Tutorial Cara Buat ‘Website Custom Audiences’ (WCA)
Dalam artikel yang lepas, saya ada kongsikan beberapa cara untuk tarik trafik menggunakan Facebook Ads dan kebanyakkannya menggunakan Website Custom Audiences (WCA). Dalam artikel kali ini pula, saya tunjukkan kepada anda cara untuk buat Website Custom Audiences (WCA) menggunakan Advert Manager dan Power Editor.
Cara Buat ‘WCA’ Menggunakan Advert Manager
1) Dalam Advert Manager, klik ‘Audiences‘ pada sidebar kiri
2) Kemudian, klik butang hijau ‘Create Audience’ pada bahagian atas kanan. Pilih ‘Custom Audiences’
3) Pop Up seperti gambar di bawah akan keluar. Pilih ‘Website Traffic‘
4) Namakan ‘Audience Name‘ yang mudah anda ingat. Jika perlu, tulis maklumat tambahan pada bahagian ‘Description‘. Audiens yang pernah berkunjung ke website anda akan disimpan mengikut bilangan hari yang anda set pada bahagian ‘In the last‘. Maksimum hari yang boleh anda set adalah 180 hari.
5) Pada bahagian ‘Website Traffic‘, anda boleh pilih target audiens untuk iklan anda berdasarkan pilihan yang diberi.
6) Jika anda pilih ‘People who visit specific web pages‘, anda boleh target pada pengunjung website berdasarkan keyword url artikel blog anda.
7) Jika anda pilih ‘People who visit specific web pages but not others’, anda boleh tapis audiens yang anda mahu atau tidak, berdasarkan keyword url artikel blog pada bahagian ‘Include’ dan ‘Exclude’.
8) Selepas itu, klik butang dalam kotak merah di bawah, kemudian klik ‘View Pixel Code‘
9) Anda perlu copy ‘Pixel Code’ ini dan paste dalam di antara <head> dan </head> dalam kod template websites anda. Jika anda pengguna WordPress, anda boleh gunakan plug in Open Hook untuk memudahkan ‘Pixel Code’ ini diletakkan dalam kod template website anda.
Cara Buat ‘WCA’ Menggunakan Power Editor
Dalam Power Editor, klik pada bahagian ‘Manage Advert’ dan pilih ‘Audiences’. Anda akan dibawa semula ke langkah ke-2 seperti dalam Advert Manager.
Anda boleh rujuk kembali langkah di atas kerana semua langkah seterusnya sama seperti dalam Advert Manager.
Selepas anda siap buat Website Custom Audiences, anda boleh mula gunakannya dalam Custom Audiences untuk beriklan di Facebook.
Itu sahaja tutorial ringkas cara buat Website Custom Audiences. Jika anda bijak menggunakan fungsi ini, mudah untuk anda target pada audiens yang tepat. Semoga berjaya!
Salam Tn Jamal,
Contoh saya ada blogspot baru tentang kartun Upin dan Ipin.
Memang tidak ada traffik.
Boleh ke guna WCA ni ?
Terima kasih
W’salam tuan,
blog kena ada trafik dulu, baru boleh pakai WCA
terbaik sifu..patut la saya tgk jam kat zalora..iklan jam tu duk ikut saya..
Betul Tuan Khairil, saya pun ada masuk 1 web pakaian, pakaian tu asyik ikut saya kat fb 😀
Assalam Tuan,
Jika kita nak buat WCA untuk beberapa website, Pixel Code tetap sama.
Jadi di bahagian ‘Add URL keywords’, kita letak nama domain (contoh: produkabc.com) ya tuan?
ya tuan, letak link domain sahaja kalau kita target minisite.
kalau kita target artikel, letak link artikel.
Terima kasih, mudah faham, lepas ni boleh terus buat.
sama2 tuan, cara ni sangat berguna untuk dapatkan trafik website yang berkualiti.
Terima kasih share tuan…
Untuk blogspot pun boleh ke tuan?
Kod nak cari kat bahagian mana di blogspot?
Template atau html post?
Maaf banyak tanya sebab saya pengguna blogspot…
blogspot pun boleh, kod pixel letak bahagian bawah
Bahagian bawah kat html post atau html template?
letak bahagian bawah
html templateKod pixel tu ltk di blogspot bhg bawah ke Sifu
Assalamualaikum tuan.
Sy ada soalan….klu gn weebly mcm mn ya nk paste pixel code ? sy dh cb tp xberjaya…
tak pasti, saya rasa weebly tk boleh edit html
Salam tuan..
Saya ada soalan saya menggunakan web shoping cart dekat mana ye saya nak paste code tracking pixel?? Saya dah cuba buat tp tak jumpa kat mana perlu paste ke dlm admin website ke atau cpanel website?
kena tgk setting shopping cart tu. Letak code tracking kat tq page..
Salam Tuan,
nak tanya..kalau kita buat banyak iklan dan setiap iklan kita nak wat wca ni.. kod pixelnya bagaimana ya? Copy 1 atau banyak?
Tq
kalau kita target page, kena buat 1 page, 1pixel … kalau target website, 1 pixel kod dh cukup
Apa maksud Sifu dengan page? FB Fan page atau Page dalam website?
Owh patutla…saya ada perasan bila g ke website amazon.kadang2 masuk kt fb.produk yang dilihat tadi ada di iklan sidebar fb.
mohon penjelesan tuan?
betul tu, saya namakan teknik hantu.. iklan tu akan keluar berkali2 di sidebar, gunakan wca utk buat iklan
Assalam tuan…
Berkenaan dgn teknik tarik trafik dgn guna wca ni kita perlu ada blog ke?
Saya kurang arif tentang blog..
Saya cuma ada fanpage..mcm mana saya nk guna wca ni?
Ada tak kursus utk saya pelajari dgn tuan secara personal coaching?
Harap dpt membantu saya..
ada byk kelas kat luar tu ajar buat blog, boleh ajar diorang..
Kalau website xada trafik,boleh juga nak gunakan nie.dengan syarat ada domain dan hosting,pastu dapatkan trafik dari website orang lain,
Menarik. Macam mana kita boleh dapatkan trafik dari website orang lain?
pening pening
Sifu, nak tanya ape beza kalau kita buat wca ni pakai ads manager vs power editor?
same je haslnya. bezanya power editor sesuai guna kalau nak buat iklan byk2..
tuan Jamal,
saya ada pasang juga pixel code ni..
tapi fb cakap low match rate.
apa maksudnya ya?
sbb tak byk lagi trafik yang masuk ke page tu..
As salam sifu…utk iklan wca ni kita pilih iklan diletakkan di sidebar jek ke? Klu newsfeed mobile dan desktop boleh tak?mn yang lebih berkesan
semua placement boleh. mana lebih berkesan? Kena buat split test..
Salam tuan. Sy dan rakan perniagaan baru saja memulakan perniagaan tudung. Kami sudah bina fanpage dan instagram. Pelancaran produk akan dibuat inshaa Allah pada 14 feb.
soalan saya, adakah fb ads sesuai dibuat sekarang ataupon hanya slps gmbar2 produk sudah dimuat naik? Buat pengetahuan tuan, hanya ayat2 teaser yg sdg lakukan sekarang.
Mohon nasihat dan panduan dari sifu. Terima kasih.