PENING DENGAN TEAM YANG TAK MAMPU CAPAI TARGET SALES, APA FOUNDER PERLU BUAT?
Inilah masalah yang sering dihadapi oleh leader! Tak tahu macam mana nak push team untuk capai target sales. Sebab itulah kita perlu train team!
Antara punca kenapa team kita tak mampu capai target kerana:
- Kurang Skill Menjual: Ramai team kita tak ada kemahiran jualan yang kukuh. Diorang tak tahu macam mana nak approach customer dengan efektif atau pitch produk dengan baik.
. - Kurang Product Knowledge: Kalau diorang punya pasukan tak paham produk dengan baik, dorang susah nak jual. Pengetahuan yang terhad tentang produk boleh jadi penghalang besar.
. - Communication fail: Komunikasi dalam team tak lancar pun boleh jadi penyebab masalah. Mungkin ada salah faham atau tak selari dalam strategi jualan.
. - Team Bertukar Ganti: Kalau team selalu berubah dengan ramai pekerja baru datang dan pergi, proses latihan mungkin terjejas. Training yang berterusan jadi susah.
Kalau tak selesaikan masalah ni, apa akibatnya? Boleh jadi:
- Rugi Bisnes: Kalau target tak capai, bisnes makin merosot.
- Stress: Team mungkin jadi pressure, tension dan kurang keyakinan diri.
- Customer Lari: Customer mungkin pindah kepada pesaing kalau tak puas hati.
- Reputasi Terjejas: Reputasi bisnes boleh terjejas kalau tak capai target berterusan.
- Masalah Financial: Pendapatan boleh tak stabil dan susah nak merancang perbelanjaan.
Masalah ni serius dan mempengaruhi banyak benda! Jadi, saya akan kongsi cara-cara dan tips macam mana train team kita supaya diorang boleh capai target sales dengan lebih berkesan!
#1: Kenal Karakter Team Kita
Sebelum kita start training team, kita kena kenal diorang dulu. Macam mana nak train diorang kalau kita tak kenal diorang lagi, kan?
Bila kita kenal diorang, kita boleh buat training yang lebih efektif.
Kita tahu macam mana diorang belajar, apa yang diorang perlukan, dan cara terbaik nak motivate diorang.
Jadi, jom saya share caranya…
1. Buat Sesi Meeting: Buatlah satu sesi khas berjumpa secara personal dengan team, untuk kenal pasti personaliti diorang.
Duduk dan dengar apa diorang nak cerita.
Ini bukan masa nak suruh diorang bekerja, tapi masa untuk kenal diorang sebagai individu. Tanya tentang minat, pengalaman diorang dalam sales, dan apa impian dalam kerjaya.
Buat diorang rasa selesa nak bercakap.
2. Kenalpasti Kelemahan dan Kelebihan Team: Setiap orang ada kelebihan dan kelemahan masing2.
Ada yang hebat bercakap dengan pelanggan, tapi tak reti nak handle dokumen.
Ada yang pandai bernegosiasi, tapi tak berapa suka buat cold call.
Ada yang mungkin pandai sangat berbual, tapi tak berapa pandai dengan teknikal jualan.
Ada yang mungkin agak pemalu tapi sangat tekun.
Kenal pasti apa yang mereka boleh contribute dalam team
3. Buat Aktiviti Luar Office Hour: Cara lain nak kenal diorang adalah pergi outing, team-building, atau aktiviti sukan bersama.
Ini boleh buat pasukan jadi lebih selesa bekerjasama.
Aktiviti macam ni boleh tunjukkan personaliti dorang dalam situasi yang berbeza-beza.
Ok, ini langkah pertama.Jangan skip!
Sebab bila kita dah betul2 kenal diorang, kita boleh train dengan teknik yang lebih berkesan.
#2: Latihan Close Sales Yang Konsisten
Ni langkah penting! Kita perlu train team skill menjual dengan lebih efektif!
Sebab kalau diorang tak kuasai asas jualan, macam mana nak tarik lebih ramai customer?
Jom kita tengok cara-cara nak latih diorang jadi salesman!
1. Kuasai Product Knowledge: Yang paling asas, pastikan team kita faham produk yang kita jual.
Bukan setakat tahu nama je, tapi apa kelebihan, faedah, manfaat, ciri-ciri dan masalah yang ada dalam produk kita.
Kalau diorang tak faham, macam mana dorang nak jual dengan yakin?
Macam mana nak explain kat pelanggan? Betul tak?
2. Teknik Closing Pelanggan: Ni penting, macam mana nak ‘close’ jualan dengan berkesan.
Bagi tahu dorang macam mana nak berbual dengan pelanggan.
Dengar apa yang pelanggan nak, tanya soalan yang betul, dan tunjukkan minat dalam masalah dorang.
Ini boleh buat pelanggan rasa dorang dihargai.
Ajar dorang macam mana nak cerita pasal produk tu dengan penuh keyakinan.
Contoh, kalau korang jual telefon pintar, korang boleh ajar dorang macam mana nak highlight kelebihan telefon tu.
3. Cara Handle Objection: Kalau ada pelanggan yang tak setuju atau ada bantahan, dorang kena tahu macam mana nak handle.
Ajar dorang cara-cara untuk menjawab bantahan dengan bijak dan memujuk pelanggan.
Dengar apa masalah dorang, berikan penyelesaian yang sesuai.
Banyakkan tanya soalan dan mendengar, dan cari penyelesaian yang sesuai.
Itulah cara nak latih kemahiran jualan asas dalam team kita! Ingat, tak ada siapa yang jadi hebat dalam satu malam.
Keep practicing and learning, dan satu hari, diorang akan jadi jurujual yang power!
#3: Analisis dan Kaji Data Jualan
Data ni adalah rahsia dalaman bisnes kita!
Kalau kita pandai analisis data, kita boleh buat keputusan yang bijak dan kreatif untuk tingkatkan lagi prestasi jualan kita.
Jadi, jom kita belajar macam mana nak buat benda ni!
1. Kumpul Data Yang Betul: Kita kena pastikan data yang kita kumpul tu berkualiti.
Bukan setakat kumpul data je, tapi pastikan data tu tepat, lengkap, dan relevan.
Kalau tak, buat apa kita ada data yang tak guna?
Ni termasuklah data jualan harian, bulanan, atau tahunan.. data pelanggan, data prestasi team, semua tu penting.
Kalau kita tak kumpul data, macam mana nak tahu apa yang patut kita perbaiki?
2. Kenal Pasti Trend: Bila kita tengok data, kita kena kenal pasti trend.
Contohnya, mungkin ada bulan-bulan tertentu jualan naik, dan bulan-bulan lain jualan turun.
Kenapa? Ada faktor apa yang mempengaruhi?
Mungkin ada musim tertentu di mana jualan naik, atau produk tertentu yang selalu jadi pilihan pelanggan.
Buat dalam bentuk graf jualan bulanan atau carta ‘pie’ untuk tunjukkan peratusan jualan mengikut produk, supaya data ini lebih mudah difahami dan bantu kita buat keputusan dengan lebih bijak.
3. Buat Pelan Tindakan: Lepas kita dah analisis data dengan teliti, buatlah pelan tindakan.
Apa langkah yang kita nak ambil untuk perbaiki prestasi jualan?
Mungkin perlu perbaiki strategi pemasaran atau ubah taktik jualan.
Mungkin kita perlu tukar cara promosi atau fokus pada produk yang lebih mendatangkan keuntungan.
Kita boleh cuba buat forecast jualan. Ini boleh membantu kita merancang persediaan dan strategi jualan untuk masa depan.
Data akan memberi petunjuk bila kita perlu ubah strategi.
Dengan data yang tepat, boleh bantu team kita buat decision yang tepat untuk menarik lebih ramai lagi customer!
#4: Tingkatkan Kreativiti Team
Kalau team kita tak kreatif, bisnes kita boleh ketinggalan daripada pesaing.
Bisnes kita akan stuck di level yang sama je.
Macam mana nak bagi team kita jadi lebih kreatif?
1. Galakkan Idea Baru: Kita kena galakkan pasukan kita untuk keluarkan idea-idea baru.
Bagilah dorang ruang untuk berkongsi idea dan jangan takut nak cuba benda-benda baru.
Buat sesi ‘brainstorming’ yang produktif.
Ia boleh jadi waktu di mana team korang berkumpul, duduk bersama.. selesaikan satu masalah atau tugas, dan bagi peluang semua orang berkongsi idea.
2. Biar Mereka Bereksperimen: Kalau nak team kita jadi lebih kreatif, biarkan diorang bereksperimen.
Boleh kata, ‘try and error’ ni adalah guru yang terbaik.
Biar team kita cuba, dan kalau gagal, diorang boleh belajar dari kesilapan tu.
Jangan jatuhkan semangat diorang kalau eksperimen tak berjaya.
Proses eksperimen memerlukan kesabaran.
3. Sumber Inspirasi: Nak dapatkan idea-idea segar, team kita kena cari sumber inspirasi.
Tak kira di mana kita, inspirasi boleh datang dari pelbagai tempat.
Banyakkan membaca dan mencari sumber kreativiti, inovasi, atau berkenaan industri kita.
Kalau ada peluang, hantar team kita pergi ke seminar atau konferens yang berkaitan dengan industri kita.
Biasanya, ada banyak ilmu dan idea segar yang boleh diambil dari sana.
Pantau trend dalam industri kita. Apa yang orang lain buat? Apa yang pelanggan cari?
Ini boleh jadi panduan untuk team kita mencipta idea baru.
Faham? Lepas ni, team kita boleh buka pintu untuk idea-idea yang fresh untuk bantu tingkatkan lagi jualan bisnes korang!
#5: Jaga dan Reward Customer
Nak bisnes sustain dan kekal lama untuk jangka masa panjang?
Kita wajib ajar team kita macam mana jaga customer sedia ada, supaya diorang kekal setia dengan bisnes kita!
Diorang inilah aset terbesar bisnes kita!
Jadi, apa yang kita perlu buat?
1. Customer Support: Train team kita supaya layan customer dengan baik, hormat diorang, dan selesaikan masalah diorang dengan pantas.
Kalau pelanggan rasa dihargai, diorang akan sentiasa kembali.
Dengar keluhan, keperluan, dan kritikan diorang.
Ini boleh bantu team kita buat penambahbaikan.
2. Loyalty Program: Team kita perlu apa yang cara yang boleh buatkan customer lebih loyal membeli produk kita.
Contohnya, minta team kita berikan reward atau point untuk setiap pembelian customer yang boleh ditukar dengan diskaun atau barangan percuma.
Lagi satu, berikan akses awal kepada produk baru.
3. Customer Feedback: Kita perlu ambil berat untuk setiap maklum balas daripada customer.
Team kita perlu buat soal selidik atau tanya secara langsung tentang pengalaman dorang dengan bisnes kita.
Ini boleh bantu kita tahu apa yang perlu diperbaiki.
Ingatkan team kita ni sampai bila2, customer yang setia adalah aset yang paling berharga dalam bisnes kita!
Harap Perkongsian Ini Dapat Bantu Team Korang!
Apa yang akan jadi, selepas korang berjaya train team dengan latihan yang cukup?
Insha’Allah.. korang boleh naikkan lagi jualan!
Customer akan lebih puas hati dan setia.
Paling penting, bisnes korang boleh bergerak lebih laju dan jauh daripada pesaing!
Jadi, jangan malas untuk terus konsisten train team korang.
Saya doakan korang boleh capai target sales untuk tahun 2023 ni!
Dunia bisnes sentiasa berubah, teknologi baru akan sentiasa muncul, persaingan akan menjadi lebih sengit, dan customer akan terus mencari yang terbaik!
Jadi kita juga perlu upgrade team, terus berinovasi.. supaya diorang boleh bawa bisnes kita ke tahap yang lebih tinggi!