STRUGGLE NAK SURVIVE DALAM BISNES? INI 7 LANGKAH YANG ANDA PERLU BUAT UNTUK BANGKIT KEMBALI..
Korang pernah tak rasa macam nak surrender je, bila bisnes tengah down dan struggle?
Mesti rasa macam nak tutup bisnes je, kan? Tapi, jangan give up dulu.
Ramai lagi bisnes yang tengah down, tapi tak nak share pasal struggle diorang.
Sebenarnya, bila kita kongsi pengalaman kita, bukan saja kita dapat support dari orang lain, tapi kita juga boleh tolong orang yang lalui perkara sama.
Jadi, tak perlu rasa rendah diri kalau bisnes kita tengah jatuh.
Itu bukan bermaksud kita gagal, tapi cuma satu cabaran!
Sebab, inilah masa yang paling banyak kita belajar dan berkembang.
Dalam post ni, saya nak share beberapa step untuk korang bangkit balik.
#1: Cari idea dan plan baru
Bila kita dah stuck dalam rutin yang sama setiap hari, ini boleh buat semangat kita jadi down.
Cuba lah cari idea baru untuk bisnes korang.
Mungkin ada produk baru yang boleh korang tambah dalam bisnes tu.
Contohnya, kalau korang jual pakaian, mungkin boleh tambah aksesori atau buat kolaborasi dengan jenama lain.
Contoh lain, kalau korang jual produk makanan tapi tengok sales dah jatuh, cuba fikir idea baru macam tambah menu baru yang maybe trending sekarang.
Cuba fikir adakah produk kita dah outdated ke, atau maybe kita boleh tambah nilai dengan tambah feature baru, yang boleh tarik pelanggan baru.
Lepas tu, susun plan. Buat strategi baru, fokus pada pasaran yang berbeza, atau cuba cara marketing yang berlainan.
Kalau produk yang kita buat selama ni dah takde demand lagi, so kita perlu ada yang fresh, yang boleh tarik minat pelanggan balik.
#2: Reserved fund
Bila bisnes tengah struggle, korang mesti start cari reserve fund.
Ni macam duit simpanan, kalau ada apa-apa terjadi, at least korang ada backup.
Senang cakap, duit kecemasan yang korang simpan untuk handle krisis macam ni.
Kalau takde fund backup, senang je bisnes boleh tutup bila2 masa je.
Start dengan tengok balik cash flow bisnes korang.
Setiap bulan, allocate sikit duit dari profit untuk simpan dalam reserve fund.
Contohnya, kalau selama ni korang budget untuk marketing besar-besaran, mungkin boleh reduce sikit bajet tu untuk simpan ke reserve fund.
Contohnya, kalau bulan ni untung lebih sikit dari biasa, jangan lah terus belanja besar. Simpan sebahagian tu dalam reserve fund.
Lepas tu, cuba jugak cari cara tambah sumber duit baru.
Boleh cuba jual barang-barang lama yang tak pakai lagi atau maybe offer servis tambahan yang boleh generate extra income.
#3: Tambah dan Cari Ilmu
Kadang-kadang, masalah yang kita hadapi tu sebab kita tak cukup skill atau ilmu dalam bidang bisnes kita.
Ilmu baru ni boleh jadi panduan untuk improve bisnes kita.
Cuba identify area yang korang rasa lemah.
Contohnya, kalau korang struggle nak handle marketing online, maybe korang boleh join kelas pasal digital marketing. Atau kalau korang rasa tak pandai handle financial bisnes, cari lah buku atau kursus pasal financial management.
Lepas tu, minta tolong orang yang lebih pakar dari kita. Boleh join group yang berkaitan dengan bidang bisnes kita, dan tanyalah kepada yang lebih berpengalaman.
Trust me, ramai je yang sudi tolong kalau kita tanya dengan sopan.
Yang penting, usaha untuk tambah dan cari ilmu ni takkan rugi.
Akhirnya, ilmu yang kita dapat tu boleh jadi penentu kejayaan bisnes kita dalam jangka panjang.
Ianya bukan saja boleh tambah value pada bisnes kita, tapi juga boleh jadi penyelamat waktu susah macam ni.
#4: Jangan Lupa Bersedekah
Mungkin duit tengah tight, tapi percayalah, bersedekah ni boleh jadi satu cara untuk dapat rezeki yang tak terduga.
Mulakan dengan bagi berikan bantuan kat orang susah, atau bagi barang-barang yang kita tak guna lagi.
Tengok lah sekeliling kita. Mesti ada orang yang lagi susah daripada kita.
Boleh bagi derma dalam bentuk duit, makanan, atau bantuan lain yang kita rasa sesuai.
Contohnya, kalau kita ada kedai makan, bolehlah sediakan makanan percuma untuk komuniti sekitar yang memerlukan.
Lepas tu, kalau dah makin stabil sikit, cuba involve bisnes korang dalam aktiviti amal.
Contohnya, bagi sedikit peratusan dari jualan korang untuk disumbangkan ke charity.
Ingat, rezeki ni bukan hanya tentang duit, tapi juga tentang keberkatan. Bersedekah ni adalah investment untuk rezeki jangka panjang.
Sapa tahu, rezeki kita lepas ni boleh jadi bertambah ganda sebab kebaikan yang kita lakukan.
#5: Elak Buat Hutang Baru
Ni adalah kunci untuk jaga cashflow dan elakkan lagi masalah besar.
Tengok balik cash flow bisnes kita.
Pastikan duit yang masuk cukup untuk cover semua kos dan hutang yang sedia ada.
- Cuba review balik hutang yang kita dah ada.
- Check interest rate, jangka masa bayaran, semua tu.
Kalau boleh, cuba renegosiasi supaya senang nak handle.
Contohnya, kalau kita ada pinjaman dengan interest tinggi, bolehlah call bank tanya kalau boleh kurangkan rate atau ubah jangka masa bayaran.
Contoh lain, kalau kita ada outstanding supplier payment, try negotiate dengan diorang untuk extend payment date sikit-sikit.
Lepas tu, stop buat hutang baru.
Kalau sebelum ni biasa beli stok dengan pinjaman, cuba reduce sikit bajet belanja, at least sampai bisnes stabil balik.
Elakkan dari ambil pinjaman tambahan yang boleh tambah beban kewangan.
Ni paling penting, cuba cari alternatif lain untuk dapatkan duit kalau perlu.
Contohnya, boleh cuba jual asset yang tak guna atau tambah sumber pendapatan dari servis tambahan.
Amaran.. hutang ni macam api. Kalau kawal elok-elok, boleh guna untuk panaskan kita, tapi kalau tak berjaga-jaga, boleh membakar habis.
#6: Improve Marketing Dulu
Marketing ni macam roda dalam bisnes. Kalau tak bergerak, bisnes pun takkan jalan.
Evaluate balik strategi marketing yang kita guna sekarang.
Tengoklah apa yang berkesan dan apa yang tak.
Mungkin kita perlu adjust target audience atau tukar platform promosi.
Lepas tu, cuba explore cara-cara baru untuk promosi.
Contoh, kalau selama ni kita hanya guna social media, cuba lah try Google Ads atau email marketing. Boleh juga cuba collaborate dengan influencer atau buat giveaway untuk tarik perhatian orang ramai.
Yang penting, jangan lupa untuk monitor progress.
Bukan semua idea akan berjaya, jadi kita kena ada plan B, C, dan seterusnya. Kalau ada yang tak berkesan, cuba buat backup plan yang lain.
Contoh, kalau kita jual pakaian, boleh cuba improve marketing dengan collaborate dengan influencer atau buat live streaming di tiktok. Ini boleh tambah exposure dan tarik minat lebih ramai orang.
So, korang kena selalu update dan upgrade strategi marketing bisnes.
Tak semestinya perlu ada bajet besar, tapi korang kena ada kreativiti dan kesungguhan untuk buat perubahan besar dalam bisnes.
#7: Jangan Buat Keputusan Melulu
Jangan cepat sangat nak buat keputusan. Kalau decision melulu, boleh jadi lagi susah nanti.
Keputusan yang kita buat masa tengah down ni boleh jadi lebih risiko, sebab emosi kita yang tak stabil.
Jadi, evaluate dulu semua options yang ada.
Fikir panjang sikit, tengok pro dan cons untuk setiap keputusan yang kau nak buat.
Contohnya, kalau fikir nak kurangkan pekerja, fikirkan impak kepada produktiviti dan service kepada pelanggan.
Lepas tu, minta pendapat dari orang lain. Boleh jumpa mentor, discuss dengan team, atau tanya kawan-kawan yang ada pengalaman dalam bidang bisnes.
Diorang punya insight boleh buka minda kita yang tengah blur ni.
Tengok juga jangka masa panjang. Keputusan yang kita buat sekarang tu, macamana impaknya dalam jangka setahun, dua tahun ke depan.
Contohnya, kalau nak ubah strategi produk, kena tengok impak dia dalam jangka masa yang lebih panjang.
Jadi, jangan buat keputusan dalam keadaan panik.
Ambil masa, menilai semua pilihan, dan buat keputusan yang bijak untuk bisnes kita.
Belajar sesuatu?
Setiap founder pernah rasa down. Dalam bisnes, ups and downs tu memang jadi perkara biasa, tapi yang penting adalah cara kita bangkit semula.
Saya dah cover pelbagai cara di atas ni..
Semua ni ada impact besar untuk selamatkan bisnes dari krisis.
Ada banyak cara untuk bergerak ke depan, dan yang paling penting, jangan pernah give up. So, keep hustlin’, bisnes korang mesti boleh bangkit!