Orang Dengki Kat Saya…
Harini, saya nak kenalkan sorang lagi student Sifufbads..
Nama akak ni Fazlyafiza bt Mustafa, isteri kpd Muhammad Zaidi Mat Zainon dan merupakan ibu kpd 2 org puteri. Beliau dan suami adalah kakitangan awam bertaraf tetap dan bekerja di bawah jabatan yg sama.
For the first time, beliau ingin kongsikan kisah pahit manis yg dilaluinya bermula dari bekerja sambil buat bisnes PART TIME sehinggalah FULL TIME. Jom baca dan hayati kisahnya di bwh…
“ A’salam semua…
Mungkin ramai yg akan rasa, kisah saya hanyalah kisah biasa dan perubahan saya adalah perubahan yg biasa. Harini buat kali pertama, saya beranikan diri utk ingat kembali perjalanan hidup saya & suami sbg seorang peniaga. X pernah saya ceritakan dan tahu perjalanan kami kecuali family & beberapa individu dlm hidup kami sahaja.
Kenapa baru harini? Entah.. maybe sbb hari ni genap sebulan sign board kedai kami dinaikkan. Saya sewa kedai ni sejak 2014, x pernah kami impikan dan jangka dgn apa yg ada skrg, semuanya terjadi tanpa kami sedar.
Saya & suami kakitangan gov bekerja di bwh jabatan yg sama. xde seorg pun dikalangan keluarga seorg peniaga malah ibu & ayah juga pesara gov. Seronok dgn kerja & jawatan yg saya dpt ni, kwn2 pun best. Tp dlm ramai2 x smua akan senang dgn kita.. di depan kita semuanya indah rupa di belakang.
Sedikit terkesan dari apa yg dilakukan dia, namun saya berjaya atasi dan time tu saya cuba buat sesuatu perubahan dlm keluarga & cuba mengalih masalah tu dgn berniaga supaya xkan ada sikit pun ruang saat utk saya ingat.
Saya & suami pilih utk cuba berniaga di down town sbb teruja tgk org ramai di downtown tu. 1st downtown Bkt Jalil, kami cuba tp crowd x ramai…kami x putus asa cuba nasib kat down town mines, org ramai tapi yg membeli boleh kira.
Penat je lebih, dah la siang kerja.. mlm berniaga pula. X sampai 2 minggu ujian dtg lagi khemah kami habis roboh ribut di sebelah ptg & kami hanya tahu bila mlm kami nak bukak tengok apa yg jadi putus semngat. Nak dtg tambah pendapatan lain yg kita dpt. Oh time tu, kami jual baju kanak2, apa yg jadi habis basah kotor baju2 kami.
X berhenti kat situ saje try jual blouse dan baju kurung kat fb & melalui group, jualan biasa2 je tp sbb dah mula biz.. jadi gian pulak walaupun untungnya ciput. Tp ujian dtg lg kali ni, Allah uji dgn masalah kesihatan, hyperthrodsm. Saya stop biz atas faktor tu, dan mungkin rezeki kami hanyalah dgn makan gaji tidak utk berniaga.
Saya hanya tumpukan perhatian dgn kerja hakiki & rakan yg x senang dgn saya. Sekali lagi menikam & kali ni lebih dlm tikamannya cukup saya katakan ianya menjejaskan kredibiliti saya & maruah. Masalah kesihatan saya juga dijadikannya sebagai senjata.
Hanya sbb Allah duga saya dgn penyakit yg saya x pernah minta, org gunakananya juga utk jatuhkan saya. Rasa putus asa, kecewa, sedih down dimalukan, mcm2 saya rasa setiap hari menangis mengenang nasib yg x sudah2 menimpa diri.
Setiap saat, saya tertanya2.. kenapa saya byk dugaan yg perlu saya pikul. Anak2 & suami x dpt perhatian kerana saya alamai kemurungan. Bila pegi office pun, saya hanya berkurung dlm blik . Selama bertahun2 bekerja, x pernah pintu bilik saya tutup hanya kerana apa yg berlaku. Saya lebih byk bersendirian mengenang nasib.
Ada yg cadangkan kat suami agar saya di rujuk kpd pakar psikitrik utk kaunseling, tp husband takut saya akan lagi kecewa dgn tindakannya. Apa yg husband buat supaya saya x rase lebih tertekan semasa di office adalah Selang 2@3 hari akan sampai sedozen bunga di meja office. Thankz abg Zaidi Zainon..
Kesan depression tu juga menyebabkan susu badan saya kurang sedikit demi sedikit, sampai xdpt nk bekalkan anak. Bukan x cuba nak bg susu FM, tp mmg anak x boleh terima FM. Pengasuh hanya bg air masak. Ya Allah, ibu mana yg x sedih…
“Sampai hati org tu buat kita nak..”
“Ya Allah jika benar setiap apa yg berlaku utk menjadikan aku lebih tabah aku terima, cuma aku minta Ya Allah, andai di tempat skrg bukan tempat yg terbaik buatku tunjukkan ku jalan”
Alhamdulillah, Allah bagi saya & suami kenal sifu. Saya bangun semula dgn semangat baru. Dari hari ke hari, jualan meningkat. Sampai bilik2 di rumah x cukup utk tampung tempat letak ruang stok2. Kami ambik keputusan sewa kedai utk dijadikan stor.
Balik kerja selepas ambil anak2 kami ke kedai utk membungkus tempahan2 utk diposkan pada esoknya. Kdg2, sampai 4 pagi baru balik angkut turun barang2 yg nk dipos dan anak2 yg dah dibuai mimpi.
Time keluar nak pegi office, saya singgah rumah mak utk tinggalkan brg2 tu kat rumah mak pula, sebabnya dah bukak akaun dgn pihak courier.. saya dah x larat nak pergi pos sendiri.
Apa yg sy buat dan lalui buatkan hidup sy kembali semangat, gembira. Pegi office pun saya dah boleh tersenyum walaupn masih berdepan dgn si dia. Biar dia nampak saya masih berdiri walau pernah rebah. Buat si kecil, mama dah boleh berikan semula susu mama tanpa susu FM.
Walaupun dah nampak peningkatan, still kami nak follow seminar2 sifu, apa yg di kongsi sifu melalui page dan web kami ikut print & salin. Permintaan kian meningkat, kami ambik keputusan utk hire staff khas utk packing barang sahaja dekat stor kami tu. Hari berganti hari, ramai pula pelanggan yg nak COD jadi kami bagi je alamat stor kami tu.
Pelanggan yg dtg semuanya dari luar, betapa hebatnya kuasa FB Ads. Bulan Mei 2015, saya ambik keputusan pula utk ambil unpaid 6 bulan. Setelah 4 kali hadir seminar biasa, baru kami ambik keputusan berguru secara direct dgn Sifu Jamal.
Bertitik tolak dari situ, saya ambik keputusan utk letak jawatan pula. Kepada sifu, terima kasih kami ucapkan kerana sifu bawa sinar baru dlm hidup kami sekeluarga. Walau setinggi gunung wang ringgit, takkan mampu membalas jasa Sifu Jamal.
Bukan kerana nilai wang tp sifu dah bagi lebih dari tu iaitu nilai diri, maruah, motivasi, kegembiraan dlm hidup kami sekeluarga. Pada rakan2 yg lain, betapa bertuahnya kita dpt peluang menimba ilmu dari sifu. Praktikkan apa yg dicurahkan, saya doakan kita semua akan terus berjaya di sunia & akhirat.
*Tertinggal pula tentang penyakit saya. Oleh kerana rawatan ubat x berkesan utk sy & risiko yg tinggi utk dpt kanser thyroid, atas nasihat pakar ke dua2 thyroid sy dh dibuang dan skrg sy bergantung dgn ubat hormon seumur hidup utk ganti fungsi thyroid tu.
*Ruang atas kedai sebahagian kami dah sewa utk jadikan stor juga sbb kedai dah xde tempat.”
Mari sama2 kita doakan supaya beliau sentiasa sihat dan bertenaga dlm menghadapi segala cabaran hidup. Bersyukurlah pada tuhan kerana kita masih lagi mempunyai kesihatan yg baik dari segi MENTAL dan FIZIKAL. Alhamdulillah!
SEMOGA KISAH BELIAU DPT MEMBERI INSPIRASI DAN MOTIVASI KPD KITA SEMUA…