Tutorial Cara Pembayaran Iklan Guna Perbankan Internet

Tutorial Cara Pembayaran Iklan Guna Perbankan Internet

Pernah tak anda ada masalah tak dapat nak buat pembayaran iklan dengan menggunakan kad debit/kredit?

Kalau pernah, apa kata anda gunakan pula pembayaran iklan menggunakan Perbankan Internet/Prepaid. Ia lebih mudah nak dilakukan berbanding menggunakan kad debit/kredit yang selalu bermasalah untuk buat pembayaran.

Itu berita baik. Berita buruknya adalah cara ini hanya boleh digunakan oleh akaun FB yang belum pernah buat iklan. Kalau anda dah pernah buat iklan sebelum ini, tak dapat lah gunakan cara ini.

“Saya nak buat jugak! Ada cara lain tak?”

Nak buat jugak? Boleh… tapi, anda kena buat akaun FB baru la. Tu je caranya.

Ok, sekarang saya nak tunjukkan tutorial bagaimana caranya nak lakukannya…

Masuk ke Ads Manager, kemudian klik pada menu Billing. Nanti akan keluar paparan seperti ini…

1

Pilih Perbankan Internet (pilih salah satu je, lepas tu cara pembayaran ini tak boleh diubah), klik Continue

2

Tick pada kotak tu, kemudian klik butang Use Manual Payments..

Sekarang, letakkan berapa ringgit yang anda ingin masukkan ke dalam akaun FB ADS anda. Klik Review Payment.

3

Klik Make Payment..

4

Pilih Bank yang anda ingin gunakan untuk buat pembayaran. Letakkan juga alamat emel dan no. telefon anda di ruangan yang disediakan..

5

Klik butang Buy. Nanti akan keluar Pop Up untuk ke website bank. Jika anda bayar guna CIMB Bank, anda akan dibawa ke website CIMB Clicks. Jika anda bayar guna Maybank, anda akan dibawa ke website Maybank2u. Sama juga dengan bank yang lain.

Begitu je caranya. Selepas selesai je pembayaran, duit tersebut akan TRANSFER ke akaun FB ADS anda.

Jadi, bagaimana proses pembayaran berlaku?

Apabila anda dah buat iklan, dan iklan tersebut dah berjalan. Duit tersebut akan automatik ditolak mengikut kos iklan yang anda dah jalankan.

Dan apabila duit tersebut dah habis digunakan, iklan anda akan PAUSE secara automatik. Lebih selamat dan dapat elakkan kita dari BAZIR duit kerana terlupa tutup iklan.

Bagus juga guna cara pembayaran ini, kan? Tapi, ada juga keburukkannya…

“Huh.. ada juga keburukkannya ke?”

Well, takde benda yang perfect dalam dunia ini. Setiap benda pasti ada kelebihan dan kekurangannya.

Apa kelemahan cara bayaran jenis ini?

Kelemahannya, jika akaun FB ADS kita kena FLAGGED, duit yang ada dalam akaun tersebut akan burn..

Jadi, anda janganlah TOP UP banyak duit dalam akaun tu. Maksimum, letaklah bawah RM300. Nak lebih selamat, kalau akaun anda masih baru, letak bawah RM100 je dah cukup. Kalau kena flagged pun, takde la rugi sangat.

Okay, setakat itu sahaja. Harap tutorial ini dapat bantu selesaikan masalah pembayaran iklan anda. All the best!

Similar Posts

130 Comments

  1. Salam sifu nak tanya kenapa x dpt buat pymt utk acct FB Ads saya?Duit debited dari account tapi pymt x masuk dlm account FB ads…Kenapa ya?dh call bank…bank ckp saya kena buat report ke pada merchant Fb ads…sebelum ni x pernah ada masalah pun..nak buat mcm mana ya?

      1. salam bos..sy da try tukar kad bank debit yang lain..tapi still xtolak lagi..skarang masalah sy nk boost post sy xboleh..lama da..adei

    1. Salam encik saya dh klik ads manger pas tu billing dn dia xkeluar pun payment method mcm yg kt tutorial yg en.tunjk tu..ke kne save no card dulu bru keluar pymnt method..kalau mcm sy xada krdt card.pkai debit card blh tk ye

  2. Salam sifu .sy Ada guna Fb ads.masaalah skrg Ada bayaran tak ditolak Dari debit card.so bila nk boost page takboleh lah .kena tunggu Fb tolak duit bayaran Fb ads yg lama tu dulu .tapi lambat pulak dia tolak.nk kata takde duit dlm akaun saya.ada je.cukup jeknp eh?

  3. Salam sifu.nak tanya,Fb ads saya dah dpt notification account saya dah settle payment,tp dlm beberapa minit fb ckp unsettled payment plk.padahal sblm tu dia dah ckp payment have been charged..knp erh?ada solusi x?

        1. MM – bulan
          YYYY – tahun
          ( yg atas ni , semua ada pd hadapan kad bank ada)
          CVV – kod unik belakang kad bank anda . Ada 3 digit .

  4. Salam sifu,saya baru baca2 ttg fbads,,nak tya,,bayaran pling murah brapa tuk fbads,n jika saya amek pling murah,tuk bulan depan boleh tukar x bayaran jika sy nk naikan harga,insyalah sy akn ke seminar fbads,sbb sy xtau ttg fbads

  5. As Salam Tuan, Ada cara ke utk bayar promo ads ni tanpa melibatkan duit sendiri (utk company – biasanya saya byr dl, claim kemudian)?

    1. Salam sifu .saya dah buat pilihan perbankan internet & dah buat pilihan bank. Keluar “One moment”. lama saya tunggu tapi tak ada keluar apa apa step dah. apa yang perlu saya buat. dah buat account baru pun still sama.

  6. dlm acc fb ada duit tp still xleh nak promote page atau boost add sbb tulis situ my acc is deactivated. add pymnt method tuk active kan..mksdnya kena tmbah duit lagi ka dlm fb acc tu? berapa minimumperlu ada dlm fb acc? terima kasih

    1. Salam sifu bads.. nak tanya.. skarg page saya dah kena flagged. FB kate sy ade utang drpd adv yg lepas Yang sudah complement. Duit ade je dlm akaun TP belom dipotong. Berapa lama nak setel? Serabut ni xbole nak buat iklan dah 4 hari ni…

      1. tu kena tanya fb. kalau dah kena flagged, biasanya mmg amek masa. sbb nk tggu fb reply mesej kita tu lama. paling mudah, buka akaun fb baru je.

  7. Assalam tuan..saya dah buat internet banking..dan dh start run 3 hari..tp sbb engagement xcantik..so sy stop..balance payment tu still boleh guna ke

  8. assalam.. nak tanye, kalau kita guna debit card then kita xde buat apa2 ads lepas payment pertama, ada apa2 charge or bayaran yg akan ditolak secara automatik or x?

  9. Salam sifu. Now sy cuba buat cara perbankan ni tp tak keluar pop up bank semua tu. Saya nak run ads harini. Guna Big Prepaid boleh tak? Tapi cuak pulak if guna Big Prepaid if tak dapat & dlm masa sama dah tak boleh tukar ke perbankan. dah tak larat nak bukak akaun baru.

  10. Salam nak tanya…ads sy dah terpost n berjalan….tpi duit dia xtolak pon…kenapa ye?tgk kat akaun m2u masih sama baki

  11. Salam..
    Sy nk tny.. Kenapa ye fb ads sy x bole buat payment guna kad debit tiba2? Sy dh cuba byk kali try..tp x bole

  12. Salam sifu ads nak tanye, apa kah patut saya buat saya tak dapat nak boots iklan fb ads saya beberapa hari ini saya guna kaedah debit ada hutang untuk iklan yg lepas belum settle bila try payment kad still ditolak ..tukar kad lain pun sama menyesal aku guna debit ..

  13. salam. sangat bermanfaat. baru nk mula. alhamdulillah x salah langkah. byk yg sy tgok ada mslh kalau pakai debit card ni. nasib ada cara yg lebih mudahn selamat. tq team sifufbads

  14. Nak tanya kalau saya nak transfer duit dekat ads fb saya ke acc lain boleh ke tak? mcm mana cara nya?
    saya tersalah masuk duit

  15. saya da try…sampai ke perbankan internet je..lps tu x boleh next..macam mana saya nak buat payment?

  16. Salam sifu . tumpang tanya kalau ads kita tak tutup tapi nak buat bayaran melalui debit card tak boleh . so apa solutionnya ya ?

    and lagi satu , boleh ke kalau kita guna debit card bank yang sama tapi guna fb lain and payment method saya gunakan perbankan internet ? dia accept atau tidak ?

  17. Terima kasih Tuan, puas lah ingat ada masalah dengan sistem ke apa, rupanya baru teringat mungkin pernah guna cara payment perbankan internet tu sekali..patut lah tak lepas2, memang perbankan internet tu dia bagi sekali guna je kah masa mula2 buat ads?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *