|

5 SEBAB KENAPA CUSTOMER TAK NAK BELI PRODUK ANDA, WALAUPUN HARGA LEBIH MURAH DARIPADA PESAING

“Pelik betul la, kenapa takde orang beli produk aku ni!? Dah bagi harga murah ni..” .. Nak tau kenapa? Cuba check balik.. macam mana cara korang menjual, apa korang dah buat, sampai customer takut nak beli produk korang..

Bukan korang je ada masalah ni, ada ramai lagi seller yang pening kepala sebab masalah yang sama. Mereka dah guna macam2 strategi marketing, teknik close sales paling terkini.. tapi, masih gagal generate sales yang tinggi. Hanya cukup2 makan je.

Lagi kesian, mereka tak tahu apa puncanya..

Okay, jom sama2 kita tengok apa kesilapan yang biasa seller2 ni buat, sehingga customer lari jauh daripada mereka, dan tak akan kembali lagi…

1. HARDSELL

Orang suka membeli, tapi tak suka penjual. Kalau kita asyik push, kejar, memburu customer.. mereka akan cabut lari! Jadi, kita jangan la jadi penjual yang pentingkan diri sendiri. Jadi la seorang konsultan yang mampu analisis masalah customer!

Kita perlu fokus bagaimana nak bantu mereka! Tanya apa masalah mereka, dan apa yang mereka perlukan. Kemudian, kita berikan spesifik solution.

Jadilah penasihat, bukannya jurujual yang memaksa. Ubah role dan mindset je. Nanti lihatlah, sales korang akan melonjak naik!

2. LACK OF PRODUCT KNOWLEDGE

Nak menjual produk, kita kena ada ilmu tentang produk tu. Kena kenal produk, kenal siapa yang perlukan produk. Kalau takde semua ni, bila customer tanya, macam mana nak jawab. Customer tak percaya, jadi macam mana mereka nak beli.

Ambil masa study dulu produk. Senaraikan benefit, features dan usp produk. Fahamkan, kalau boleh cuba try dulu. Jadi seorang yang expert, baru la customer percaya dan lebih mudah nak close sales!

3. UNFRIENDLY CUSTOMER SUPPORT

Ni paling bahaya! Siapa suka seller yang tak friendly. Nak berniaga, kena la mesra pelanggan. Bukannya bila customer tanya, kita jawap sepatah je, sebab malas nak layan. Tu kurang ajar namanya!

Ada customer jenis sensitif, ada jenis baran. Kita silap sikit, mereka viralkan terus. Tak pasal2 nampak teruk reputasi brand kita.

Patutnya, kita perlu ada sikap empati, respek, dan bina hubungan baik dengan customer. Macam ni, baru la customer datang berkali2!

4. POOR CUSTOMER SERVICE

Kalau gagal part ni, bisnes kita pasti tutup awal! Bila support hancur, nak contact pun susah, whatsapp tak balas, call tak angkat.. akhirnya, customer cabut lari ke seller lain.

Macam mana cara nak pujuk customer beli? Kita kena bantu mereka dulu. After-sales support kena jaga. Kita boleh berikan guarantee, training, coupon code, feedback form dan banyak lagi! Barulah customer rasa dihargai.

5. BREAK A PROMISE

Ni dah macam scammer! Mungkir janji! Customer dah bayar, tapi barang tak hantar! Janji 2-3 hari barang dapat, ni lepas sebulan baru nak hantar barang! Macam ni, memang susah nak dapat repeat customer.

Kalau ada apa2 masalah, kita kena update customer, bincang baik2. Jangan senyap je, sampai buat customer tertunggu2. Bila isu ni dah lama, nanti mereka akan mengamuk dan viralkan bisnes kita sebagai scammer. Nak ke?

So, inilah 5 kesilapan yang kita kena elak, supaya dapat menarik lebih ramai customer membeli produk kita! Bukan tu je, ianya juga akan meningkatkan lagi sales dan profit bisnes kita.

Kalau korang ada buat kesilapan ni, sila improve dan baiki secepat mungkin ya!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *