Tutorial Cara Buat ‘Like Marketing’ Untuk Fanpage Anda

Tutorial Cara Buat 'Like Marketing' Untuk Fanpage Anda

Masih tidak tahu bagaimana cara bina fans di page anda?

Kali ini saya nak terangkan bagaimana membina iklan untuk tarik like ke fanpage anda.

Lepas ini takde lagi alasan mengapa like ataupun fans di page anda sikit je! Ikuti tutorial cara buat like marketing untuk fanpage anda seperti di bawah ya..!

Jom kita mulakan…

1) Klik pada butang atas paling kanan di FB Profile anda dan pilih “Create Ads” atau boleh sahaja taip address ini di browser anda.

1

2) Apabila keluar paparan seperti ini, Pilih ‘Promote your Page’. Iklan ini bertujuan untuk tarik ‘Like’ sahaja.

2

3) Selepas itu pilih ‘Page’ yang anda ingin tingkatkan likes ataupun yang anda ingin fokus kepada pembinaan ‘Fans’.

3

4) Namakan Campaign, dan kemudian klik ‘Set Audience & Budget’ apabila selesai.

4

5) Masukkan maklumat audiens yang anda ingin sasarkan utk lihat iklan Like anda ini. Anda juga boleh lihat ‘Potential Reach’, iaitu jumlah anggaran audiens yang telah anda pilih berdasarkan maklumat audiens yang telah anda isi.

5

6) Tetapkan budget yang anda ingin belanjakan untuk iklan ini. Kemudian namakan Ad Set, dan klik butang Choose Ad Creative.

6

7) Untuk iklan tarik Like, anda boleh gunakan gambar ataupun video. Pilih salah satu..

Kemudian, tuliskan ayat iklan untuk tarik Like. Tips untuk iklan tarik Like –  masukkan ayat CTA (Call-to-Action) seperti “Sila LIKE…”, “LIKE sekarang..”.

Pilih placement yang anda mahu iklan ini dipaparkan. Sama ada ‘Desktop’, ‘Mobile’, ataupun ‘Desktop Right Column’. Tips – Sebaiknya, jika anda baru hendak bermula, gunakan paparan ‘Mobile’ sahaja dulu. Remove placement yang lain.

Klik ‘Review Order’.

7

8) Paparan ini akan muncul selepas ‘Review Order’. Letakkan ‘Ad Name’ atau nama iklan untuk rujukan anda. Semak butiran iklan anda sebelum klik ‘Place Order’.

8

SELESAI!

SILA KONGSIKAN PENDAPAT ANDA DI BAWAH..

  1. meli says:

    salam..sy ada masalah dgn billing poscode..dah cuba card credit cimb. kad debit maybank. macam2 poskod dah letak tak berjaya.. apa solution nya. t.kasih sifu.

  2. ad says:

    salam, sy nak tanya ada dikenakan sebarang bayaran tak untuk like marketing ni?

    1. hafiz says:

      kena bayar.

  3. OMMEL BRIDAL says:

    DAH BUAT TP X KELUAR FORM UNTUK BAYARAN

  4. hafiz says:

    go to acc setting. klik payment.

  5. azman says:

    Kenapa indon bangla & pakistan yg like ads saya ?

    arghhhh tension !!!

    1. cuba target audiens – people who live in this location

    2. Bro San says:

      Sebab indon dan bangla lebih memahami ayat iklan anda.

    3. cuba include language; Malay & English

  6. Amal says:

    Saya pon sama.foreigner yg duduk di msia yang banyak like post saya.sedangkan saya dah exclude mereka di demographic dan interest dah buat spesific.kenapa ye?

  7. wan says:

    assalam. mcm mana nk buat payment tu ?? tolong saya sifu,..

  8. mohd shariffudin bin zahari says:

    Salam sifu Jamal.kenapa saya buat ads page like not approve yer..sebelum ni ok je..buntu..

    1. Yen says:

      Pm me 01119740717

  9. amy says:

    blhkah sy mendapat like atau comment dr mereka yg bukan frnz sy?

  10. iyaya says:

    mcm mana kita nak tengok cost per page like kita murah atau tidak sifu

  11. […] Marketing, dan target iklan pada fans. Baca ARTIKEL INI untuk tutorial cara buat Like […]

  12. Info yang sangat membantu.

  13. Akmal atikah says:

    Kenapa kebanyakkan audiens yg saya dpt ialah org bangla

  14. Suzi says:

    Mcmna kita nk tau jenama yg kita guna x digunakan lg oleh org lain?

  15. harold affendy bin rajib says:

    Assalamualaikum….nak tnya,setiap 1 like brapa sen kene bayo..??

Leave a Reply to azman Batalkan borang respon

Program @ Sifufbads

29/09/2018
HIIM PREMIER
IDCC Shah Alam

24/08/2018
The Foundr Chapter
Sifufbads Academy

20/08/2018
The Foundr Chapter
Sifufbads Academy

Follow Instagram @sifufbads

  • Sedangkan laut lagi bergelora ini kan pula dunia bisnes Mana
  • Dalam era ini digital marketing adalah salah satu senjata WAJIB
  • Founder wajib kenalpasti prospek utk bisnes merekabila dah kenal mudahla
  • PERJUANGAN 19612018 YANG MENJADI INSPIRASI  Mula2 dulu aku berasa
  • Jadi seorg leader ni bkn shj perlu jdi pemikir yg
  • Selesai tadi Part 1 Cut Cost marketing sharing LIVE tadi
  • KERANA SAYANGKAN IBU SANGGUP KORBAN MASA MUDANYA  Nur Farah
  • SATU RAHSIA YG PATUT ANDA AMBIL DARI KISAH IBU MUDA
[Free Video] Founder’s Foundation
[Free Video] Founder’s Foundation

Didedahkan! Founder’s Foundation Video Yang Bakal Menyelamatkan dan “Mengangkat” Bisnes Anda dari Hampir Mati Kelemasan di Benam Lumpur! Anda bakal pelajarinya dalam video bersiri ini.. dan ianya PERCUMA jer..