Bagaimana Hasilkan Copywriting Yang Boleh Buatkan Prospek Percaya Anda?

Bagaimana Hasilkan Copywriting Yang Boleh Buatkan Prospek Percaya Pada Anda

Jika anda berniaga di fb atau kat mana-mana sekalipun, dah tentu pembeli ni lebih suka membeli dengan org yg mereka boleh percayai, yg ada kredibiliti atau dah famous..

Kredibiliti, atau trust merupakan salah satu sebab utama knp org sggp nk membeli, semakin tinggi kredibiliti, semakin tnggi potensi utk mereka nk beli produk anda..

Kenapa pembeli ni memilih? Anda sendiri nampak kn? Diorang ni lebih yakin dn suka membeli dgn orang yg boleh dipercayai atau nmpk mcm famous..

Actly, dorang tak salah pun, tu hak diorang.. Hoho.. Sbbnye ia berkaitan dgn emosi manusia.. Kita bole ekjas tu.. Hehe

Dari kajian yg pernah sy jlnkn pd pelanggan SifuFBads sendiri, rata-rata mereka sggp membeli kerana keredibiliti yg ada pada sifufbads..

“oohh.. camtu sy nk bina kredibiliti kaw-kaw la sifu..”

Sabar dulu.. Kredibiliti bukanlah perkara yg plg utama, kredibiliti ni berada dlm kedudukan no. 3 selepas inspirasi dan strategi marketing yg digunakan..

So kena balance jugak ye.. Jgn fokus tuu jer..

Kalau nak diikutkan, bina branding dan trust ni memang makan masa..

Seius.. Mmg lama! Tak boleh 1 hari, 1minggu pun tak boleh.. 1 bulan? pun tak cukup!

“alamak.. abes tu mcm mana sifu..?”

Tapi jgn risau..

Kalau copywriting kita bagus, secara tak langsung kita dah pun bina kredibiliti..

Ni sy nak kongsikan 5 cara camne anda boleh bina kredibiliti dlm copywriting anda..

#1: SPESIFIK & KHUSUS

spesifik

Okay, pernah sy terangkan di post sblm ni, kalau buat iklan tu pastikan ayat dia spesifik. Org senang tangkap..

Iklan spesifik ni boleh dipecahkan pada 3 kelas, ni sy bg contoh headline;

  • Audiens yang spesifik

Pastikan ayat tersebut ditujukan betul-betul pada audiens anda, lagi bagus kalau anda boleh gunakan data demografi + gegografi dlm ayat headline tersebut. Cthnya;

“PERHATIAN IBU BAPA YG MENCARI KELAS NGAJI UTK ANAKNYA DI KAWASAN SHAH ALAM SEK 9”

“SPECIAL OFFER JUBAH HAWA UTK STUDENT UITM SHAH ALAM!”

  • Masalah audiens yang spesifik

Sebut masalah audiens dengan spesifik dan berikan solusi pada mereka. Dengan ini mereka akan betul-betul ‘tersentuh’ dan tertarik utk teruskan bacaan. Cthnya;

“PIL HERBA CIKTON DGN RAMUAN 17 HERBA DARI CHINA YG DISAHKAN HALAL INI MAMPU MENURUNKAN BACAAN PARAS GULA DARI 15 KE 9 DLM MASA 7 HARI!”

  • Ciri-ciri produk yang spesifik

Terangkan ciri-ciri produk secara spesifik. Contohnya, jika anda menjual kambing, nyatakan ia baka jenis apa, berapa beratnya, apa jantinanya.

Contoh lain, katalah anda jual produk supliment, nyatakan secara detail apakah ramuan-ramuan yg ada dlm produk tersebut. Ada bahan import dari timur tengah ke, rupa dia yg unik ke, bagitau dlm copywriting anda.

Contoh headline yg tonjolkan ciri spesifik produk;

“LATEST ONE! SUPPLEMENT BINA BADAN YG MENGANDUNGI 100% HERBA ASLI YG DIIMPORT KHAS DARI LADANG NO. 1 DI JAMAICA!”

Faham? Boleh cuba mana-mana kaedah yg bersesuaian. Tak cuba tak tahu..

#2: GUNAKAN TESTIMONI

testimoni

Untuk lebih myakinkan prospek, masukkan testimoni pengguna anda. Pastikan testimoni yg digunakan tu betul-betul berkaitan dgn produk anda.

“ok.. tapi kt mana plak nk masukkan ayat testimoni tu sifu..?”

Bagus soalan tuhh.. Biasa gambar je kan?

Ok, Nak ikutkan ada byk tempat anda boleh masukkan bahagian testimoni ni, tapi utk lebih mudah. Anda boleh gunakan dlm 3 keadaan..

Yang pertama – pada bahagian headline ataupun intro..

Yang kedua – pada selepas intro ataupun sebelum CTA, masukkan 2 atau 3 testimoni pendek dlm copywriting anda.

Yang ketiga- berikan link album testimoni dlm copywriting anda.. Mungkin boleh letakkan pada bahagian selepas intro..

#3: BERIKAN JAMINAN

jaminan

Part ni mmg penting utk anda gunakan dlm copywriting anda, ia buatkan iklan anda lebih dipercayai. Ada bbrapa contoh jaminan yg anda boleh gunakan;

  • Jaminan keberkesanan

Masukkan jaminan betapa cepat dan pantas keberkesanan atau hasil produk atau servis anda.

Contohnya, katalah anda jual krim pencerah wajah, anda boleh nyatakan jaminan kepada bakal pengguna yg mereka akan lihat perubahan wajah dalam masa beberapa minit atau hari sahaja, nak lagi best.. Bagitau masa yg lebih spesifik, 2 minit ke, 1 hari setengah ke..

  • Jaminan pulangan wang

moneyback guarantee.. Bagi balik duit pelanggan anda jika produk anda tidak berkesan, ya dgn cara ini juga boleh buatkan iklan anda lebih dipercayai.

“camne kalau semua pelanggan tu nk duit dia balik sifu..? rugi saya nnt!”

Rileks, kena ltkkan T&C dlm copywriting anda, cthnya cmni;

“Dah pakai hari-hari? Dah lebih seminggu? Tapi masih tiada hasil? anda berhak tuntut semula wang yang anda telah bayar..”

So.. Kalau produk anda betul-betul berkesan bila pelanggan anda gunakan 2x sehari dan kesannya nmpk selepas seminggu, apa nak takut? Yg penting jgn terlalu hype masa mula-mula buat copywriting tu.. Tulis dgn jujur..

Biasanya ratio pelanggan yg nak refund ni 1/100 jer.. Kecuali produk gadget ke elektronik ke yg melibatkan teknikal. Yg pnting klu
produk anda bgus tiada isu refund.

  • Jaminan kerosakan

Ni bergantung pada sesetangah produk, contohnya produk elektronik seperti gajet, jam atau permainan kanak-kanak. Kadang-kadang itulah punca yg buatkan mereka takut nk membeli produk anda jika tiada jaminan ini.

Nyatakan mana-mana bahagian yg anda boleh tanggung, bgtau dlm copywriting tersebut. Dengan cara ini, prospek akan berasa lebih confident dgn iklan anda.

#4: ULANG POIN PENTING

repeat poin

Ya, kalau anda perasan, sy selalu ulang poin-poin penting dlm copywriting sy. Ia bertujuan utk meningkatkan keyakinan prospek terhadap sesuatu produk/servis.

Point penting ni boleh jadi ciri-ciri produk, offer, tempoh offer ataupun masa offer dijalankan.

Bila prospek nampak poin ni diulang-ulang, mereka akan igt dan percaya dgn iklan tersebut.

Contoh poin ulangan;

–> SALES MANJAS, 25hb MAY 10PM, BUTIK ABC
–> SALES MANJAS, 25hb MAY 10PM, BUTIK ABC
–> SALES MANJAS, 25hb MAY 10PM, BUTIK ABC

Cth lagi,

–> LAST CALL, TAMAT MLM INI, BERTINDAK SGERA
–> LAST CALL, TAMAT MLM INI, BERTINDAK SGERA
–> LAST CALL, TAMAT MLM INI, BERTINDAK SGERA

Haa.. Faham?

#5: PENGESAHAN PAKAR

pakar

Dah pnah ada result? Pnah dpt tumpuan org rmi? Atau pnd Dpt pandangan dr pakar atau org yg terkenal?

So.. Boleh kongsikan gambar-gambar atau sijil-sijil berkaitan.

Kalau ada gambar, masukkan dlm iklan tersebut, buat teknik woren ke.. kalau dia ada bg pandangan, boleh masukkan dlm headline atau intro..

Jdkan sbgi endorsement utk produk anda.. Org lebih percayai apabila produk/servis tsbut pnh digunakan oleh org yg ada nama..

Okay?

Similar Posts

4 Comments

  1. Terima kasih kerana kongsi info yg sangat berguna ini. Semoga ramai lagi usahawan online berjaya dpt menyumbang ilmu kpd masyakat. Syukran..

Leave a Reply to Siti nurhafazah binti abd.rahman Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *