Cik Adik Ni Baru Berumur 24 Tahun…

Siti Aai Shah

Ye, beliau baru je berumur 24 tahun, dah kahwin…

Beliau dah ada butik sendiri. Biasanya, lepas habis belajar Diploma, orang akan sambung belajar atau pergi cari kerja. Tapi, beliau belajar bina bisnes sendiri dan cari duit sendiri. Sbb tak nak susahkan suami.

Ditulis khas untuk orang muda, sila baca kisah cik adik ni..

” Nama diberi Siti Aai Shah binti Rahman Shah. Berumur 24 tahun. Seorang ibu muda kepada 2 puteri. Selepas tamat SPM, saya berkahwin & sambung belajar peringkat Diploma Pengurusan Pentadbiran.

Selepas tamat diploma (masa tu umur 21 tahun), saya tidak bekerja & hanyalah seorang surirumah sepenuh masa. Bila tengok kawan2 sebaya melanjutkan pelajaran di peringkat yg lebih tinggi, ada yg dpt pekerjaan yg bagus. Saya rasa rendah diri & segan dengan mereka.

Saya juga rasa malu sangat dgn mak sebab tak mampu nak hulurkan sikit duit dekat dia. Yelah, macam mana nak bagi, masa tu saya sendiri pun tak bekerja & mengharap suami sepenuhnya.

Dari situ, saya mula fikir nak buat bisnes. Niat utama saya masa tu, kalau ada bisnes sendiri, at least saya dapat jaga anak tanpa perlu hantar babysitter, dapat bagi dkt mak duit bulan2 macam adik beradik lain & dalam masa yg sama saya ada duit poket sendiri. Kalau boleh, saya mmg tak nak susahkan suami.

Saya mula bisnes online pada tahun 2013. Memandangkan saya minat dalam jahitan, jadi saya fokus pada bidang tersebut. Saya mula belajar menjahit & beli pelbagai buku jahitan untuk mahir. Mesin pertama yg saya beli masa tu mesin jahit portable. Itu pun bayar secara ansuran.

Lepas habis bayar mesin pertama, beli pula mesin jahit ke2, ke3 sehingga kepada mesin industri. Semua cara yg sama, bayar ansuran sbb nak beli cash mmg tak mampu. Sepanjang 2 tahun, alhamdulillah bisnes biasa2 saja.

Selepas 2 tahun buat bisnes TANPA ILMU, akhirnya tahun 2015 saya terjumpa sesuatu. Sesuatu yg buat bisnes saya sebelum nie biasa2 kepada luar biasa! Syukur alhamdulillah. Pada tahun itu jugalah, saya berjaya buka butik pertama iaitu Hijabiz Fashion.

Saya mula mengenali Sifufbads pada tahun 2015. Masa tu, saya sangat2 terinspirasi dengan kisah Tn Hafiy (jual kereta guna fbads). Pada saya, kalau jual kereta boleh, takkan jual tudung tak boleh.

Dari situ saya mula tekad nak belajar dgn sifu Jamal. Mmg banyak sangat ilmu yg saya dapat. Sejujurnya, Sifu Jamal seorang yang tak kedekut ilmu. Sangat berbaloi2 dapat berguru dengan beliau!

Apa lagi, saya terus praktikkan apa yg sifu ajar. Alhamdulillah, hasilnya sangat2 TERBAIK! Pertama kali selepas buat apa yg sifu ajar, sale meningkat sehingga 300%.

Syukur alhamdulillah!

Masa tu, baru fikir ruginya saya tak menuntut ilmu dgn sifu dari awal lagi. Ruginya buat bisnes TANPA ILMU. Buat bisnes ikut2 org je. Allah… rugi sangat!

Terima kasih Sifu Jamal & team atas ilmu yg sangat bermanfaat! Seronok, gembira & terharu dapat menuntut ilmu dengan sifu.

Satu tips penting dalam apa jua bidang yang anda ceburi… jangan buat kerja separuh jalan! Jangan mudah patah semangat, berusahalah dan buat sampai nampak hasil. Jika kita masih baru, mulakan bisnes dengan kos rendah. Fokus pada satu je. Paling penting, KONSISTEN!

Dan akhir sekali, ILMU. Yang membezakan kita adalah ilmu. Maka nya, carilah ilmu dalam apa jua bidang yg diceburi untuk menjadi lebih baik. InsyaAllah saya doakan anda kaya berjaya dunia akhirat.

Tak semua perkara boleh dapat dengan mudah, ia perlu kepada USAHA & KESABARAN yg tinggi. Moga perkongsian ringkas ini mampu menjadi pembakar semangat buat sahabat2 untuk terus memajukan diri.”

(Siti Aai Shah – Founder Hijabiz Fashion)

Apa2 yg kita nak buat, mestilah kena BERANI! Kalau sikit2 takut tak boleh jual, takut rugi, takut tak jadi.. cadangan saya tak perlu buat bisnes! Sebab, semua perkara yang kita buat ada risikonya, selagi tak cuba.. sampai bila2 pun kita tak akan bermula.

Kalau berani je, tapi takde ilmu pun tak bagus! Ilmu penting untuk tingkatkan kualiti dalam diri. Ilmu dah ada, tapi tak buat! Tak guna juga..

Sebab itu kita perlukan MENTOR yang betul!

Mentor penting untuk bantu/guide kita supaya jadi lebih baik. Ilmu yang diajar lebih praktikal dan realistik berbanding kita belajar sendiri.

BERANI + ILMU + MENTOR = BERJAYA

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply to Upin Zai Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *