7 Faktor Psikologi Yang Membuatkan Prospek Membeli
Apakah faktor yang buatkan prospek membeli produk anda…?
Kenapa prospek membeli dari anda…?
Itulah perkara yang perlu anda fikirkan semasa membina iklan menggunakan Facebook Ads.
Dengan mengetahui apa faktor-faktor tersebut, anda akan tahu apa yang perlu dilakukan untuk buatkan prospek membeli dari anda.
Ada 7 faktor yang membuatkan prospek membeli;
#1: Kepercayaan
Sekarang ini, sudah banyak berlaku penipuan di antara penjual dan pelanggan. Sebab itu, pelanggan lebih suka membeli dari penjual yang mereka sudah percaya. Jika anda seorang penjual baru yang belum dikenali, anda perlu kumpulkan testimoni dulu dari pelanggan yang pernah dapatkan produk atau servis dari anda.
Prospek biasanya melihat dulu kesan dan hasil dari pelanggan yang pernah menggunakan produk tersebut, kemudian baru mereka pilih sama ada nak beli atau tak.
Kredibiliti yang ada pada penjual memainkan peranan yang penting. Saya nasihatkan anda supaya bina kredibiliti dulu sebelum menjual sesuatu produk. Jika prospek sudah yakin dengan kredibiliti yang ada pada anda, apa sahaja produk atau servis yang anda tawarkan, pasti mereka beli.
#2: Kasih Sayang
Prospek juga membeli kerana mereka percaya yang produk tersebut dapat menggembirakan orang yang tersayang. Mereka sanggup beli walaupun mahal, hanya untuk memenuhi permintaan pasangan, keluarga dan rakan-rakan.
Bayangkan, jika anda ada seorang anak, menangis-nangis merayu nak makan KFC…mesti anda bagi kan? Walaupun rela paksa, beli juga sebab sayangkan anak anda.
Macam mana pula jika ibu bapa, atuk nenek anda sakit? Kena beli juga la ubat, produk kesihatan dan mesin urut untuk mereka. Semuanya sebab SAYANG.
Produk-produk seperti perhiasan, produk kesihatan sangat sesuai untuk prospek yang inginkan kasih sayang.
#3: Peningkatan Diri
Setiap prospek pasti mahu berjaya dalam hidup seperti pelajar, pekerja atau usahawan, mahu jadi seorang yang PRODUKTIF. Mereka pasti mencari ilmu yang boleh tingkatkan KUALITI diri dan hidup mereka.
Kalau anda perasan, sekarang sudah banyak syarikat-syarikat yang menawarkan produk dan servis dalam bentuk latihan dan konsultasi melalui program-program yang dianjurkan.
Antaranya;
Syarikat Sifufbads, membantu usahawan yang ingin kembangkan bisnes mereka menggunakan pemasaran Facebook Ads. Syarikat ini juga telah banyak menganjurkan bengkel dan seminar untuk memberi konsultasi bagaimana cara tingkatkan jualan produk dengan kos yang rendah.
Ini adalah antara servis yang dicari-cari prospek untuk menambah sumber pendapatan.
Ilmu yang yang dipelajari pula disampaikan pada orang lain, seterusnya membantu orang ramai untuk mengubah hidup mereka jadi lebih baik.
#4: Keseronokkan
Ada juga prospek yang membeli kerana SUKA, SERONOK dan OBSES dengan produk dan penjualnya. Produk seperti ini memang sudah banyak di pasaran.
Contohnya;
Peminat setia iPhone, anda boleh lihat mereka ini berebut-rebut beratur panjang depan kedai, hanya sebab nak beli smartphone tersebut. Ada yang sanggup datang sehari awal, tidur depan kedai. Mereka ini membeli sebab mereka akan rasa SERONOK dan PUAS jika boleh dapatkan iPhone lebih awal dari orang lain.
Biasanya, produk seperti ini akan diumumkan bila tarikh dilancarkan, kemudian ditawarkan ‘limited edition‘ dalam kuantiti yang terhad. Produk yang mempunyai permintaan seperti ini adalah gadjet yang mengikut trend TERKINI. Memang cukup LARIS apabila model baru dikeluarkan.
#5: Kepentingan Diri
Prospek membeli kerana ingin rasa DIHARGAI, VIP dan HEBAT, bermakna prospek menitikberatkan apa kepentingan yang mereka dapat dari anda.
Bukan itu sahaja, mereka juga sanggup laburkan duit yang banyak untuk dilihat SPECIAL, dipandang tinggi dan diberi penghormatan dari orang sekeliling. Produk yang mereka akan cari adalah produk yang berkualiti tinggi, eksklusif dan unik.
Dengan faktor ini, anda boleh cari produk yang mempunyai harga yang tinggi dan margin untung yang tinggi. Apabila margin untung tinggi, sudah pasti produk tersebut berkualiti tinggi. Semasa bina iklan, anda hanya perlu sasarkan pada golongan yang mempunyai MAMPU dan kuasa membeli yang tinggi.
#6: Mudah
Semua prospek ingin rasa MUDAH, SENANG dan JIMAT tenaga dan masa. Sebab itu, kebanyakkan produk baru yang dikeluarkan, adalah untuk memudahkan prospek.
Contohnya;
Anda sedang mencari produk atau servis yang boleh bantu menghasilkan wang cara pantas, tak perlu buka kedai, dan mudah dilakukan. Inilah masalah yang boleh diselesaikan oleh syarikat Sifufbads. Anda hanya perlu ikut langkah-langkah yang diberikan, insyaallah…akan berjaya.
Pernah tak anda dengar, ‘Masa itu emas’ atau ‘Masa lebih bernilai dari wang ringgit’?
Saya boleh katakan..prospek sanggup laburkan ribuan ringgit, asalkan masa mereka dapat dijimatkan dan kerja mereka dapat dipermudahkan. Mudahkan urusan prospek, mudah juga untuk anda menjual.
#7: Selamat
Ada prospek sanggup buat apa sahaja, asalkan mereka dan orang tersayang rasa selamat. Mereka membeli kerana ingin beri perlindungan dan keselamatan kepada orang lain. Produk yang sesuai untuk dijual pada mereka adalah seperti insuran takaful, perancangan kewangan dan lain-lain yang berkaitan.
Untuk menjual produk seperti, anda perlu memberi kesedaran terlebih dulu tentang kepentingan produk untuk masa depan mereka, seterusnya memberi bantuan kepada prospek dengan memberi penyelesaian pada mereka. Beritahu kenapa mereka perlukan produk ini dan kesannya pada hidup mereka.
Anda bukan menjual dengan cerita sahaja, tetapi dengan isi cerita yang bermanfaat kepada pelanggan. Banyakkan softselling berbanding hardselling…banyakkan perkongsian MOTIVASI dan TIPS yang berguna kepada pelanggan. Insyaallah, mereka akan berminat untuk membeli dari anda.
Inilah 7 faktor yang membuatkan prospek membeli sesuatu produk. Dangan memahami faktor-faktor ini, anda akan lebih mudah untuk menjual sesuatu produk pada prospek. Ini adalah basic untuk memahami apa produk yang diperlukan oleh prospek.
Semoga bermanfaat.
tq atas tips di atas. sangat2 membantu …
sama2 tuan
Sifu bads.. ada kls kt kuantan
Kelas apa kat kuantan? Nk join..whatsapp please..0167737360
tips yang sangat berguna
semoga bermanfaat
Saya paling setuju no 1 khusus untuk bisnes online sebab itu halangan sebelum mereka buat keptusan akhir membeli.
betul tu tuan, itulah faktor utama yg buatkan org membeli…untuk org yg masih baru, fokus utk bina kepercayaan dulu…baru menjual.
terima kasih atas perkongsian yg sht bermanfaat.
sama-sama tuan 🙂
Terima kasih atas perkongsian yg bermanfaat
Boleh tlg ajar cara marketing…saya ada fan page tp kurang liker
Terima kasih kerana berkongsi ilmu yg brguna pada kami
Softselling sangat penting. Orang suka baca dan mereka tak jemu.
Kalau asyik hardselling, last2 orang unfriend pulak.
betul tu kak, perlu bykkan engagement
salam sifu,sy nk tau bnyk sgt pasal fb ads ni.zero basic,tp nk tau tentang fb ads ngan fan pagr dulu.
tuan boleh baca di sini http://sifufbads.com/blog/tips-fb-ads-2/9-langkah-fb-ads-newbie-patut-tahu/
Facbook ads tu apa ye..
akak boleh baca di sini http://sifufbads.com/blog/tips-fb-ads-2/9-langkah-fb-ads-newbie-patut-tahu/
Spesifik pada 1 tujuan..terima kasih di atas tips ini sifu.Semoga ALLAH redho…
semoga bermanfaat tuan
saya baru nak berjinak2 dgn perniagaan online. Saya perlukan guidance and advise dr sifu.
boleh join seminar saya
terima kasih. ilmu yang berguna tuk kami peniaga baru & lama.
As salam sifu..bagaimana nak menyakinkan prospek yang produk kita berkesan..ada prospek tgk testimoni kadg mereka tak pecaya dgn testimoni..sebab ketakutan yang pernah mereka alami..bagaimana nak berhadapan dgn prospek mcm ni sifu…
bagi mereka cuba dulu. Boleh bg sample ataupun harga diskaun. Sentiasa follow up perkembangan mereka. Tanya cara penggunaannya..
Assalammualaikum sifu, saya nak tanya, seminar sifu after februari ni… bulan berape sifu nk buat lagi… saye ni bnyk benda nk belajar.. saya tertekan sebab susah betul nk faham Fb ads ni walau pon dh pg blog sifu…. YA Allah susah betul FB ads ni… saya takut kos yg tinggi sebab saya zero sifu sekarang nie, saya memng taķ ada duit…..