5 RAHSIA PRODUK ‘SOLD OUT’ DI IG YANG DIBUAT FOUNDER TEAMON! (Point No. 5 Paling Ohsem)
Hari ni SifufBads nak share story seorang alumni ni. Nauf Safuan founder produk brand teamon yang produknya sold out 20k botol tak sampai 2 bulan. Di IG jer pun. Wow!
Before kita terjah 1 persatu secret dia, sifufBads nak bercerita dulu pasal background brader ni. Dari bekas anggota PDRM terus lompat jadi bisnesman?? Polis rupanya?? Ada percaya?Haa.. yes! brader ni polis, setahun 8 bulan je pun dia dalam PDRM. Then dia berhenti dari situ, terus buat MLM full time tapi jatuh teruk lepas tu..sampai rumah pun hampir kena jual.(ramai betul orang bisnes ni join MLM kan? Hmm..)
Bermacam2 bisnes dia dah buat lepas dari tragedi tu, dari situlah slow2 dia terjebak dalam online bisnes. Pernah jugak hampir 5k stok tersimpan bawah katil.. tak boleh go,tapi tu bisnes lain la. Nak cerita tu panjang sangat.
Sehinggalah… dia terilham dengan produk timun ni yang lebih serasi dengannya. Turning pointnya ialah dia ada PASSION ke arah penjagaan dan kesihatan kulit. Sebab tu dia tak pernah stop buat RND untuk produk timun ni. Dulu tiap kali terselit petua2 dalam akhbar, dia akan buat. Brader ni memang jenis suka ‘mencuba’ benda tradisi yang menggunakan bahan organik.
“Sifu Jamal suruh saya mulakan dengan content marketing, banyakkan testimoni, buat video.. saya follow jer, walaupun tak percaya apa yang dia beritahu..” -Nauf
Itulah yang diberitahu oleh brader ni, yang awal2 dulu tak percaya dengan apa yang disuruh oleh Sifu.. Tapi, lepas buat sampai jadi….
“Saya pada awalnya tak percaya, tapi lepas follow.. memang result sangat ohsem! Saya sangat happy dengan latest marketing yang sifu ajarkan. Secara jujurnya, sifu banyak bagi teknik yang shortcut. Nak compare dengan dulu saya buat sangat struggle..” –Nauf
Ok, Kita terus pada SECRET :-.
#SECRET 1 – KONSISTEN UPDATE CONTENT
Awal-awal masa naik, dia banyak update content tentang kebaikan timun ini. Dalam masa sebulan jugak, memang tentang content sahaja. And then lepas tu barula dia start tonjolkan 1 persatu produknya. Actually, masa awal2 nak naik dulu, dia banyak guna personal branding di FB, untuk naikkan trust dikalangan audiens & then barulah dia naikkan di IG guna page bisnes.
#SECRET 2 – POST BERSIFAT ENGAGEMENT
Kalau perasan, dia banyak gunakan post yang jenis validation/survey/contest dan post yang gunakan CTA (call to action) bagi menarik audiens untuk respon balik pada post tersebut. Dan caption yang ditulis juga mainkan peranan penting. Di platform instagram ini, anda perlu tahu cara untuk gunakan bahasa audiens dengan betul.
#SECRET 3 – PENGAMBILAN AGENT
Pentingnya untuk rekrut agent, agent ni bantu kita untuk kembangkan lagi bisnes. Kebiasaan agent yang di ambil adalah kalangan pengguna produknya sendiri. Dia juga offer pengambilan agent di website. Dari situ mampu jimatkan masa dan lebih bersistematik.
#SECRET 4 – OFFER FREE PRODUK
Brader ni banyak offer free produk sample. Dari content yang ditonjolkan, dia buatkan ramai tertunggu-tunggu produk yang bakal dikeluarkan yang mampu selesaikan masalah audiens. Sebelum itu, dari content tersebut, dia dah tunjukkan produknya adalah solusi pada masalah audiens.
Dalam bisnes, kita kena sentiasa ada idea2 dan inovasi baru untuk jual,supaya bisnes sentiasa aktif. Tapi ianya bergantung juga pada produk atau service. Yang penting anda tahu cara buat marketing secara konsisten untuk beri awareness pada audiens.
#SECRET 5 – NAMA POSITIONING YANG UNIK
Untuk nampakkan kelainan & supaya orang lebih mengingati brandnya. Dia wujudkan positioningnya sendiri, lain dari yang lain iaitu gunakan nama samaran ‘abah’ untuk lebih dekat dengan audiens. Lebih lebih lagi apabila dia gunakan IG stories untuk audiens kemukakan sebarang persoalan tentang masalah kulit muka yang dihadapi.
Ya, dengan teknik ni je dah dapat bantu Nauf jual produk teamon dengan lajunya! Sebenarnya, ada banyak lagi strategi yang SifufBads dah share dengan beliau. Tapi buat masa ni, korang boleh la buat 5 teknik ni dulu. Tu pun dah cukup besar impaknya.
So, korang ada dapat sesuatu dari post ni?
Assalamualaikum dan hai sifufbads,
Saya Siti Nurlaily, dari Johor. Saya nak tanya, saya dropship kek. Dan saya tahu saya mempunyai terlalu ramai saingan sebab ramai juga dalam Malaysia ni jadi dropship kek viral ni.
Jadi, boleh sifu tunjuk ajar pada saya, macam mana saya nak dapatkan customer setiap hari selain dari konsisten update dan tips tips lain untuk dropshipper seperti saya?
Terima kasih, sifu.