuat seperti nak kumpul duit untuk rawat sakit mak dan ayah, nak support belanja pendidikan adik beradik, mahu ubah nasib keluarga jadi lebih baik, ingin bantu ramai orang jana income bersama dan mcm2 lagi…masa tue barulah setiap pergerakan kita akan sentiasa ber-ENERGI !

  • SENYUM & SYUKUR

Bangun jer pagi…kita terus senyum dan ucap syukur dgn segala perjalanan yang telah Allah aturkan untuk kita…nak tambah lagi feelnya…jerit kuat2 dgn penuh semangat…BEST ! BEST ! BEST ! ( ini tips dari Abang Abu…hehe )…cuba buat…gerenti hilang semua rasa BLUES tue !

  • YAKIN DENGAN REZEKI

Walaupun masih tgh berusaha mendapatkan rezeki yang kita pohon…kita tetap harus sentiasa POSITIF dan YAKIN bahawa rezeki besar itu pasti kita terima nanti dengan izinNya pada masa yang tepat…apabila kita mula yakin dgn rezeki besar yg bakal masuk..kita akan tersenyum dan tenang..otomatik En Blues pun hilang !

  • BERBUAL DENGAN ORANG POSITIF

Kalau tgh feeling2 blues tue..cari lar org2 positif yang tgh semangat tue ajak dia berbual..kasi pekena teh tarik bersama pagi2…kasi remind semula tujuan perjalanan kerja kita…Insyallah…kita akan mula rasa FRESH semula !

  • JAGA RUTIN HARIAN ANDA

Pastikan rutin harian kita betul2 dijaga dengan baik….rehat kena cukup…makan minum kena jaga…tido kena awal supaya bangun kita pun betul2 di awal pagi….kalau boleh bangun tahajud dan solat subuh di masjid lebih baik…lagi bertambah berkat hidup kita…lagi Allah permudahkan urusan…Insyallah.

So…buat mereka2 yg sedang fefeeling blues di luar sana…ayuh bangkit semula ke alam realiti…kita ada perjuangan yang perlu diselesaikan…ada visi dan misi yang perlu dicapai…ada tanggungan yang perlu ditanggung…tak boleh nak feeling blues ni lama-lama…tolak tepi dan buang jauh-jauh ya…

SWITCH YOUR MIND! Jom kita mula kerja sungguh2 sekarang !

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *