6 Langkah Hasilkan Reach Yang Tinggi

reach_fbads_slow_3

Reach? Mereka yang buat fb ads, pasti tahu bukan?

Reach – jumlah audiens (sasaran) yang telah melihat iklan yang telah dibuat.

Sejak kebelakangan ini, ramai yang menjalankan iklan fb ads menghadapi masalah sukar untuk mencapai reach yang tinggi. Buat iklan, letak bajet tinggi pun, iklan masih tak berjalan! Reach masih slow, tak bergerak. Kalau reach tak begerak, bagaimana mahu dapat klik ? Bagaimana mau dapat sales ?

Dalam seminggu dua ini, sifufbads banyak terima aduan yang mana menyatakan iklan mereka tak berjalan, reach slow! Iklan yang berjalan laju sebelum ini, kini bergerak macam siput sedut..Sikit-sikit. Tension melihatnya!

Berikut adalah soalan-soalan yang sering diajukan kepada kami.

” Iklan saya tak jalanlah sifu! Sales pun drop 90% ni”

” Reach saya, sehari nak capai 1000 pun susah”

” Klik dalam sehari 50-200 klik saja! tension woooo..”

” Sifu, bantu saya! Iklan saya tak jalan! Takde orang pm, takde orang wassappppsss”

Ramai yang cuak, ramai yang dah mula takut! Tak relevan lagi kah fb ads ni ?

PENTING SANGATKAH REACH  NI ?

Pertama, ianya bagi bertujuan untuk dapatkan KLIK YANG TINGGI!

Sebelum itu, anda perlu tahu bahawa untuk memperolehi klik yang tinggi, anda juga perlu dapatkan reach yang tinggi juga. Jika ROI dan CR iklan anda berada di tahap yang terbaik , anda boleh tingkatkan lagi keuntungan jualan anda dari iklan dengan meningkatkan jumlah reach. Oleh kerana itu, kami katakan REACH memang penting! Reach tinggi, sales pun boleh tinggi!

Bagaimana nak tahu samada reach kita berada di tahap yang bagus ataupun tidak?

reach_fbads_slow

Selepas 24 jam, jika reach iklan anda masih lagi di bawah 1000,  mungkin terdapat masalah pada iklan anda.

Bagaimana nak tahu maximum reach yang boleh dicapai dari iklan anda?

 

reach_fbads_slow_2

Anda boleh lihat maklumat ini di bahagian ads anda. Jadi persoalannya, bagaimanakah caranya nak tingkatkan reach yang banyak?

Sebelum kita pergi lebih lanjut, kita perlu ketahui faktor-faktor yang mempengaruhi jumlah reach yang diperolehi terlebih dahulu.

Faktor-faktor yang mempengaruhi jumlah reach bagi sesuatu iklan adalah;

  1. CTR – Ctr tinggi, ianya mampu membantu meningkatkan reach iklan anda!
  2. Jenis iklan – iklan jenis video merupakan iklan yang paling mudah perolehi iklan yang tinggi.
  3. Jenis bid – Bid OCPM mampu bantu tingkatkan reach dengan laju.
  4. Placement – Iklan yang dipaparkan di sidebar lebih tinggi reachnya dalam masa 24 jam
  5. Jumlah audience – semakin besar audience, semakin besar reach boleh diperolehi.
  6. Bajet Iklan – Semakin besar bajet iklan anda, semakin besar reach.
  7. Persaingan audience – semakin ramai pesaing dalam pemilihan satu-satu audience, semakin rendah reach yang diperolehi.

 

Ada banyak kaedah untuk tingkatkan reach ini sebenarnya, tapi di sini saya share 6 langkah mudah untuk naikkan reach iklan anda.

#1 : Tambah Ad Set Yang Sama

Katakan anda dah bina satu iklan, tapi reach nya agak rendah selepas 24 jam. Bina beberapa ad set lagi, di dalam satu campaign yang sama. Untuk semua ad set tersebut, gunakan iklan yang sama, setting yang sama, placement yang samaa & audiens yang sama. Hanya duplicate ad set sahaja.

#2 : Duplicate Campaign

Kaedah kedua ini adalah kaedah lanjutan yang boleh digunakan. Apabila anda sudah selesai membina campaign yang pertama tadi, anda masuk dalam power editor untuk duplicate campaign tadi. Katakan campaign pertama tadi, anda bina 3 ad set yang mana setiap ad set mengandungi satu ad. Jadi, untuk campaign pertama tadi, anda telah membina 3 ad set bagi iklan yang sama. Setelah anda berjaya duplicate campaign pertama tadi, anda kini telah memiliki 2 campaign yang baru. Iklan anda telah bertambah, iaitu dari 3 kepada 6.

Anda boleh guna kaedah ini jika audiens sasaran anda besar jumlahnya. Mungkin 100 ribu, 300 ribu, atau lebih banyak.

#3 : Guna Akaun FB Ads Lain

Ni satu cara lagi, iaitu guna akaun fb ads yang lain. Bina satu lagi akaun fb ads yang lain, kemudian run iklan dengan menggunakan setting yang sama. (anda boleh gunakan akaun adik beradik anda ke..wife ke…Pastikan debit card/kredit card digunakan adalah berbeza)

#4 : Tingkatkan Potential Audiens

Masukkan precise interest sehingga boleh capai audiens sebanyak 500,000 – 1,000,000. Cara ini sesuai jika anda ingin membina branding dan juga awareness tentang produk anda.

Selain itu, pastikan anda gunakan bidding CPC. Reach dan klik boleh berjalan dengan laju tetapi anda perlu monitor setiap masa kerana khuatiri duit anda akan disedut dengan laju. (salah satu kaedah yang selamat, gunakan bajet yang rendah)

#5 : Tingkatkan Daily Budget Berperingkat – OCPM

Sebelum ini, dengan menggunakan bid jenis OCPM, bajet yang diletakkan mampu dihabiskan dalam masa yang diinginkan (biasanya 24 jam). Tapi, kini tidak lagi! Kita letak bajet RM30, tak habis! Letak bajet RM100 pun tak habis! (bukan semua ya, tapi kebanyakannya)

So, bagaimana nak dibuat?

Apa yang anda boleh buat adalah ; anda perlu tingkatkan bajet harian secara  berperingkat, mulakan dari RM5-15 sehingga bajet yang anda inginkan. Naikkan selepas 3-4jam dan seterusnya. Pastikan anda gunakan bidding OCPM.

AMARAN: Anda perlu monitor iklan anda dalam masa 1-2 jam. Mengapa ? Sebabnya adalah – tindakan menaikkan bajet ini agak berisiko di mana ianya berpotensi menaikkan kos per klik iklan anda juga. (sila pantau!)

#6 : Placement Sidebar

Ini satu cara lagi! Gunakan placement sidebar! Bina satu post khas untuk iklan di sidebar mengikut saiz yang diberikan oleh facebook atau gambar jenis wide (landscape). Gunakan placement sidebar semasa membina iklan!

Anda boleh mulakan dengan bidding jenis CPC, bid permulaan letakkan RM0.12 hingga RM0.35 dengan bajet harian sebanyak RM15-RM50. Jika iklan masih tak bergerak atau reach kosong, gunakan bid jenis OCPM dan naikkan bajet harian secara berperingkat. Biasanya reach akan mencapai tinggi, dan bestnya dengan kos lebih rendah!

Begitulah…

Ada banyak kaedah lagi yang anda boleh gunakan. Salah satu kaedah paling efektif adalah menggunakan TEKNIK OREN. Dengan teknik oren, bukan saja reach tinggi, tapi sales juga mampu capai lebih tinggi dari biasa.

Anda dapat sesuatu dari artikel ini? Sharekan di bawah ini.

Semoga artikel ini dapat berikan manfaat untuk anda.

SILA KONGSIKAN PENDAPAT ANDA DI BAWAH..

  1. muhamad adi guntor md din says:

    Terima kasih tuan.

  2. Ye saya mmg berminat dengan pengiklanan ini tp saya juga tak paham apa yang patut saya buat sebenarnye

  3. Aida says:

    saya amat berminat dengan tips yang diberi, tapi saya gagal hendak mulakan, saya buntu dan cetek limu.
    Saya tak tahu macam nak mulakan, jika di izin Allah mau saja saya hadirkan diri dalam ertikata Krusus untuk dapat limu lebih mantap.
    Saya Pengusaha coklat dan cookies ,mempunyai premis, sijil halal, pekerja tapi saya sedih ,

    pencapaian saya tidak stabil,mana kala hutang tidak dapat diatasi dengan baik.

    Saya Mohon jasa baik sifubads , dalam membantu saya , saya ingin benar membantu keluarga, masyarakat, dll sekiranya perniagaan berjaya. Kini ramai luahan remaja yang tidak dapat pekerjaan, sekiranya perniagaan saya baik, boleh la saya membantu bangsa saya.

    Semoga kehidupan ini mendapat keberkatan dari Allah, Amin .

    Terima kasih

    1. helmi says:

      Kene pg clas aida br lbh faham

  4. amir says:

    Terima kasih atas perkongsian ini…

  5. Zaini says:

    Terima kasih tuan. Kadang-kadang klik banyak tapi kurang convert

    1. kalau kurang convert, tuan kena check pada tawaran atau close sales.

      mungkin mereka berminat tapi nak survey dulu.

  6. Adi says:

    Thank for sharing… apa ada online tutorial?

  7. Roselind says:

    Nak pilih interest dan target tu yg susah & sy masih buntu di situ 🙂

    1. cara nak target interest, tuan kena kenal dulu produk yang dijual tu, buat customer avatar.

  8. zulfahmi says:

    Terima kasih tuan atas tip2 yang berguna..

    Sekian Terima Kasih,
    Zulfahmi

  9. saya pun xberapa faham. Nak buat tp selalu diblok dgn ketidakfahaman. kalau pergi kelas ni boleh faham tak?..

    1. dah baca lepas tu kena buat, baru faham. kalau akak nak faham lagi, boleh join seminar saya.

  10. […] yang responsif, anda perlu sentiasa bina hubungan dengan mereka. Bina post secara konsisten dan tingkatkan reach fanpage. Balas komen dan pm mereka. Anda juga boleh tanya dan survey apa jenis informasi yang mereka […]

  11. Azlan says:

    Sekadar berkongsi dan promosi..

    Teknik memburu prospek untuk jualan internet.
    http://bit.ly/targetprospek

  12. RizaL OthmaN says:

    terima kasih, tuan…
    saya baru nak belajar biz online.
    harap saya mudah belajar dgn bantuan dari tuan.

  13. Ifwat Ishak says:

    Perkongsian yang bermakna. Terima kasih sifufbads.

  14. Ishraf says:

    Sifu saya pernah fb ads bajet sye rm20 like hanya 45 sahaja tpi sorng pon x komen x tinggalkan no. Whatsapp sy nk pgi seminar sifu tpi umur bwh 18 tahun… Minta jasa baik sifu

    1. rm20 tu mmg x cukup nk buat iklan. Kalau x cukup modal, baik guna cara percuma dulu. Post di fb profile, fb group.

  15. Shahir says:

    Saya klik pada link teknikoren tu tapi dah hilang. Ke dah relocated/moved/renamed?

  16. Terbaiklah penerangan info ini…dapat tingkatkan reach kita.

  17. zul says:

    Salam tuan,program ni x buat ke dekat area kuantan or terengganu??

Leave a Reply to RizaL OthmaN Batalkan borang respon

Program @ Sifufbads

01/06/2018
Karnival Karangkraf X Sifufbads 2018
Perkarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam

28/04/2018
Seminar HIIM X Raya 2018
SACC, Shah Alam

31/01/2018
Seminar Chapter C 2018
SACC, Shah Alam

Follow Instagram @sifufbads

  • Dalam bisnes ada masanya untungada masanya rugiTu dah jadi adat
  • Untuk buatkan produk lebih diterima ramaiAnda jual produk melalui MANFAAT
  • Jangan jual produk yg anda minat dan perlukan TAPI jual
  • Mula2 dulu Sifufbads ingatkan founder pada syarikat Faiza ni anak
  • EHHH COMELNYA AIR KOTAK NI!  Ni Kisah hari raya
  • Bila cerita sacrifice niMungkin tajuk ni sesuai founder pada supremeberries
  • Dalam hidup ni kita sentiasa belajarHari2 kita belajarCuma tinggal kita
  • Hari ni Sifufbads jelajah bumi Kota Kinabalu dlm seminar TDM
JOM SERTAI PROGRAM THE FOUNDR CHAPTER
JOM SERTAI PROGRAM THE FOUNDR CHAPTER

7 Sebab Kenapa Anda Perlu Ketahui Rahsia² Dalam THE FOUNDR CHAPTER ini, atau anda terus biarkan bisnes anda nyawa² iklan dan terus TERKUBUR..