“AKU HAMPIR TERLUPA YANG AKU MASIH ADA AYAH….”

“Bila arwah mak meninggal, saya down sampai tutup kedai…”

Itulah antara kata-kata yg diungkapkan oleh Nurul Hasnita Taharim, founder kepada PakaRyta Exclusive yg berasal dari Skudai, Johor ni waktu awal2 berbisnes dulu…

Kisah bermula pada tahun 2008 apabila dia mula buat bisnes org je iaitu produk kosmetik…waktu tu bisnesnya mmg tgh naik. Yelah kan zaman2 tu memang femes produk kecantikan sbb time tu persaingan kurang sengit, tak mcm sekarang.

BERMULA SATU PER SATU DUGAAN…

Tengah2 top bisnes naik, dia diuji pulak bila ditipu dgn ejen sendiri…Kalau singgit dua, boleh jugaklah tutup mata tapi ni 25K! Uishhh mmg tak boleh bayangkan perasaan bila kena mcm tu… yg lagi sedih bila kena lagi tipu dgn stokis pulak. Kalau stokis ni tau2 jelah kan bukan main kecik anak, haaa kali ni lagi dahsyatttttt… rugi 80K tau! Bukan takat duit hilang, dgn orgnya pun sekali lesap! Haiiii mmg membara lah hati kan..

Bila jadi mcm ni, disangka org keliling support rupanya tak semua yg menyokong…dia tak harapkan sebarang bantuan pun, tapi cukuplah dgn kata2 positif untuk naikkan semangatnya. Itu belum lagi bab kena sihir sampai bisnes drop lepastu ditambah pulak bila fan page kena flagged. Jatuh terduduk jugaklah dia waktu tu…Mmg waktu tu berbekalkan saki baki semangat ajelah kan nk teruskan bisnes.

Tapi…..

Itu semua belum berakhir…kemuncak ujian dan dugaan yg terpaksa dia tempuh adalah ketika kehilangan ibu tercintanya. Waktu tu, tuhan ajelah yg tahu perasaan kehilangan tu macam mana. Hilang harta dan wang ringgit boleh cari lain. Tapi bila ahli keluarga ‘pergi’… mmg itulah dugaan terbesar.

Disebabkan dah takde semangat dan kemurungan, dia buat keputusan untuk tutup terus kedai yg selama ni diusahakannya. Baginya dah takde guna lagi untuk dia terus berniaga sbb dia dah takde “big why” lagi dalam hidup… Ketika berada dalam ‘fasa kesedihan” itulah, suaminya banyak membantu dia menguruskan hal2 rumahtangga dan anak2 serta berikan sokongan agar emosi dan semangatnya kembali pulih seperti sedia kala.

Satu perkara yg buat dia kembali kuat apabila di teringat yg dia masih ada ayah. Ketika ibunya meninggal, dia rasa dunianya dah gelap gelita sedangkan dia terlupa yg dia masih ada ayah untuk dia menumpang kasih… pada ketika itu jugalah semangatnya bangkit untuk terus berbakti kepada ayahnya selagi ayahnya bernafas.

Dia percaya semakin besar dugaan yg terpaksa dia tempuh, itu membuatkan dia semakin dekat kepada-Nya…so, dia buat keputusan untuk menunaikan umrah pada tahun lalu dan mintak kekuatan serta petunjuk. Alhamdulillah, ketika di sana dia diberikan hidayah untuk kembali berbisnes… kali ni, dia beralih kepada menjual jubah dan tudung umrah haji.

BERMULA SEMULA DARI BAWAH

Awal tahun 2018 ni, dia ‘back on track’ dan menjual pakaian muslimah. Sebelum ni, ilmu2 bisnesnya dia belajar melalui post2 yg SifufBads kongsikan. Tanpa berfikir panjang, dgn semangat yg baru dia ambil keputusan utk cari mentor dan join mentoring SifuBads pada bulan Oktober yg lalu.

Impak ke atas bisnes sangat memberangsangkan apabila buat pertama kalinya stoknya habis licin! Salesnya mencapai 5 angka dalam waktu yg singkat…disebabkan demand yg semakin tinggi, dia terpaksa upah kilang kain di depan kedainya. Tak cukup dgn tu, dia terbang sampai ke Vietnam untuk ‘back-up’ kilang sedia ada bagi menampung demand yg masuk.

APA YANG DIA BUAT SAMPAI JADI MACAM TU?

Haaa, ni antara rahsia yg dia gunakan sampai naik mendadak bisnesnya…

#1 GAMBAR WOREN – Penggunaan teknik ‘gambar banyak’ ni mudah digunakan serta menggalakkan prospek untuk ‘cuci mata’ melihat variasi gambar2 pilihan pakaian serta tudung yg dijual.

Disamping itu, dia juga menggunakan teknik ini untuk memberi informasi serta spesifikasi produk seperti ukuran tudung dan perincian jubah. Dgn memberikan info ke dalam gambar, ini memudahkan prospek untuk mendapatkan info tentang produk yg bakal dibeli.

#2 COPYWRITING USP – Dia juga banyak highlight USP produknya melalui copywriting. Melalui cara ini, prospek boleh tahu details produk dgn lebih mendalam. Disamping itu, melalui penulisan sahaja, ia mampu trigger emosi prospek untuk membeli… Antara contoh USP yg digunakan adalah,

“Material como crepe No 1 yang halus dan lembut materialnya, tidak panas dan tidak mudah renyuk…”

“Dah macam pakai telekung sembahyang walau hanya pakai kimar sahaja….”

#3 HEADLINE – Dia akan masukkan target audiens ke dalam headline nya. Melalui cara ini, prospek yg matching akan ‘terpanggil’ apabila mereka baca headline dan lebih mudah untuk close sales. Antara contoh headline yg digunakan adalah…

“ [PERHATIAN] – UNTUK WANITA YG BAKAL MENGERJAKAN IBADAH UMRAH CUTI SEKOLAH INI…”

Selain dari platform fb, dia juga ada mempraktikkan integrated marketing… antaranya medium cetak seperti surat khabar dan juga instagram. Baginya, zaman digital 4.0 ni, kita mesti manfaatkan segala medium yg ada termasuk offline.

Akan datang, dia merancang untuk lebih fokus kepada variasi design untuk highlightkan lagi USP serta signature produk keluaran PakaRyta Exclusive. Selain dari itu, untuk tahun 2019 dia akan mula merancang untuk wujudkan sistem agent dan pembukaan outlet..

Semoga kisah ini memberi inspirasi kepada anda semua…

Siapa founder yg pernah jatuh terduduk sampai terlentang saat diuji sepanjang berbisnes tapi… masih gagah perkasa mencapai impian?

Haaa cer komen “saya kuat” di bawah…

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *