MACAM MANA NAK WIN DALAM PRICE WAR & BUAT PROFIT BESAR?
Dunia bisnes semakin sengit! Dengan masalah ekonomi dunia, harga barang dah naik, yang buatkan customer semakin berkira-kira untuk membeli produk.
Sebab itulah, ada founder terpaksa main harga murah, sampai takde untung!
Korang mesti tahu betapa stress dan susahnya nak survive dalam price war ni. Betul tak?
Semua bisnes nak letak harga yang murah! Jika kita tak berhati-hati, kita boleh terjebak dalam permainan harga yang boleh merosakkan bisnes kita.
Kenapa price war ni berlaku?
Biasanya, sebab produk pesaing hampir sama dengan produk yang kita jual.
Jadi, bila semua bisnes main harga, customer akan terpengaruh, dan diorang akan pilih yang paling murah, kan?
Kalau kita teruskan game macam ni, sales kita boleh merosot dan bisnes kita mungkin tak boleh bertahan lama.
Itulah sebabnya, kita kena cari cara untuk keluar dari perang harga, dan buat untung besar dalam bisnes kita.
Nak tahu macam mana nak keluar daripada price war ni? Teruskan baca..
1. Tingkatkan Value Produk
Ramai founder terjerumus dalam price war sebab diorang tak nampak keunikan dan value produk diorang.
Nak tambah value tu, kita kena fikir apa yang pelanggan nak dan cari cara untuk beri lebih dari yang diorang harapkan.
Contohnya, kalau kita jual baju, bukan sekadar jual baju biasa.
Kita boleh tambah nilai dengan memberi jaminan kualiti, rekaan yang unik, atau perkhidmatan pelanggan yang terbaik.
Kalau tak tahu apa keperluan diorang, macam mana nak bagi produk yang diorang suka, betul tak?
- Jadi, kumpulkan maklumat keperluan pelanggan.
- Buat survey, dengar feedback, dan selidik pasaran.
Bila dah tahu apa yang pelanggan nak, korang kena offer produk atau servis yang memenuhi keperluan tu.
Produk yang berguna dan memberi manfaat pada pelanggan akan jadi lebih berharga.
Jadi, fikirkan cara macam mana boleh buat produk yang lebih baik daripada yang lain.
Produk juga perlulah berkualiti.
Kalau pelanggan tahu produk korang memang tiptop, diorang lebih senang nak bayar harga yang lebih tinggi.
Kita juga kena cari value yang lebih spesifik. Apa maksudnya?
Contohnya, kalau kita jual produk kesihatan, jangan jual kepada semua orang.
Fokus pada sesuatu yang lebih spesifik, contohnya produk untuk golongan yang berumur atau golongan yang memerlukan penjagaan kesihatan khas.
Selain daripada produk, customer support juga penting.
Balas pertanyaan dan aduan pelanggan dengan cepat.
Bantu selesaikan masalah customer. Cuba dengar pandangan diorang, dan buat perubahan kalau perlu.
Pelanggan yang puas hati dengan servis kita akan rasa lebih dihargai.
Kita juga boleh tambah extra value atau added value pada produk kita.
Contoh mudah, beri diskaun istimewa untuk pelanggan tetap atau hadiah percuma untuk pembelian tertentu.
Dengan ini, kita boleh tawarkan lebih daripada saingan tanpa perlu menurunkan harga.
2. Ubah Game & Strategy Bisnes
Nak keluar daripada price war, kita kena ubah game plan bisnes kita.
Maksudnya, kita perlu tukar kepada target market yang baru.
Bila kita tukar target market, kita boleh fokus pada keperluan dan kehendak pelanggan yang berbeza.
Contohnya, kalau kita asalnya menjual produk untuk kanak-kanak, kita boleh tukar sasaran kepada pasaran dewasa dan ubah rekaan produk kita.
Kita perlu faham mengapa perlu mengubah strategi.
- Adakah pasaran telah berubah? Adakah pesaing semakin kuat?
- Adakah produk atau perkhidmatan kita perlu disesuaikan dengan keperluan pelanggan yang berubah?
Dengan cara ini, kita dapat merangka strategi yang lebih berkesan.
Kita juga perlu kumpulkan maklumat tentang trend-trend terkini, apa yang pelanggan cari, dan apa yang pesaing kita lakukan.
Ini akan membantu kita membuat keputusan yang lebih bijak dalam mengubah strategi bisnes.
Kalau perlu, ubah produk kita supaya lebih relevan dengan pasaran.
Kita boleh buat product development yang baru.
Produk yang berbeza untuk pasaran yang berbeza.
Mungkin kita perlu menambah ciri-ciri baru, meningkatkan kualiti, atau memberi lebih nilai kepada pelanggan.
3. Kuatkan Brand Positioning Bisnes
Satu lagi strategi yang penting, ialah bina brand positioning yang strong.
Apa yang membezakan brand kita dengan brand yang lain di pasaran?
Kita kena tumpukan kepada keunikan dan nilai yang kita tawarkan.
Korang kena kenalpasti apa yang buatkan brand korang unik.
- Apa yang korang tawarkan yang tak ada pada pesaing-pesaing korang?
- Mungkin korang ada ciri-ciri istimewa, kualiti yang terbaik, atau harga yang berpatutan.
Korang perlu pilih target market yang paling sesuai dengan brand korang.
- Siapa yang korang nak jual produk korang?
- Orang muda, ibu bapa, golongan profesional?
Bila korang tahu siapa yang korang target, korang boleh buat pemasaran yang lebih berkesan.
Korang perlu ada logo dan visual yang kuat!
Pastikan logo korang mudah dikenali, dan warna serta rekaan grafik mencerminkan value brand korang.
Bila orang nampak logo korang, mereka terus ingat brand korang.
Setiap brand ada story tersendiri. Brand story ni boleh jadi asal usul brand, value yang korang offer, atau pencapaian hebat brand korang.
Ini dapat membantu bina relationship yang kuat, antara customer dengan brand korang.
Korang kena tahu apa yang pesaing-pesaing korang buat.
Apa yang mereka tawarkan, cara mereka berkomunikasi dengan pelanggan, dan strategi pemasaran mereka.
Jadi, korang boleh buat perubahan dalam brand positioning korang supaya lebih menonjol.
Korang kena sentiasa improve untuk grow brand korang.
Korang perlu buat kajian pasaran, dengar feedback pelanggan, dan sentiasa mencari cara untuk memperbaiki brand positioning bisnes korang.
Belajar sesuatu?
Bila korang ubah berjaya ubah strategi dan game plan untuk price war, customer akan lebih tertarik kepada brand korang.
Korang boleh menjual produk dengan harga yang lebih tinggi, dan lebih untung.
Yang paling penting,
Strategi ini bukan sahaja dapat bantu korang keluar daripada perang harga, tapi juga membuka peluang baru yang lebih besar pada masa depan.
Korang akan lebih kukuh dalam pasaran, dan brand korang akan jadi lebih kuat
Jadi, mana satu pilihan korang?
Teruskan guna strategy price war, atau ambil langkah berani untuk berhenti main harga, dan menang dalam persaingan?
Buat pilihan berdasarkan data, dan strategy bisnes korang.
Jangan ikut-ikut bisnes orang lain. Faham?
Bab price war memang sakit. lelagi ada tiktok ni. tenat juga
Price war sekarang memang mencabar