NAK TAHU BAGAIMANA PUKAU CUSTOMER BELI PRODUK ANDA, TANPA PERLU DIPAKSA?
Korang dah ready nak tahu? Terbaik! Tapi sebelum itu, korang wajib FAHAM 3 BENDA NI DULU!
Yang pertama adalah jenis audience..
Ada audience akan MENCARI SOLUTION untuk selesaikan masalah mereka, keputusannya 2 je.. Jumpa solution atau tidak..
Ada lagi jenis yang MENUNGGU SOLUTION, atau pun memang TAK AWARE tentang masalah mereka..
Tugas kita nak reach audience macam ni agak mencabar, tapi ada caranya. Nanti saya share..
Ok seterusnya…
FAHAM BAB PLATFORM PLAK! Lain plaftform, lain audience. Format konten berbeza. Cara audien hadam konten juga berbeza. Kita perlu study dulu..
Ketiga.. KAJI AUDIENCE yang kita nak target. Contohnya, range UMUR target audience, platform mereka selalu ‘LEPAK’, dari segi INTEREST pun boleh kaji.. Kalau dah kaji, confirm kita tahu platform mana nak fokus dulu..
Orait, persoalan sekarang ni, macam mana nak tarik perhatian audience ini supaya membeli produk kita?
Teruskan bacaan kalau korang nak tahu…
#1: VIDEO “REVIEW”
First sekali, ada customer membeli selepas terpengaruh dengan video Q&A atau video review produk..
Contoh, video jawab soalan sambil bagi tips macam tu, kalau korang bijak ‘selit’ produk secara SOFTSELL, audience takkan sedar yang mereka tengah menonton video review yang sebenar-benarnya..
“VIDEO LAIN TAK BOLEH KE?”
Mestilah boleh… Nak buat video bagi TIPS saje2 pun boleh, video TUTORIAL, DEMO, LIVE semua boleh. Cuma korang kena tahu cara yang betul untuk SOFTSELL..
Tapi korang kena fikir, siapa nak buat video2 ni? Ada ke audience nak tengok nanti?
Sebab tu kalau nak lebih laju, kita kena ada support dari point ke-2 ni…
#2: INFLUENCER / PERSONAL BRANDING
Kalau kita takde audiens, kita boleh PINJAM audience orang lain.. Kalau korang ada Personal Branding lain la citer.. Kalau takde, kita ‘pinjam’ je fans / followers Influencer..
Tapi jangan main amik je influencer sebelum dikaji..
Cuba check 3 kriteria Influencer yang korang patut cari..
- Influencer kena RELATED dengan bisnes (Jantina, umur, Interest, Audiens, Platform)
- Influencer yang PROFESSIONAL dalam kerja dia (Jaga ENGAGEMENT dengan audience, boleh FOLLOW SYARAT yang ditetapkan, Get the job DONE)
- Influencer yang KREATIF dalam pembikinan content (Boleh di advice oleh founder)
Tapi apa pun, benda ni melibatkan kos.. So, please be careful dengan keputusan yang bakal kita buat nanti..
#3: TINGKATKAN AWARENESS
Awareness ni maksud mudahnya, buat orang nampak berulang-ulang kali.. Lets say, kita dah ada point #1 & #2..
Selain cipta awareness dengan post organik di PAGE Influencer, Brand atau Personal Brand, kita juga boleh tambah booster dengan 2 benda ni..
- Wujudkan CONTEST ‘Share & Win’ dengan menggunakan video Influencer tadi.. Syaratnya, kena SHARE POSTING VIDEO INFLUENCER TADI..
- Run ADVERTISING kat page Brand, Personal branding dan Influencer sekaligus.. Orang bukak IG, nampak kita. Bukak FB, nampak kita.. Pendek cerita, semua tempat ada kita. Barulah POWER!!
Ok, cukup la sampai sini dulu. Nanti saya share lagi dalam post akan datang.
Cuba korang guna dulu tips kat atas ni. Insha’Allah, ini pun dah boleh buatkan bisnes korang huru hara. Semoga bermanfaat!
Terima kasih, saya dah mula bina personal branding untuk bisnes saya.