Perkongsian

Pelajari asas kepada pemasaran berpadu Facebook, bagaimana menguruskan channel pemasaran ini secara optimum dan efektif.

Training

Kami menawarkan tips dan panduan yang bermutu seiring dengan pengalaman kami dalam pengurusan pemasaran Facebook untuk perniagaan anda.

Buku

Koleksi buku-buku menarik yang diterbitkan sendiri oleh kami. Sangat sesuai untuk anda yang sedang mencari panduan berkaitan pemasaran facebook.

CARA LETAK NAMA PAGE

Diterbitkan pada Jan 22, 2014 oleh

nama-fan-page

Mungkin inilah persoalan yang sering bermain di fikiran para usahawan yang ingin memulakan pemasaran facebook untuk perniagaan masing-masing.

Bahkan situasi ini juga timbul bagi mereka yang telah pun mempunyai page tersendiri tetapi berasa keliru mengenai nama page apa yang sepatutnya mereka letakkan di page mereka sehingga kini.

Ketika mula membina page untuk perniagaan mereka, timbul persoalan nak letak nama apa ye….? Nak letak nama produk ke….nama “brand”…? Ke nama sendiri je…?

Di sini saya ingin berikan tips bagaimana memilih nama untuk page yang baru anda buat ataupun page yang talah  pun anda miliki sekarang.

 

Tips #1 : Gunakan Nama Syarikat Atau Kedai Dan “Brand”

Sekiranya perniagaan yang kita jalankan adalah milik kita sendiri. Kita boleh menggunakan nama syarikat kita sebagai nama page. Begitu juga dengan nama kedai milik kita sendiri yang mana kita jadikan sebagai nama page kita. Andai kata kita mempunya jenama atau “brand” yang tersendiri juga boleh menggunakan nama “brand” tersebut sebagai nama page.

Kita boleh lihat Sebagai contoh SifuFBAds Sdn Bhd merupakan syarikat yang ditubuhkan oleh saya sendiri dan saya fokus kepada untuk menjenamakan “SifuFBAds” supaya dikenali sebagai pakar di dalam pengiklanan atau pemasaran internet menggunakan facebook. Oleh itu saya telah memilih “SifuFbAds” Sebagai nama page saya.

SifuFbAds Page

Kita juga boleh melihat Secret Receipies sebagai sebuah nama kedai dan  jenama kek yang terkenal menggunakan nama “Secret Recepies” sebagai nama page mereka. Begitu juga dengan Old Town White Coffee. Star Buck, McDonald dan juga 7-Eleven..!

Terdapat juga syarikat-syarikat yang mempunyai branding yang tersendiri telah menggunakan jenama-jenama yang mereka bina sebagai nama page mereka. Contohnya kita dapat lihat Celcom, Sogo, Air Asia dan yang menggunakan brand untuk facebook page mereka.

 

Tips #2 : Gunakan Nama Yang “Umum”

Ya…nama page yang umum dan tidak spesifik..! Ini sangat penting bagi mereka yang tidak memiliki produk sendiri. Mereka yang menjalankan perniagaan menggunaka facebook tetapi menjual produk orang lain atau syarikat lain di mana mereka bertindak sebagai pengedar ataupun agen.

Dengan menggunakan nama yang umum ia membuatkan kita berasa tidak akan rugi kelak. Ini kerana apabila kita sebagai pengedar atau agen yang membina sebuah page sudah tentu kita akan bersusah payah untuk meningkatkan kredibiliti dan kepercayaan supaya pelanggan yakin untuk membeli melalui page kita.

Namun kita tidak pasti adakah syarikat yang membekalkan produk kepada kita akan tetap terus mengeluarkan produk yang sama atau aka nada inovasi juga sebarang pembaharuan kepada produk tersebut, ataupun pihak pembekal tiba-tiba berhenti menjual produk tersebut dan bertukar kepala produk yang lebih baik.

Selain itu mengapa kita perlu bersusah payah untuk menaikkan nama juga branding orang lain bukan? Adalah lebih baik kita focus untuk membina diri sendiri ataupun jenama juga brand yang kita cipta sendiri kan….?

Sebagai contoh saya merupakan pengedar terbesar jenama Al-Quran Digital My Qalam yang kini menjadi fenomena di Malaysia. Ketika saya mula menjual produk ini, tidak ramai yang menjualnya di internet dan saya Berjaya membukti produk sebegini mampu dijual di internet.

Ketika hendak menjual produk Al-Quran Digital ini, saya menggunakan nama page yang umu iaitu “Taukeh Quran Digital”. Ini kerana saya boleh menjual sebarang jenis atau jenama produk Al-Quran Digital yang baru dalam page tersebut.

Taukeh Quran Digital Page

Sekiranya berlaku sebarang inovasi ataupun saya ingin menjual produk Al-Quran Digital yang lain tetapi menggunakan page yang sama, ia tidak akan memberi sebarang kesan yang besar kepada saya. Ini bermakna Page tersebut boleh digunakan untuk menjual apa sahaja produk yang berkaitan Al-Quran Digital.

Selain itu saya juga ada menjual produk Jam Azan di mana jenama produk itu yang sebenar adalah Jam Azan Adzkar. Namun saya membina page untuk menjualnya dengan menggunakan nama “Jam Azan Bersuara”. Sekiranya saya mempunyai produk jam azan yang lain dan lebih, saya bolehjuga menjual di page ini bukan…? =)

Jam Azan Bersuara Page

 

Tips #3 : Gunakan Nama Produk!

Nama Produk boleh juga dijadikan nama page. Tetapi biarlah produk tersebut adalah kepunyaan kita sendiri. Sekiranya kita menjual produk orang lain tetapi kita memilih untuk menggunakan nama produk tersebut itu adalah atas dasar pilihan masing-masing. =)

Contoh yang saya boleh beri ialah produk The Secret Garden Fanpage kepunyaan salah seorang pelajar saya di mana beliau menggunakan nama produknya sebagai nama page facebooknya bagi tujuan untuk menjual produk tersebut.

The Secret Garden Page

Terdapat juga pelajar saya yang menggunakan nama produk orang lain untuk dijadikan sebagai nama page bagi tujuan menjual produk tersebut. Sebagai contoh “Sarimah Signature Kekal Sihat & Menawan” di mana “Sarimah Signature” adalah nama produk kepunyaan Dato Sarimah.

Pihak “owner” page ini sendiri mengakui sepatutnya beliau tidak menggunakan nama tesebut sebagai nama page namun situasi ini telahpun berlaku. Ini kerana apabila beliau ingin menjual produk yang lain, beliau terpaksa membina page yang baru. Apapun beliau sangat beruntung kerana page yang menjual produk kesihatan & kecantikan tersebut telah mencataan jualan sebanyak tujuh angka!

Sarimah Signature Page

Kesimpulan yang saya dapat berikan ialah, untuk jangkamasa panjang (long-term), dengan menggunakan nama produk sebagai nama page memang tidak disarankan.

Namun untuk jangkamasa pendek (short-term) bagi tujuan untuk mendapat keuntungan dengan kadar yang cepat, ia adalah sangat efektif kerana orang ramai seolah-olah percaya kitalah Tuan punya produk! =)

Kategori: Uncategorized

Komentar (67)

    1. zunaidar bt thamrin

      saya sangat baru dalam bisnes online ni dan tak de pengalaman langsung..saya nak sifu ajar sya buat nama fb page yg menarik sekali bahan saya dah ada product kesihatan yg jenama orang lain

  1. Pingback: Tips Penjenaaman di Facebook | LADO MASTER

  2. Pingback: 5 Kaedah Penjenamaan di Facebook | LADO MASTER

  3. aisyah

    salam sifufbads, sy nk tnya. kalau macam saya ni kan,saya jual pakej percutian. jadi nama page yg macam mn sesuai untuk pg sy ya. terima kasih sifu

    1. SifuFBads Penulis

      kami rekemen guna nama brand yg mudah org igt. baru org akan selalu igt kat akak. bila nak pegi bercuti, org akan cari akak. cara ini pun boleh guna utk dptkan repeat customer.

  4. arina

    Minta pandangan tuan….klu sy letak nama sy sendiri ok x dekat page….arinamarzuki…..sy bt bisnes jual tdung n baju

  5. Adawiyah

    Slm sifu,, saya bru ingin mulakn perniagaan online. Tpi saya masih tdak jmpa nma yg seauai utk page fb saya. Jdi saya mahu tanya pendapat sifu nma yg seauai utk page sya. Utk permulaan busine online ni. Saya mahu jual telekung tpi masa akan datang saya mahu jual product yg lain selain telekung. Tpi sya nk org knal brang yg sya jual ni. Sya buat sndri. Terima ksih. Harap tuan respon

Comments are closed.

Adakah Anda Sudah Bersedia?

Sudah bersedia untuk memulakan kempen Facebook untuk bisnes anda? Ayuh dapatkan bimbingan & konsultasi kempen pemasaran Facebook untuk bisnes anda. Sifu FB Ads bersedia memberikan pengalaman terbaik kami kepada peningkatan jualan bisnes anda — sehingga 300%!