|

Bagaimana Untuk Mula Dan Cara “Buat Duit” di Facebook Group

Jika anda sorang usahawan yang nak bina ‘kolam’ untuk kumpulkan ‘anak ikan’ yakni suspect/prospect mahupun customer sendiri, anda patut consider untuk guna satu lagi platform yang free kosnya iaitu FACEBOOK GROUP.

Dan ini antara alternative untuk anda tambah sales dan profit di online..Silap2 facebook group ni boleh jadi anda punya income passive..Boleh Nampak tak? Tapi bukan main bedal jer..Mesti ada caranya untuk dapatkan hasil yang betul2 menjadi…

Antara KELEBIHAN Facebook Group adalah…

  • Bina ‘lubuk’ potential buyer.
  • Bina relationship dan engagement dengan customer yang sedia ada.
  • Jadikan group tersebut sebagai tempat ‘tunjukkan’ specialist anda.
  • Untuk dapatkan lebih traffic untuk ke platform anda yang lain.
  • Untuk tingkatkan database anda.
  • Sebagai persediaan untuk launching produk baru.
  • Sebagai tempat untuk train ‘askar2’ anda..
  • Tempat untuk rekrut agent baru.
  • Tempat untuk jual produk/servis anda.

Dalam artikel ini, Sifufbads akan tunjukkan pada anda bagaimana untuk mula bina Facebook group anda sendiri yang relevan dengan bisnes anda.

Sebelum start, anda perlu decide tujuan group tersebut diwujudkan.

YES…Sebelum anda nak create group tersebut, firstly anda kena tahu KENAPA group tersebut diwujudkan..Untuk jual barang? Untuk relationship? Untuk tonjolkan KEISTIMEWAAN anda? Anda perlu decide

Kebanyakkan usahawan selalu buat mistake dengan bina group tanpa tujuan yang jelas..Semua ‘tujuan’ bercampur dalam group yang sama..Sebab mereka fikir mudah untuk audience dapat info basic tentang bisnes..

Narrow Your Audience…

Mudah cakap, group tersebut mesti la tempat untuk prospect anda masuk dan discuss issue2 atau problem yang related dengan niche anda. Mungkin dengan contoh, anda boleh ‘nampak’ lagi dengan lebih jelas…

  • Niche Kesihatan: Group Ibu Mengandung, so disana anda boleh create discussion, information atau solution pada setiap issue yang ada..
  • Niche Kecantikan: Group Petua Hilang Jerawat, dalam group tersebut anda boleh bagi petua2, live tips dan lain2..
  • Niche Servis: Anda boleh create group yang bantu mereka selesaikan problem mereka..Contoh: Group Baiki Aircond DIY, anda boleh tunjuk cara nak maintain aircond atau apa2 yang berkaitan dengan aircond..

INGAT! Goal anda bukan untuk promote bisnes anda..Tapi goal anda adalah untuk sediakan FORUM pada target market anda dan akhirnya mereka mencari solution yang anda provide untuk problem mereka..Dalam kata lain, menjual secara SOFTSELL

Dalam discussion di group, anda boleh kongsikan link ke website anda, fanpage anda, pada offer anda…

Apa jenis group facebook yang patut saya buat Sifufbads?

Baiklah, Group Facebook ni ada 3 jenis iaitu Public, Private & Secret…Biar Sifufbads explain secara ringkas 3 jenis group ni pada anda semua..

Public Group

Jika anda pilih public group, bermakna semua orang boleh jumpa group bila cari di Facebook Search..Semua post dan komen adalah public..Jadi mereka yang nak buat posting dan komen dalam group tersebut, mesti ke JOIN dulu group tersebut…

Group cam ni mungkin sesuai untuk anda yang nak group dicari oleh mereka yang ingin cari solution untuk problem bila mereka cari dari Facebook Search..Itulah kelebihan Public Group..Mudah dicari dan dijumpai..Dan kena ingat, group2 cam ni, mudah ‘didekati’ oleh para scammers2..

Close Group

Group macam ni masih boleh dijumpai oleh orang, jika mereka cari di Facebook Search..TAPI, hanya members group jer yang akan nampak post atau komen dalam group tersebut..So, kena JOIN dulu, baru boleh tengok segala info dalam group tersebut..

Secret Group

Secret group ni jer kalo anda cari di Facebook Search takkan jumpa..Dan jika anda send link pada mereka tidak ada dalam group tersebut pun tak akan Nampak..Betul2 secret kan…

Biasanya, secret group ni untuk mereka yang create satu community seperti Group antara Leader dan Agent, group Founder dengan Stokist dan lain2..

Bagaimana nak tarik orang untuk join group Facebook anda?

Hakikatnya, jika tak da member dalam group, memang tak da makna group tersebut..Jadi group SYOK SENDIRI lak..Hehe..Untuk attract orang join group dan create engagement adalah CABARAN TERBESAR anda..Bukan senang nak tarik orang masuk ke group..

Jadi kat sini, Sifufbads akan kongsikan pada anda real practise tips untuk anda cari member baru dan cara untuk create group environment secara semulajadi..

1# Masukkan Content SEBELUM cari member..

PANTANG! Jangan add member baru dulu..Anda kena masukkan content2 yang relevan..Sebaiknya, anda masukkan sekurang2nya 10 content..

Content apa nak letak?

Ada beberapa cadangan untuk anda..

  • Post welcome yang explain tentang group tersebut utk apa? Mungkin boleh mintak members untuk introduce diri mereka..Jangan letak PIN TO TOP post ni untuk mudah mereka nampak.
  • Post tips atau discussion yang relate dengan problem dengan members anda.
  • Anda juga boleh masukkan post yang link dengan website/page anda…

Anda juga boleh ‘layan’ member2 yang baru join dengan bantu jawab soalan yang mereka utarakan..

2# Promote group anda di Profile, Fanpage dan Social Media anda yang lain.

Jika anda dah page, anda boleh take advantage untuk promote group pada fans anda..Biasanya jika fans lihat, mereka akan EXCITED untuk join group tersebut..Anda juga boleh promote group kat social media yang lain..Instagram, website, twitter kalo ada..TAPI anda kena bagitau sebab apa mereka kena join group tersebut dan apa yang mereka akan dapat..

3# Terus masukkan content2 yang relevan dengan group anda

Keypoint untuk KUATKAN group tersebut adalah untuk hasilkan content2 yang betul2 membantu community yang ada..Bukan tu jer, ia perlulah selamat dan supportive..

Bila members anda nampak ‘VALUE’ dalam group tersebut, mereka MUDAH untuk kongsikan ‘value’ tersebut dengan rakan2 mereka atau family…Dari situ, group tersebut akan GROW secara organic..

Bagaimana nak ‘buat duit’ dari group Facebook anda

Untuk section terakhir ni, Sifufbads akan kongsikan bagaimana facebook group boleh bantu anda generate silent income..Nak tahu? Terus baca sampai habis…

1# Kongsikan link group anda ke blog/fanpage anda

Jika anda aktif ber-blogging, ni advantage untuk anda..Bila anda post di blog atau page anda, anda include-kan jugak link group dalam post anda..Jika anda, promote secara konsisten, anda akan nampak RESULT di group anda..

2# Jadi seorang yang EXPERT dengan niche anda..

Lebih banyak anda kongsikan information, jawapan soalan dan bantu ahli group anda, lebih ramai yang akan PERCAYA dan HORMAT anda..Dan time tu, jika jual apa2 pun, mereka MUDAH PERCAYA dan MUDAH untuk closing sales..

3# Buat group berbayar..

Jika anda buat servis, anda boleh masukkan Facebook Group sebagai Add-On dalam pakej anda..Mungkin anda boleh jadikan group tersebut sebagai one on one support pada customer anda..

Ataupun, anda boleh create produk..Contohnya digital produk dan masukkan video/ebook dalam group tersebut..Pastikan produk anda jadi keperluan pada target anda..Disini, anda boleh ambik bayar dari situ untuk mereka yang nak JOIN group tersebut…

Sebenarnya, banyak lagi cara untuk nak generate duit cara group facebook..Sebagai conclusion dan keypoint, pastikan group yang anda bina mampu beri ‘value’ dan membantu community anda..

Kalo anda suka post ni, jangan lupa SHARE post ni..

 

 

Similar Posts

5 Comments

  1. salam sifubads.sy ade create group jual beli brg di facebook.ahli telah mencecah 12k.saya nk tahu mcmana nk menjana pendapatan dari group tersebut

  2. Mcm mana sy nk buat id berbayar utk ahli group sy.. Mohon tunjuk ajar tuan.. Dan cara lain utk jana pendapatan dr group sy.. Tq

Leave a Reply to john doe Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *