Tutorial Cara Bina Iklan Video di Facebook
Anda guna Facebook Ads?
Pernah cuba promosikan video anda menggunakan Facebook Ads?
Dalam artikel ini, saya akan tunjukkan anda cara bina iklan video Facebook menggunakan Advert Manager dan Power Editor.
Cara Bina Iklan Video Guna ‘Advert Manager’
1) Log in ke ‘Advert Manager‘, klik butang ‘Create Advert‘
2) Kemudian, pilih ‘Get Video Views‘
3) Pilih fanpage yang anda mahu gunakan untuk promosikan video anda
4) Sekarang, buat ‘Campaign‘. Masukkan nama ‘Campaign‘, pilih sasaran audien anda seperti lokasi, interest, jantina dan umur. Setkan juga ‘Budget‘ anda.
5) Kemudian, upload video anda. Format video yang disyorkan adalah .MOV, saiz maksimum 1 GB, 720p resolution dan aspect ratio sekurang-kurangnya 16:9.
6) Selepas anda berjaya upload video tersebut, jangan lupa masukkan ‘Text‘ dan letak ‘Call to Action‘
7) Akhir sekali, klik butang ‘Place Order‘
Cara Bina Iklan Video Guna ‘Power Editor’
Bina iklan video menggunakan Power Editor agak kompleks berbanding guna Advert Manager, tetapi ia lebih mudah digunakan jika anda banyak buat iklan untuk split test.
1) Log in ke ‘Advert Manager‘ dan masuk ke ‘Power Editor‘
2) Klik butang ‘Download to Power Editor‘
3) Klik butang ‘Create Campaign‘, masukkan nama ‘Campaign‘, pilih ‘Video Views‘ pada ‘Objective‘
4) Klik ‘Advert Set‘ dan pilih ‘Create Advert Set‘, pilih ‘Campaign‘ yang telah anda buat, namakan ‘Advert Set‘ anda. Setkan ‘Budget‘, ‘Audience‘ dan ‘Placement‘ untuk iklan anda
5) Klik ‘Adverts‘ dan pilih ‘Create Advert‘
6) Masukkan ‘Text‘ dan upload video anda, pilih ‘Call to Action’. Kemudian, klik butang ‘Upload Change’ di bahagian atas…
Selesai tutorial cara bina iklan untuk promosikan video anda menggunakan Facebook Ads.
Semoga berjaya!
Salam tuan Jamal,
Terima kasih kerana berkongsikan tip yang hebat ini. Saya nak tanya, sekarang ni semakin ramai orang menggunakan fb ads.
Adakah ia akan menjejaskan jumlah view iklan kita di newsfeed target audien kita?
ye tuan, skrg ni pengiklan sdg bersaing utk dptkan views di newsfeed
salam tuan saya ad buat pengiklanan d fb . pihak fb ada menyatakan bahawa payment da complete .tp saya belum bayar lagi dan pihak fb langsung x potong duit sy kat maybank . kad say kad debit . boleh sifu bagi pncerahan . saya first time buat pengiklanan..
boleh tgk bahagian setting ad manager.. letak kad baru
Terima kasih atas tutorial ni. Memang kena dengan masa, hari ni saya baru nak cuba buat iklan jenis video ni.
sama2, kalau boleh hasilnya kongsikan di fanpage ye
Terima kasih sifu Jamal…dengan perkongsi ILMU yang sangat best ini…
sama-sama tuan, saya akan cuba bagi yang terbaik
Terbaik sifu