5 KARAKTER STAN LEE YANG PATUT REAL FOUNDER CONTOHI

Haaa… siapa kat sini die hard fan komik dan filem Marvel? Alaaa yg citer Spiderman, Thor, Captain America tuu…

Anda tau tak siapa org kuat disebalik Marvel ni?

Beliau adalah, STAN LEE.. seorang atok yg berumur 96 tahun. Beliau merupakan pengarang, editor, pengeluar dan penerbit buku komik Amerika.

Antara jawatan lain yg turut beliau pegang adalah.. ketua editor komik Marvel, penerbit dan pengerusi Marvel Entertainment.

Kalau atok2 lain duk rumah jaga cucu.. tapi atok Lee ni aktif kemain, tak duduk diam.. ade je muka dia kat dlm filem2 Marvel.

Tapi… yg sedihnya, semalam satu dunia dikejutkan dgn berita kematian beliau. Pemergian beliau boleh diumpamakan seperti hilangnya ‘THE REAL SUPERHERO’ buat Marvel.

Walaupun beliau dah ‘pergi’ namun ada bbrp perkara tentang beliau yg boleh dijadikan inspirasi khususnya buat founder2 yg tgh membaca ni.

Jom check kt setiap gambar..

1. FOKUS

Atok Lee sgt fokus dan tau hala tuju masa depannya. Buktinya, setiap satu karakter dlm karya yg dihasilkan ada ceritanya yg tersendiri… yg mana pd akhirnya, semuanya saling berkait antara satu sama lain.

Siapa sangka, karakter2 besar seperti Hulk, Thor, Ironman, Captain America dan Spiderman akan berkumpul dlm 1 filem yg sama?

Haaa… korang pun mesti tak terfikir kan?

Mcm tu la juga dgn bisnes. Dari awal dah kena fokus! Biasa la bisnes.. awal2 tu mungkin tak nampak lg hala tujunya, apa misi dan visinya.

Tapi.. anda sebagai founder, kena la tetapkan 1 matlamat dan cuba bergerak ke hadapan utk capai matlamat tu.

2. BERANI AMBIL RISIKO

Beliau berani ambil risiko dgn bereksperimen dlm menghasilkan karya2nya dan siap sedia dgn plan utk menghadapi risiko tersebut..

Contohnya, masa beliau start mencipta karakter tu.. beliau tak tau pun samada audiens akan suka atau tak. Tapi… beliau tetap percaya pd diri dan hasil kerjanya.

So apa yg atok Lee buat adalah.. beliau highlightkan personaliti karakter dan jln cerita bg setiap karyanya.

Sama la jugak dgn founder… kena berani ambik risiko dlm berbisnes. Cari dan fokus pd kekuatan bisnes/servis anda.

3. IDEA

Stan Lee ni seorang yg sgt percaya pada idea. Buktinya.. bermacam2 ‘masterpiece’ yg telah beliau hasilkan. Antaranya Hulk, Black Panther, Ant-Man, Doctor Strange dan byk lagi…

Bak kata beliau… “Saya tiada inspirasi. Saya hanya ada idea dan juga deadline” . Itulah yg dipegangya sepanjang beliau berkecimpung dlm industri komik dan perfileman.

Anda sebagai founder, mungkin ada ketikanya buntu mencari idea. So bykkan ‘menconteng’ kertas, mulakan jer dgn apa2 topik, kemudian dari topik yg kecil cuba olah lagi sampai jd sebuah idea.

Tak percaya? Cuba pegang je pen dulu, pasti idea tu akn dtg kemudian..

4. MINAT YG MENDALAM

Beliau dah lebih 70 tahun bergelumang dgn dunia komik. Walaupun pd awalnya beliau hanyalah seorang pembantu di sebuah syarikat percetakan.

Namun, atas dorongan dan minat yg mendalam beliau berjaya menjadi ‘org kuat’ syarikat Marvel.

Mcm mana pula dgn anda?

Adakah anda buat bisnes ni sbb minat? Atau just ikut2 trend jer?

5. PENGLIBATAN

Kalau anda ‘kaki Marvel’ mesti anda selalu nampak kelibat atok Lee ni dlm setiap filem kan? Kejap jadi pak guard la, jd posmen la, pemandu bas la… watak sampingan jer tp tiap2 kali muncul mesti audiens teruja.

Walaupun dah jd org penting, umur dah hampir 1 abad… beliau tetap ‘turun padang’ dan ambik tau tentang semua benda.

Mcm tu lah sikap yg setiap founder WAJIB ada! Anda kena ambik tau dari A – Z hal2 berkaitan bisnes. Jgn asyik fikir pasal sales masuk je.. hal2 lain pun kena la bagi perhatian jugak. Contohnya, isu kebajikan staff dan perihal pengurusan syarikat..

Anda ada tak ciri2 mcm atok Lee ni?

Kalau ada, acer komen karakter Marvel peberet anda di bawah.

Similar Posts

3 Comments

Leave a Reply to telekung Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *