Mooncake dari Air Tangan Gadis OKU Yang Luar Biasa!
Cik Haziqah Nurulhuda, atau nama manjanya, Yaya.. gadis manis dari Kelantan, menetap di Terengganu… pemilik VictoryYaya Mooncake & Kuih Bakul… baru 22 tahun, tapi dah jadi usahawan yg sangat berjaya!
Dari bisnes mooncake handmade dari rumah jer, kini lebih commercial! Dari bisnes yg saja2 jer, menjadi bisnes revenue jutaan RM per year.. Bagaimana dia buat?
Scroll sampai habis!
Dulu zaman2 viral memang banyak la kata2 keji persatuan bawang. Orang cakap2….
“alahhh… gila glamour” bila media datang temui Yaya.
“Sales setakat dari viral jer.. jual nama, tah2 tak sedap pun…nanti sendu la tu”.
Tak cukup juga dgn kata2 yg merendah2kan “sedap ke? Tekak Melayu boleh terima ke.. takde orang nak makan mooncake la..”
Fuhh panas telinga… tapi Yaya ni memang kuat semangat orgnya. Tak kisah langsung dengan ‘cakap2’ org. Dia tepis jer..
ALKISAH BERMULA…
“Pada tahun 2011, selepas PMR time tu musim panas sesangat.. saya ni kuat bersukan, tetiba demam, mata dah tak nampak. Pastu warded. Buka mata esoknya, saya dah lumpuh 1 badan…hanya boleh gerakkan kepala je…”
Setahun juga la Yaya meratapi nasib. Tak keluar rumah, tak bercakap dengan sesiapa.. nangis jer..
Cuba {!firstname_fix} bayangkan… hidup {!firstname_fix} yg normal ni tetiba ditarik, tak mampu nak buat apa2.
Lepas setahun, Yaya sedar.. “sampai bila aku nak macam ni?”
“Awak nak pergi mana2 boleh.. tak boleh pun kita akan bolehkan..” ni la kata2 pembakar semangat mama dan abahnya yg buatkan Yaya ‘bangun’.
Sayunya hati waktu tu…. “Pergi mall, pergi pantai semua abah dukung.. orang pandang je..”
MACAM MANA VICTORY YAYA BERMULA?
Yaya ni memang sejak azali suka masak2.. bila masak apa2, baking ke, selalu post kat fb group.
Ada la dapat 1000 ke 2000 likes time tu.
Si Yaya ni suka sangat main game online. Dan ada 1 group online game semunya ahlinya dari luar negara.
Duk share la hobi msing2.. Yaya kata hobi dia memasak. Dipendekkan cerita, ada sorang insan ni dari Beijing, dia kasi Yaya resepi turun temurun mooncake ni.
Dia try la buat. Memang susah. Buat2 lepas tu share kat fb group tu.. berbelas ribu likes la dapat.. berdesup PM masuk tanya2, siap nak order lagi.
Ada pula sorang mak buyung ni call Yaya, nangis2 nak rasa mooncake tu.. mula2 taknak buat, ibunya tak kasi sebab keadaan Yaya macam tu. Tapi sebab kesian… dia buatkan.
Bila dah dapat tu, mak buyung tadi siap selpie lagi sambil makan mooncake Yaya dan post plak kat dalam group tu… fuhh.. makin ramai la yg duk DM Yaya nak jugakk..
Bermula dengan saja2 buat lama kelamaan… makin ramai yg order.
Tambahan pula, memang takde lagi mooncake dan kuih bakul dari air tangan muslim.. jadi Yaya rasakan inilah peluang untuknya upkan lagi bisnes ni..
Start buat dari rumah jer.. dari 10,000 unit sebulan jugak la terjual awal2 start tu.
Pada Februari 2017, Yaya berbisnes dengan lebih serius dengan nama brand “VICTORY YAYA”.
GIGIH MENCARI ILMU
Bila teringat balik ada yg kata bisnes mooncake Yaya ni hangat2 tahi ayam jer, lama2 nanti kelam la tu.. dia rasa… dah kena buat sesuatu. Kena belajar tentang bisnes ni betul2.
Start berguru dengan SifufBads, Yaya join seminar dan kelas coaching. Sanggup turun KL, setiap bulan datang kelas. Bapaknya peneman setia kehulu kehilir.
Lama kelamaan.. bisnes makin grow. Dah beli mesin2 untuk production, dulu kuli sekarang dah ramai staff, buka kilang sendiri dan ofis.. tanpa loan, tanpa bantuan dari mana2.. sekarang dah lebih 90 000 unit terjual setiap bulan.
Dan, terbaru…
Bakal ada Wisma sendiri? Wisma VictoryYaya…Soon.. (SifufBads pun tengah review & guide dia pasal ni)
So inspired.. Lain dari lain!! Malahan, energynya, semangatnya, kegigihannya paling menonjol sepanjang bersama SifufBads ni..
STRATEGI SI GADIS MOONCAKE
- BUAT PAKEJ – buat beberapa pilihan pakej. Contohnya Pakej Bulan, ada 1 set (9 perisa), Pakej Marikh ada 3 set, Pakej Pluto ada 5 set.. beli banyak lagi murah, lagi banyak perisa. Customer senang nak membeli bila ada pakej2 ni… sekaligus boleh tingkatkan sales dan ROI bisnes. Takkan nak jual sekotak2 je kan..
- BUAT CONTEST – beli mooncake dan menang hadiah ekslusif / rare yang takde jual kat mana2.
- PERMISSION MARKETING – berikan free sample kepada bakal customer, lepas tu capture database diorang. Yela moonacke ni ada jer yg skeptikal nak makan.. so Yaya bagi free sample supaya diorang boleh rasa sendiri sebelum membeli.
- REKRUIT AGEN – recruit agen dan sediakan support group. Bukan setakat support jer, tapi ajar diorang tentang selok belok marketing, sales. Dengan agenlah anda dapat grow bisnes dengan lebih cepat.
APA SEBENARNYA, YANG MENJADIKAN YAYA JADI LUAR BIASA?
Anda mesti tertanya2 kan.. Di sini, didedahkan.. Dia ni, adalah manusia yg sentiasa lihat ke depan! Visionary person! Dia lihat, target apa yg dia nak capai dulu..
Bila dah ada vision, dia akan cari jalan utk capainya!!! Ofkos, dia dapatkan ilmu dahulu.. Dah taktau, belajar la dulu kan.. Dan dari situ, dia susun strategy!!! Dan “keep positive”.. Buat sampai jadi! Buat lagi, buat lagi.. Sentiasa jer positif! .
Ditambah pula, dengan support dari family!! Sentiasa sokong apa yg dia nak buat, walaupun asalnya pikir tak logik! Tak sepadan dgn keadaan lumpuh separuh badannya tu.. X padan umurnya baru 22 tahun..
Tapi..
Dia tetap buat yg terbaik! Inilah founder role model, CEO role model yg patut ramai founder muda contohi..
Baru2 ni dia dianugerahkan award Tokoh Usahawan OKU Kebangsaan yg diberikan oleh TPM.. Kejayaan demi kejayaan dicapai!
Siapa kata org kelainan upaya (OKU), tak bleh capai kejayaan luarbiasa.. Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan..Kan?
Link video >> https://youtu.be/WxmUC_adZhE