Cara Gunakan Fb Ads Untuk Promosikan Produk Makanan di Bulan Ramadhan

iklan ramadhan

Akhirnya, Ramadhan dah tiba..

Bulan yang penuh dengan keberkatan..

Anda puasa tak? Rugi kalau tak puasa, bukan selalu dapat puasa hari-hari macam ni.. 🙂

Cuba ambil peluang ini untuk banyakkan amal jariah seperti solat sunat, zakat fitrah, bersedekah dan kurangkan bercakap perkara yang takde faedah.

Apa plan bisnes anda pada bulan ini? Jual produk apa?

Pada bulan buasa, produk yang popular mestilah produk makanan. Tengok la di kawasan sekitar anda, ramai je orang jual makanan.. jual nasi ayam, kuih-muih, roti john, ikan bakar.. macam-macam ada!

.. saya tak mau citer panjang apa makanan yang sedap dimakan sekarang sebab dalam post kali ini, saya nak kongsikan tips bagaimana cara untuk promosikan produk makanan di bulan ramadhan guna Fbads..

Apa pun, kalau nak guna Fbads.. anda perlu bina fanpage dulu. Bina fanpage khas untuk produk/premis anda. Jika anda tak tahu bagaimana nak mula, anda boleh baca langkah-langkahnya dari artikel ini..

Untuk nama fanpage..

Berikan nama fanpage yang sesuai, lebih baik jika nama fanpage sama dengan nama banner/bunting anda. Berikan nama yang menarik perhatian..

Contohnya;

“Ikan Bakar Special Masak Ganu”

“Ikan Bakar Meleleh-Leleh Abang John”

“Ikan Bakar Mai Singgah Sat Sungai Petani”

Buat design untuk banner/bunting anda. Tak tahu buat design? Anda boleh upah designer, cuba cari designer yang ada banyak portfolio. Lihat contoh-contoh portfolio, cantik atau biasa-biasa je..

Kalau tak jumpa, anda boleh cuba dapatkan servis design dari World Designer. Anda boleh lihat hasil kerja mereka DI SINI..

cover timeline 1.png

Cover timeline anda mestilah sama dengan gambar banner/bunting. Ini memudahkan orang ramai untuk kenali premis/produk anda. Dah jumpa di online, mesti nak cari juga di offline. Kalau saya pun, dah nampak makanan tu sedap kat Facebook.. memang teringin cuba nak rasa. Tak nak tunggu lama-lama, terus cari!

Part ini penting juga.. jangan lupa untuk lengkapkan bahagian About, masukkan maklumat-maklumat penting seperti alamat premis, link website, no. telefon, alamat emel dan lain-lain..

about my qalam

Sediakan minimum 10 post untuk fanpage baru anda. Post gambar produk makanan anda, update AKTIVITI dan urusan harian anda dengan pelanggan, dan beri TAWARAN yang disukai audiens anda.

Sediakan juga post iklan untuk memperkenalkan MENU makanan anda. Gunakan teknik tangkap gambar CLOSE UP. Macam mana rupa gambar CLOSE UP ni?

Ni contoh gambar CLOSE UP untuk biskut raya..

biskut raya close up

Dah settle tangkap gambar? Buat pula ayat post iklan..

Ini contoh post iklan yang simple untuk produk makanan Ikan Bakar;

IKAN BAKAR SECUKUP RASA TERBAIK DARI LADANG! NYUM NYUM..!

Kami menyediakan menu ikan bakar yang sudah dirasai oleh ratusan rakyat Malaysia.

Mereka memang sangat BERPUAS HATI dengan ikan bakar kami! Lihat apa kata mereka -> [TESTIMONI PELANGGAN]

Datanglah ke kedai kami untuk rasainya..

[ALAMAT PREMIS]

Sebarang pertanyaan, boleh wassap ke –> 017-XXX XXXX

ikan bakar sedap

Lepas dah siapkan fanpage, fikirkan strategi bagaimana nak promosikan produk/premis anda. Ni saya kongsikan 3 cara untuk promosikan produk makanan dan bagaimana nak tarik audiens dari Facebook beli dari anda secara offline..

1) Produk Makanan Ada Premis

Cara ini sesuai untuk anda yang ada buka bazar dan restoran.

Produk Makanan Ada Premis

Dalam fanpage anda, berikan alamat lengkap, sediakan banner dan bunting di premis anda. Pastikan design yang digunakan sama dengan design di fanpage.

Pilih siapa audiens anda, dalam contoh ini.. saya target pada audiens yang masih belajar dan tinggal di sekitar Shah Alam.

Dalam setting Fbads, sasarkan iklan anda pada audiens student universiti. Target student yang berumur antara 25 hingga 35 tahun. Jantina saya pilih wanita sahaja, sebab wanita je yang rajin pergi shopping makanan.

location

Letak di bahagian interest, Universiti Kuala Lumpur, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan lain-lain.

interest universiti

Pilih placement mobile, bajet boleh letak RM15 sehari.. cukup la tu.

2) Produk makanan margin lebih RM20

Untuk produk yang margin untungnya lebih RM20, anda boleh gunakan postage untuk hantar produk makanan anda ke seluruh Malaysia. Mudah je kerja anda, hanya perlu ambil order secara online dan post dari rumah sahaja.

Cuma syaratnya, produk yang dijual mestilah TAHAN LAMA dan pembungkusannya perlulah KEMAS. Bungkus pakai bubble wrap, lagi cantik kalau siap bungkus dalam kotak..

Bagaimana nak setting Fbads untuk produk begini? Saya beri contoh;

Anda nak jual pada audiens seluruh Malaysia dan guna postage.

Untuk pemilihan audiens, anda target pada Wanita yang berumur antara 25 hingga 35 tahun.

Untuk bahagian Interest pula, anda boleh masukkan interest yang berkaitan resepi seperti kongsi resepi, kongsi resepi masakan dan my resepi.

Pilih mobile placement, daily budget boleh letak RM15.

Produk makanan margin lebih RM20

3) Produk makanan margin bawah RM20

Untuk produk yang margin untungnya bawah RM20, anda perlu fokuskan iklan pada kawasan yang spesifik. Sasarkan iklan pada penduduk di sekitar kawasan anda. Anda boleh buka kedai depan rumah dan buat postage sekali. Anda boleh juga pasang agen-agen di kawasan sekitar untuk mudahkan lagi kerja-kerja pemasaran.

Contohnya;

Anda target jual hanya di sekitar kawasan anda sahaja.

Jika anda berniaga di Shah Alam, pilih di bahagian location tu Shah Alam.

Pilih jantina Lelaki dan Wanita, berumur 25 hingga 35 tahun.

Pilih mobile placement, letak bajet sehari RM15.

Interest juga boleh pilih yang berkaitan resepi..

Produk makanan margin bawah RM20

Produk yang margin untungnya rendah, anda jangan jual dalam bentuk kuantiti.. susah nak buat postage atau COD nanti. Untuk mudah proses penghantaran, anda perlu jual dalam bentuk pakej.

Buat Pakej A, Pakej B dan Pakej C. Setiap pakej ni, berikan offer dan harga yang berbeza.. kira untung untuk setiap pakej tersebut.

Disebabkan margin untung yang rendah, anda perlu kenakan kos postage pada pelanggan. Jangan tanggung kos postage, takde untung anda nanti. Takpun, anda juga boleh hantar terus pada pelanggan jika mereka memilih untuk COD.

Nak buat COD, mestilah berdekatan dengan kawasan sekitar anda. Jangan buat COD jauh-jauh pula, habis duit untuk minyak je nanti.

..

Inilah antara cara yang boleh anda gunakan, banyak lagi cara yang boleh digunakan untuk promosikan produk makanan anda di bulan Ramadhan. Saya beri contoh mudah sahaja, selebihnya anda boleh test sendiri..

Harap artikel ini membantu.

Similar Posts

6 Comments

  1. Salam tuan Jamal..saya nak minta pendapat, boleh tak kalau saya buat macam ni?
    Saya cadang nak buat servis promote bisnes pemilik bisnes offline dengan fb ads dalam fanpages saya untuk satu2 kawasan?

    Cara saya akan buat macam ni.
    1- Bina fanpage untuk penduduk daerah saya
    2- Lancarkan FB Ads untuk tarik sejauh 70 km penduduk daerah saya untuk like fanpage ni
    3- Mula bina engagement bersama mereka
    4- Mula buat servis pengiklanan untuk boost post kepada mana2 pemilik bisnes offline dalam daerah sy dalam fanpage sy ni..

    Adakah tuan rasa idea ni berbaloi ke tidak?
    Atau mereka sendiri boleh jer buat fb ads sendiri untuk bisnes diorang?

Leave a Reply to Noorzuraini ibrahim. Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *