7 Cara Untuk Dapatkan Pelanggan 'Repeat Order'

5 Cara Pakar Gunakan Untuk Dapatkan Pelanggan ‘Repeat Order’

7 Cara Untuk Dapatkan Pelanggan 'Repeat Order'

Untuk kembangkan lagi bisnes anda ke tahap lebih tinggi, anda perlu dapatkan pelanggan baru.. tapi jangan abaikan pelanggan sedia ada, tidak kira betapa kecil mereka. Mereka inilah yang dapat membantu bisnes anda untuk berkembang maju.

Menjual pada pelanggan yang pernah membeli dari anda lebih MUDAH dan MURAH daripada menjual pada pelanggan baru. Selepas anda sudah jual sesuatu produk kepada pelanggan, anda sudah dapatkan kepercayaan dari mereka.

Mereka berikan wang pada anda kemudian anda selesaikan masalah mereka.. tapi, itu tak bermakna mereka akan membuat repeat order dari anda lagi, kerana kemungkinan besar mereka akan melupakan anda dan membuat pembelian dari penjual lain.

Di sini saya kongsikan 7 cara dapatkan pelanggan untuk buat ‘repeat order’ dari anda.

#1: Jenis Produk

Jenis produk sangat mempengaruhi pelanggan untuk buat repeat order. Antara jenis produk yang mempunyai repeat order adalah produk servis dan makanan.

Kenapa produk jenis ini boleh galakkan pelanggan untuk buat repeat order?

Sebabnya..

Untuk produk makanan seperti produk kek, produk bina badan dan produk kecantikkan.. ia mempunyai kuantiti yang terhad. Apabila habis dimakan, pelanggan perlu membeli produk ini sekali lagi. Jika pelanggan suka dengan produk tersebut, mereka akan beli lagi berkali-kali.

product food

Untuk produk servis pula, ia mempunyai margin keuntungan lebih tinggi berbanding produk makanan.. tapi ia memerlukan kemahiran tertentu untuk tawarkan produk jenis servis.

Contohnya, anda mempunyai kemahiran untuk buat minisite/blog, anda boleh tawarkan servis membina minisite/blog. 1 minisite/blog, anda boleh cas antara RM500 hingga RM1000.. mengikut pakej yang anda sediakan.

minisite, blog sifufbads

Apa yang anda perlu buat adalah berikan support yang terbaik untuk pelanggan anda. Ini dapat menarik mereka untuk sentiasa membeli dari anda.

#2: Bina Database

Salah satu cara untuk terus berhubung dengan pelanggan anda adalah melalui senarai emel atau nombor telefon. Dengan membina database, mudah untuk anda tawarkan maklumat seperti aktiviti syarikat, atau menawarkan maklumat eksklusif mengenai promosi khas yang akan datang.

Sediakan squeeze page yang menarik untuk dapatkan database pelanggan. Lihat contoh squeeze page pada gambar di bawah..

database

Anda perlu sentiasa jaga dan bina hubungan dengan database anda. Jangan hantar emel promosi sahaja, hantar juga emel berunsurkan perkongsian. Hantar sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

#3: Group Support

Bina group support untuk kumpulkan semua pembeli produk anda. Dalam group tersebut, sediakan ruang untuk pelanggan bertanya sebarang soalan jika mereka ada sebarang masalah semasa menggunakan produk anda.

Jika pelanggan anda bertanya, anda perlu RESPONS dengan segera. Pelanggan suka jika anda jawab soalan mereka dengan PANTAS. Jangan biarkan pelanggan tunggu lama-lama, nanti mereka akan cari penjual lain.. mereka sudah tak setia dan percaya dengan anda lagi.

Group Support

Anda juga boleh bina satu group untuk kumpulkan prospek dan satu lagi group untuk kumpulkan pelanggan.

Dalam group prospek, anda boleh educate mereka mengenai produk yang anda jual. Terangkan apa manfaat dan kelebihan produk anda yang boleh membantu menyelesaikan masalah mereka. Dalam group pelanggan pula, anda boleh beri tawaran eksklusif yang prospek tak boleh dapat.

Apa tawaran eksklusif tersebut? Teruskan membaca..

#4: Bina Tawaran Eksklusif Untuk Pelanggan Anda

Di bawah saya berikan 2 jenis tawaran yang pastinya pelanggan anda nak;

1) Tawarkan pelanggan jadi AGEN produk anda

Selepas pelanggan membuat pembelian dari anda, cuba hubungi dan tawarkan pada mereka untuk menjadi agen kepada produk anda. Ini dapat memudahkan kerja anda, biar agen yang lakukan pemasaran untuk anda.. anda pula fokus pada customer support.

Selepas pelanggan anda menjadi agen, jangan biarkan mereka seorang diri..

Ini antara perkara yang anda perlu buat;

  • Sediakan tool pemasaran secukupnya seperti ayat iklan, gambar iklan dan testimoni pengguna.
  • Ajar mereka cara promosikan produk menggunakan fbads, blog, minisite dan lain-lain.
  • Berikan komisyen yang lumayan pada agen-agen anda, minimum 50%.
  • Buat cabaran sales tertinggi setiap bulan, paparkan carta jualan agen-agen di fb group,  sediakan hadiah yang lumayan supaya agen berebut-berebut untuk dapatkan hadiah tersebut.

Latih agen anda supaya aktif dalam mempromosikan produk anda. Anda perlulah bina agen dari segi kualiti, bukan dari segi kuantiti.

2) Berikan tawaran DISKAUN untuk tempoh terhad

Antara cara terbaik dan mudah untuk galakkan pelanggan buat repeat order adalah dengan memberi KUPON DISKAUN pada mereka. Khas untuk pelanggan anda sahaja. Berikan penghargaan kepada mereka melalui promosi eksklusif, anjurkan bulan penghargaan dengan memberikan diskaun sehingga 70%.

Umumkan tarikh bila offer diskaun anda dibuka, dan bila offer tersebut ditutup. Dengan cara ini, mereka akan lebih cepat bertindak untuk membeli.

#5: Teknik Referral

Anda boleh hantar emel atau SMS untuk minta pelanggan perkenalkan produk anda pada rakan-rakan mereka. Berikan mereka insentif seperti mereka akan dapat 1 produk percuma jika mereka dapatkan 1 pelanggan untuk anda.

Untuk gunakan teknik ini, anda boleh hantar emel atau SMS kepada pelanggan anda seperti ni..

As salam tuan,

terima kasih kerana telah membuat pembelian produk saya kelmarin.

Saya nak minta tolong boleh tak?

Jika tuan suka dengan produk saya, boleh tak rekemen produk tersebut pada kawan-kawan yang mungkin berminat juga?

Saya akan berikan 1 produk percuma kepada tuan untuk setiap 1 kawan yang tuan rekemen sebagai hadiah. Syaratnya, kawan tuan mesti membeli produk tersebut.

Reply mesej ini jika tuan berminat..

Terima kasih.

Dengan cara ini, anda bukan sahaja dapat kekalkan pelanggan yang lama, anda juga dapat pelanggan yang baru.

Terdapat lagi banyak cara untuk dapatkan pelanggan buat repeat order, ini hanya beberapa cara sahaja yang saya dapat kongsikan pada anda. Selebihnya, anda boleh fikirkan sendiri..

Semoga bermanfaat.

Similar Posts

35 Comments

  1. Terima kasih Sifu,Alhamdulillah….setakat ini,produk yang saya jual repeat sales setiap hari semakin meningkat..The Power of Repeat Sales..hahaa

    Produk Wajib bagi wanita setiap bulan…

    Amin

  2. Assalamualaikum…
    Terima kasih sifu Jamal atas perkongsian yg bermanfaat ni..
    No 4 tawaran sbg agen mmg dh lama saya praktikkan. Saya lbh selesa jadikan agen dikalangan regular customer dr kita cr agen yg belum pernah membeli produk kita. Mereka lbh rajin buat sales berbanding agen yg tidak pernah membeli dan menggunakan produk kita.

  3. Salute Sifu for another good article…

    Sedikit tambahan…

    Kalau kita jual produk ‘premium’ yang mahal harganya… memang orang xkan beli berkali2 dlm masa terdekat..contohnya… kalau kita jual Mercedes or BMW… siapa yang nak beli Merc setiap bulan? Tapi kita ley wujudkan side product yg melengkapi produk premium tadi… contoh untuk kereta tadi ialah.. Polish, Spare Part untuk kalau rosak/accident dsb..

    Semoga bermanfaat.

    p.s. : Nak bina minisite/landing page? Klik sini >> http://www.minisitekosrendah.com

  4. Tq sifu…sy mmg nk join class sifu tapi sy di oversea insyaallah if ade class bln 7,8 or 9 sifu inform ye

  5. sangat2 membantu .. kita jumpa di seminar 6 June 2015 di KL nanti.. saya tak sabar nak sedut ilmu dari Tuan. Terima kasih kerana sanggup berkongsi ilmu secara percuma dan ikhlas di wall tuan. (y)

  6. salam,

    bagaimana nak buat squeere page mcm sifu tu ek?..sy nak kongsi ebook saya utk dptkan matlumat nama dan email pelanggan

  7. Salam Tuan Jamal,

    Saya suka teknik nombor 5, teknik referral. Baru saya tahu. Ini juga salah satu langkah untuk mendapatkan pelanggan repeat order.
    Terima kasih Tuan Jamal berkongsi idea.

Leave a Reply to zul fazlir Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *