4 Jenis Sikap Yang Buatkan Bisnes Anda Lingkup

Zaman sekarang sgt mencabar iman kite lagi-lagi zaman gawat yang kita hadapi sekarang. Tapi benda bukan mustahil untuk kita berjaya kalau dapat buang jauh-jauh perangai tak semenggah ni dari diri kita..

Tapi itu pun kalau korang nak tengok bisnes korang pergi lagi jauh dan berjaye la kan..(Hehe..)

“EH FOR SURE LA NAK BERJAYA DALAM BISNES.. TAPI PERANGAI APA YANG TAK SEMENGGAH TU SIFU? MACAM TERUK JE.. SHARE LA SIKIT..”

Boleh tu boleh takde hal sifu nak share.. Tapi hmm..

“ALAA SIFU SHARE LA DENGAN KITEORANG.. KITEORANG PUN NAK TAHUU..”

Pehh bagus ni.. Semangat ni la yang kita nak cari.. kot cmtu korang selayaknya untuk tahu 5 JENIS ATTITUDE YANG BUATKAN BISNES ANDA LINGKUP

#1: BODOH SOMBONG

Sikap ‘menternak’ attitude ni dalam diri korang dengan jayanya sangat efektif untuk lingkupkan apa-apa bisnes yang korang buat. Senang cerita cmni la.. Kita amek contoh macam Nokia.

“Eh dah kenapa dengan Nokia ni sifu?”

Haa kan Nokia pernah jadi brand yang gah dalam industri gadget.. Alaa takkanlah tak ingat 3310 yang femes tuu ..

Dulu tak kira budak sampai ke mak orang semua pakai Nokia.. Thats why la Nokia jadi brand yang sangat dikenali seantero dunia manusia.. Tapi kan haihh..

“TAPI APA SIFU? CERITALAH LAGI..”

Sayangnya.. Walaupun nama brand sangat kukuh tapi ideologi untuk berkembang maju dan bertindak pantas dalam amek peluang yang sedia ade macam tiada dari kamus hidup Nokia..

Malah dieorang dah rasa cukup bagus dari yang lain dan tak perlu nak innovate bagai brand tu lagi.. Oleh disebabkan afal dan pegangan hidup mcmtu, Nokia akhirnya ketinggalan jauh di belakang..

“UISHH TERUK SANGAT NI SIFU.. MACAM MANA NAK NGELAK DARI PERANGAI NI SIFU?”

Haa apa yang boleh buat untuk ngelak perangai ni adalah korang try la untuk terima pendapat orang lain. Tak salah pun kann..

Contohla contoh kalau korang tengah discuss something and ada orang lain bagi pendapat.. Try dengo dulu..

Yes maybe idea korang bagus tapi kemungkinan untuk enhance idea tu adalah tinggi kalau korang combine idea korang dengan orang lain.. Haa nampak tak nampak tak? Haha

And lagi satu bersedia untuk terima teguran orang lain.. Janganlah rasa diri tu bagus.. Benda tu akan bagi kesan yang negatif kat korang and lagi-lagi dalam bisnes..

#2: HAJI BAKHIL

Teringat salah satu watak dalam cerita Labu dan Labi arahan Allahyarham P. Ramlee iaitu Haji Bakhil. Haha bukan apa, dia punya kedekutnya nauzubillahminzalik.. Kereta die dah tahap nazak kot tapi still tak repair repair..

Perangai ni salah satu perangai yang tak semenggah and tak bagus untuk bisnes korang tau..

“Eh kenapa tak bagus pulak sifu? Barulah berjimat-cermat.. Takdalah membazir..”

Laa saya tak kata kena membazir tapi seeloknya korang kena terapkan attitude yang positif seperti murah hati..

And jangan risau untuk laburkan duit dengan amaun yang besar.. Asalkan korang tahu duit tu dilaburkan ke arah mana..

Kot still lagi dengan perangai bakhil ni.. Korang memanjang rasa payah nak keluokan duit untuk besokan bisnes koranglah, payah nak bagi insentif kat staff koranglah..

Lepas tu semua benda korang nak bolot and taknak share dengan orang lain. Haa kan dah payah cmtu.. Paham dah?

“Okay paham sifu..”

#3: LAMBAT PICKUP

“Sifu, bukan ke biar lambat asalkan selamat tu bagus? Takkanlah boleh lingkupkan bisnes pulak?”

Itu tang driving memang lah kena lambat barulah selamat.. Tapi kalau berbisnes semuanya kena cepat.. Lagi-lagi dengan arus permodenan sekarang yang sangat pesat..

So nak taknak korang kena sentiasa alert dengan sekeliling korang, sentiase up-to-date and yang penting jangan lambat..

Sebab bukan ape.. Kalau lambat pickup and tak upgrade diri sendiri dari semase ke semase, korang akan ketinggalan jauh ke belakang dari pesaing korang..

Kalau dah ketinggalan, jangan kata sifu tak nasihat eaa..

#4: BERAT TULANG

Haa simptom ni yang paling payah nak campak jauh-jauh dari diri kita.. And sangat sinonim dengan rakyat marhaen sekeliling..

“Alamak sifu.. janganlah macam ni.. deep pulak rasa bila sifu cakap cmtu..”

Haha deep tak deep simptom ni lah yang kena elakkan.. sebab korang akan lebih berangan di awangan berbanding focus kat bisnes korang.. Gituu..

Selain tu korang akan rasa sangat malas untuk majukan bisnes korang.. Korang akan lebih menyembang dari buat. Haa kan payah kalau attitude ni ada dalam diri..

So kot kot ada yang perangai macam ni bawak bawak la bertaubat sebab perangai cmni sangat marbahaya..

Lagi-lagi untuk bisnes.. Cube lari dari zon selesa korang dan cabar diri korang untuk maju ke hadapan. Ecehh

Selesai sudehh 4 jenis attitude yang buatkan bisnes anda lingkup. Nampak biasa je tapi attitude ni lah yang payah orang nak ngelak..

So kalau yang ada attitude macam ni elakkanlah and kalau boleh ubah.. tak baik tau untuk kesihatan bisnes anda.. kihkih

Okay dah ubah dah? good kalau dah ubah sharing-sharinglah dengan member lain. Bolehla berubah sama-sama.. Tak gituu?

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply to Sakit Jantung Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *