“BRAND SAYA BARU.. BOLEH KE FIGHT DENGAN BRAND YANG DAH KUAT, LAMA & KUKUH DI PASARAN?”
“Zaman sekarang, orang tak takut kepada siapa yang lama, siapa yang besar, siapa yang kuat. Tapi, orang takut kepada siapa yang laju!” .. Hanya yang laju, akan maju!
Korang brand baru? Rasa tak boleh nak bersaing dah? Rasa tepu? Rasa susah?
Usah risau! Rezeki itu sentiasa ada untuk yang berusaha! Usah takut bersaing! Usah takut dengan kekuatan pesaing..
Asalkan empayar Rom yang lama, besar & kukuh, dapat dikalahkan oleh Empayar Turki yang baru, yang kecil. Begitu juga korang!
Bukannya kita bersaing nak jatuhkan pesaing, tapi kita bersaing untuk berebut untuk menambah value, yang akhirnya memberi win kepada pengguna juga.
Ada founder skincare ni.. Yang tersangatlah baru. Yang mana, dia baru je mula bisnes tahun beberapa lepas.
Rajin dia join sharing2 saya di telegram, di zoom, kelas-kelas online.
BULAN PERTAMA, HIT 20 – 30K! LEPAS TU, HIT 100K, LEPAS TU HIT 200K, 500K, DAN JUN DAH HIT 1 MILLION SEBULAN!
Kekuatan dia, as a new founder, ada 5 step yang dia buat.
1. Market research.. Ni ‘rahsia sebenar’ yang buatkan brand baru boleh boom dengan sangat pantas!
2. Highlight ‘desired value’ dari pengguna, yang mungkin tiada pada brand lain di pasaran. (kena buat SWOT analysis dulu)
3. Identify & build brand identiti, yang juga membina brand image, untuk mempengaruhi minda audien di pasaran.
4. Marketing dijalankan, dengan membawa elemen brand identiti, digabungkan dengan kempen yang memiliki tarikan yang kuat. (nama brand, produk, nama kempen, copywriting, presentation, siapa yang attach dengan brand, boleh jadi tarikan pantas)
5. Kualiti, dan keberkesanan produk yang cipta repeat customer. Repeat customer, akan bawa customer baru! Power of mouth, diwujudkan!
So, kepada founder-founder brand baru tu, jangan mengalah! Nak jadi founder bukan mudah, tapi akan jadi lebih mudah bila kita ada buat research, dan ada strategi.
SETUJU?
Saya share story founder2 baru yang capai million ni, adalah untuk inspired korang, motivated korang.. tak kisah korang baru, atau lama.. BUANG RASA DENGKI, BERSIHKAN HATI, BERJAYA SAMA2 NANTI!
brand saya boleh diperbaiki,terima ksih perkongsian