Apa Beza FB Profile dan Fanpage?

Walaupun dah main facebook 8, 9 tahun… Tp still tak tahu apa beza fb personal dn pages tak guna juga. Dua-dua ni ada kelebihan dan keburukannya Okay..

Kebanyakkannya, orang baru yg nk berniaga di fb ni byk yg tak boleh bezakan dn tak tahu mana yg spatutnya kena buat… Siap tny;

“PERLU KE BUAT FANPAGE??”

“GUNA FB PROFILE JE.. BOLEH PROMOTE FREE KT GRUP”

“LG SENANG NK ATTRACT ORG GUNA FB PROFILE…”

Hoho, silap silap… Dosa besar tu kalau berniaga kt fb tp tak buat fanpage..

Tknk ckp byk. tgk satu2 gmbr, baca dan fahamkan..

FB PERSONAL

KELEBIHAN FB PERSONAL

  • REPRESENT INDIVIDUAL.. Anda menggunakan facebook personal untuk membawakan nama anda sendiri, personal branding. Bukan company branding..
  • FRIENDLIST LEBIH MUDAH NAMPAK.. Senang untuk dapatkan organic reach
  • LEBIH FRIENDLY.. Nmpk lebih friendly dgn friendlist kita, itupun kalau anda betul2 add mana yg kenal lah.. Klu main add shj tu lain cerita.. Hoho
  • CEPAT NAIK PERSONAL BRANDING.. Mmg cpt naik, nama anda mudah naik, mudah dikenali, jikalau anda post benda yg menarik, inspired, tips, motivasi.. Yg penting kena konsisten..
  • PENULISAN STORY PALING EFEKTIF.. Kalau anda rajin menulis, buat story di personal fb anda, inshaAllah mmg cepat naik.. Tp kena tulis cerita yg betul2 lah, jgn tipu pulak.
  • MENGUMPUL FRIENDS/FOLLOWERS.. Di personal fb kita mengumpul friends dan juga followers, berbeza dengan fanpage, kita mengumpul fans.. Wlupun nama berbeza, konsepnya sama je..
  • MUDAH VIRAL.. Tulisan berbentuk story dari fb personal lebih mudah viral.. Lebih cepat tersebar..
  • DIREKA KHAS UTK CONNECT FRIENDS/FOLLOWERS.. Kena fhm konsep fb personal adalah utk personal, bukan bisnes, jd ia direka khas utk kita bernetworking atau berhubung dgn rakan2 dan mungkin juga pengikut kita..

Okay, ini sedikit sebanyak kelebihan dan kebaikan yg ada jika menggunakan Facebook Personal..

KEKURANGAN FB PERSONAL

  • TIADA TOOLS.. Anda tiada tools marketing atau data insight ttg rakan dan pengikut anda..
  • NAMPAK TAK PROFESSIONAL JIKA BISNES DI FB PERSONAL.. Jgn sesekali berbisnes di fb personal.. Bisnes anda nmpk tak professional, sekali sekala takpe, jgn kerap..
  • TAK BOLEH HARDSELL.. Pantang larang di fb personal adalah kalau anda kerap hardsell, bukan takat takde jualan.. kawan pn boleh lari tauu! Org tak suka bila nmpk sgt anda menjual.. Fb personal utk bersosial.. bkn menjual..
  • LIMITED FRIENDS.. Yes, sgt2 terhad, ada 5000 friends sahaja.. Selebihnya jd followers.. Mrk ada potensi tk nmpk posting2 anda.. Rugi2..
  • TAK BOLEH BUAT FBADS.. Dah tentu tak boleh buat iklan pada posting di personal fb anda.. Hny posting di fanpage shj yg boleh buat fbads..
  • ADA POTENSI FACEBOOK ANDA DISABLED.. Jika melanggar rules2 di fb, cthnya apabila terlalu kerap SPAM di group, terlalu hardsell.. terlalu kerap buat contest.. org akan report dan anda berpotensi utk kehilangan facebook personal anda..
  • TAK BOLEH PROMOTE BISNES.. Ada risiko jika anda terlalu kerap promote bisnes dan menjual di facebook, anda berpotensi utk ditukarkan facebook profile kepada fanpage.. Jaga2!

Ini sedikit sebanyak kekurangan dan kelemahan yg ada di facebook profile..

FANPAGE

KELEBIHAN FB PAGE

  • REPRESENT COMPANY/BRAND.. Anda menggunakan fanpage adalah untuk membawakan company anda, brand anda, positioning anda… Lebih meyakinkan..
  • UNLIMITED FOLLOWERS.. Nk ada 10k fans? 500k fans? 1 juta? Boleh sgt! Numbers juga memainkan peranan penting.. Lebih rmi fans anda lebih tinggi keyakinan org pd anda..
  • BOLEH BUAT FBADS.. Semestinya nk buat fbads memerlukan fb profile.. Ttp hny posting di fanpage shj yg boleh run fbads.. So, anda boleh dptkn audiens yg berkualiti dn targeted.. Boleh pilih sendiri!
  • DIREKA KHAS UTK ARTIS/BRAND/BUSINESS.. Direka khas utk berinteraksi dgn fans..
  • LONG-TERM BISNES.. Wajib buat fanpage kalau serius nk berbisnes
  • DATA2 PAGE INSIGHT.. Hny fanpage shj yg mmpunyai data2 ttg fans anda, dimana mereka tggl, apa jantina mrk, umur.. interest dn lain2 lg..
  • TIMING POSTING.. Anda juga boleh ketahui waktu plg sesuai dan plg byk permintaan utk lakukan posting.. Takdelah anda buat posting pd waktu yg takde org nk baca..
  • UNIK TOOLS.. Ada mcm2 lg tools marketing dan tools fbads yg ada utk anda kembangkan lagi bisnes anda..
  • LEBIH MEYAKINKAN DAN PROFESSIONAL.. Org nmpk lebih yakin jika nak berurusan dgn anda melalui fanpage daripada personal fb.. Dr situ menunjukkan yg anda benar2 serius dlm berbisnes..
  • BOLEH HARDSELL.. Di fanpage anda boleh buat hardsell, tak seperti fb personal.. So, anda boleh buat buzz marketing.. Teknik Rempit dn lain2 lagi.. Sgt sesuai, cuma jgn terlalu kerap.. Org tak suka!
  • PLATFORM “KEDAI” ALAM MAYA.. Jika berbisnes di fb mmg tak sah kalau tak buat fanpage.. Wajib buat fanpage! Itulah gambaran kedai anda di alam maya..

Ni sebahagian kelebihan dan kebaikan buat fanpage.. Ikutkan ada banyak2 lagi.. Senang cita, kalau ada bisnes, dan anda berbisnes di fb, buatlah fanpage..

KEKURANGAN FANPAGE

  • ORGANIC REACH MENURUN.. Jika 4-5 tahun yg lalu, organic reach adalah 100%, lepas tu turun sehingga 20%, kemudian baru2 ni siapa yg dpt 10% dah ckup bgus.. Tp sekarang ni semakin berkurangan sehingga 5%…
  • LAMBAT RESPONS UTK PERMULAAN.. Proses permulaan memang perlukan mental yg kuat, sbb posting2 anda agak sukar nk dpt respons.. Tp teruskan dgn konsisten..
  • SUSAH DAPAT FANS.. Sbb tu kena buat like marketing dan content yg berkualiti..
  • AMBIL MASA UTK BRANDING & POSITIONING.. Kena kuatkan dgn teknik hantu, copywriting kena strong.. Drpd bertahun2 boleh jd berbulan sahaja..

Itu antara kekurangan dan kelemahan pada fanpage.

CONCLUSION

So, apa nak buat ni? Apa stepnya? Nk tinggalkan fb personal ke? Nk fokus fanpage sahaja ke? Cmne?

Okay cmni..

Ambil contoh apa yg Mamadil buat.. Dia gunakan Facebook Personal utk kuatkan personal branding, byk kongsi tips bisnes, inspirasi, motivasi.. Dari situ org jd minat nk tahu apa bisnesnya, so time tu dia pn selit2 la Mamadilnya..

Apa yg Mamadil buat pada personal fbnya adalah softselling, byk create engagement.. Smpi org jd suka kt dia, kalah retis tuww…

Dlm masa yg sama, wajib topup dgn Fanpage, buat iklan kaw-kaw.. Brulah syncronize..

So, utk permulaan bisnes.. Lebih bgus dan lebih baik.. Jika anda gunakan facebook personal sbgi booster kepada bisnes fanpage anda tu..

Sbb apa? Sbb org suka dgr story owner bisnes, suka dgn apa liku2 yg dilalui, suka jadikan sbgi inspirasi.. Suka nk bljr dr pnglmn.. Klu anda bru nk bermula, boleh share tips2 dan motivasi.. Yg berkaitan dgn bisnes anda.. Smbil tu selit la bisnes page anda..

Cth lain, Dian Pixy.. Sama juga konsepnya.. Cth lagi..

Pengasas Sifufbads sendiri, dah buat 7,8 tahun yg lalu lagi.. Sifu Jamal dah buat personal branding di facebook personal, kemudian dia bawa sikit2 kepada Jamal- Pakar Ebook, kemudian upgrade lagi mnjadi SifuFBADS… So, bnda ni ada prosesnya..

Skrg, sikit2 cuba undurkan diri, nak tonjol company je.. Hoho

Bukannya terus tinggalkan fb personal, tak boleh… Kena support dgn fb personal juga.. Dan kalau anda berbisnes di fb tu wajib ssgt buat Fanpage.. Lps dah buat fanpage tu, buat la like marketing plak.. tu ada prosesnya..

Ikutkan, byk betul nk kupaskan psl topik ni.. Tp tu basic, yg asas anda perlu fhmkan dulu..

FB profile tu ada mainkan peranan yg penting.. Cthnya utk 3-5 tahun bisnes, kemudian slow2 undurkan diri, kedepankan company plak.. Cth….

Okay..

Dah baca tu, ce SHARE pd rakan anda yg baru berjinak dgn fbads.. Dah baca, komen “sudahh om!”.. Nk tgk rmi tk org baru, kalau rmi yg baru nk mula berniaga, esok sy nk kongsikan 7 ways to build up bisnes di fb.. Khas utk org baru.

Similar Posts

13 Comments

Leave a Reply to Mafazah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *