2 “Golden Key” Yang Buatkan Brader Ini Upkan Salesnya Selepas…
Sebelum tu, jom sy perkenalkan tuan punya badan. Brader ni, nama beliau Amir Bin Michael. Dah berkeluarga, berasal dari Tawau. Berhijrah dari Sabah pada tahun 1999. Sekarang, brader ni tinggal kat area Bukit Subang.
Ok, Jom baca lagi…
Lepas sampai ke KL, macam2 keje brader Amir buat. Macam2 company dia keje. Duduk KL, mana nk cukupkan stakat makan gaji? Walaupun masa tu still bujang, sakit jugak bila dah tengah2 bulan. So, nak tak nak, kena cara sumber alternative.
“TAK BOLEH CMNI. BUJANG BOLEHLA LG. KANG KALAU DAH KAWEN, AKU NK BG ANAK BINI MAKAN APA?”
Fikir punya fikir, brader Amir decide utk meniaga. So, dipendekkan cerita, beliau start meniaga perfume. Masa tu, meniaga perfume reject je. Masa mula2 start, mana main online atau fesbuk marketing ni. Memang perah tenaga.
Mula-mula start dgn meniaga kt pasar malam je. Masa tu meniaga kt pasar malam Bukit Subang. Boleh kata mmg susah betul perfume nak laku. Yelah, barang mahal. Nama je reject, tapi terpaksa letak harga mahal. Sape nk beli? Baik diorg beli kt butik. Lagi diorg percaya, kan? Kalau ada pun, regular customer yg pernah beli je.
Tak lama lepas tu, dapat peluang meniaga kat Uptown. Siang keje company, malam meniaga sendiri kat Uptown. Time ni, uptown still baru, so mmg ramaila orang meniaga.
“PENATNYA MASA TU, ALLAH JE YG TAU. DAHLA SIANG KENA KEJE. MALAM PLAK MENIAGA SMPAI 2-3 PAGI. ESOK MASUK KEJE BALIK.”
Walaupun meniaga smpai 2-3 pagi, tapi hasil still ciput. Sales bulanan masa tu dlm 15 botol je. Kadang2, nk bayar sewa tapak pun x lepas. Memang betul2 buang tenaga, buang masa. Memang nk give up dah rasa masa tu… Selama 2 tahun, sales maintain cmtu je. Ingatkan, meniaga ni nak topup sket duit belanja. Sudahnya, tahun 2005 behenti meniaga. Tak sanggup dah. Smua stok perfume masa tu simpan bawah katil je.
Sampailah pada tahun 2006, brader Amir start meniaga semula. Masa tu x main retail sangat sebab dah mula meniaga online, guna blog je.. Fesbuk pun baru lg. Masa tu, brader Amir punya angan2 nak ada bisnes dan kedai sendiri. Dia start dgn 13 botol, rolling punya rolling, Alhamdulillah, dapatlah jual sehingga 100 botol sebulan. Masa tu still bkerja makan gaji lg. feeling time tu, mmg syok betul. Walaupun baru lg dlm online marketing, main belasah je, tp dapat buat sales byk tu, mmg bangga… Time tu mana ada fikir nak g carik ilmu meniaga, mentor smua. Sebab rasa boleh buat sendiri. Buang duit je g kelas ke, seminar smua ni.
Hasil dari jualan tetiap bulan tu, brader Amir kumpul. Pada tahun 2012, Alhamdulillah, dapat setup sebuah kedai sendiri. Mmg cita2 dulu tu kira dah tercapailah. Mmg semua cun, Cuma ada satu masalah…OVERHEAD MAKIN TINGGI… Nak tak nak, mmg kena rekrut lbh ramai online ejen. Smua ejen mmg kena pulun utk kejar sales. Margin untung dah semakin kecil, tapi keje makin banyak, MAKIN PENING!!
So, time ni dia dah start fikir, apa nk kena buat.. Dia WAJIB carik alternative lain utk tingkatkan sales. Dah ade fesbuk, apa lg meniagalah kat fesbuklah! Xde teknik, xde strategi. Buat post kt page, memang HARDSELL sesaje. Xde soft sell langsung. Kt fb personal pun sama. Kengkawan pun naik menyampah asyik ‘menjual’ je kt fesbuk. Sampailah pada satu hari di tahun 2014, Brader Amir terjumpa pasal Sifufbad kt fesbuk.
“WHY NOT AKU TRY FOLLOW?”
Dari detik tu, mcm2 info pasal online marketing dia dapat. Strategi, tips, teknik dan memacam lagilah. Masa tu lah, baru sedar, “BANYAK YG SALAH RUPANYA CARA AKU NI.” Serba serbi kena repair. So, slow slow brader Amir betulkan cara marketing dia kt fesbuk.
Tak nak pikir panjang, 2015 join seminar dan mentoring dgn Sifufbads. Start daripada itulah, byk tips, suggestion, marketing startegi yg dia dari Sifufbads. Alhamdulillah! Sales mmg byk perubahan.. Cuma satu je lg cabaran time tu, sales xboleh ‘PERGI’ JAUH, STAGNANT dan MAINTAIN tahap tu je. Sebab apa stagnant :
(-) SEBAB PERSAINGAN TINGGI.
(-) SEBAB NAMA JE REJECT, TAPI MAHAL.
(-) SEBAB SUSAH DPT STOK YG BETUL2 BERKUALITI.
Masalah ni mmg betul2 bikin brader Amir ‘serabut peruk’! Time mengadap Sifufbads, dia dinasihatkan utk keluarkan brand sendiri.. BIAR BENAR?? Tetibe je suruh buat brand baru!
Fikir punya fikir, tenung punya tenung, bincang punya bincang, akhirnya… Brader Amir ckp dlm hati.. “OK XPE, AKU SAHUT CABARAN SIFU… BILA LAGI NK BUAT BIG MOVE KALAU BUKAN SEKARANG”.
So bermulalah episod baru dalam bisnes brader Amir pada tahun 2016, perfume baru dikeluarkan atas brand Lataku. Brand baru ni mmg brader Amir pulun betul2. Nak tau tak? Perfume atas nama brand ni ;
…Walaupun baru,
…Walaupun ‘inspired’ dr perfume femes kt luar sana,
…Walaupun x sampai 4 bulan
…Dah dapat generate 50K tau?
Macamana brader Amir boleh geneate sales byk tu dlm masa yg singkat? Dia kata, selain dari gunakan ejen, ada 2 KUNCI UTAMA yg dibuat utk LETUPKAN brand Lataku :
1. CONSISTENT BRANDING
Dalam apa2 perniagaan sekalipun, konsisten branding sesangatlah penting. Kalau di Sifufbads, consistent branding tmasuklah like marketing bterusan, page post, dan teknik Hantu. Kena sentiasa berjalan, kena sentiasa buat. Bila nak buat kat fans sendiri ataupun suspect, tu smua terpulang pada strategi. Yg terbaik adalah pada fans sendiri.
Kenapa fans sendiri? Sbb… fans sendiri dah kenal dengan kita, dah follow brand kita. Walaupun mereka belum pernah jadi customer lg, tp mereka dah acknowledge sape kita. Berbanding kalau org luar yg xpernah dengar pasal kita, kan susah nk menjual? Dari kajian, menjual kepada org yg dah kenal sape kita, lebih mudah berbanding jual pada ‘orang luar’. X caya? Ce try…
Bila makin kerap prospek lihat iklan atau posting kita, mesti diorg akan start nk discover pasal produk kita.. MESTI PUNYALAH! Kena pulak ada feedback yg baik2 dia jumpa di page kita, insyaAllah diorg akan terjebak dapatkan produk kita. Time tu, mmg senang je lah nak close sale..
2. TESTIMONY CUSTOMER
Produk bagus cemane sekalipun, kalau xde testimony, KOMFEM xlaku. Yelah, cemana nak laku? Xde bukti yg produk kita tu berkesan. So, org pun takut nk cuba atau beli. Tak caya? Ok.. Ce jenjalan kt pasar malam, ada 4 buah kedai yg jual char kuay teow, tp xtau mana satu yg sedap. Cemane nk pilih? Mesti anda akan berhenti dan beli di kedai yg ramai org kan? Kenapa tak pergi je kat kedai yg kurang orang? Sebab… anda TAK YAKIN! Orang ramai kt kedai tu, menggambarkan masakan kt kedai tu sedap.. Setuju?
That’s why, konsep yg sama juga kena digunapakai dlm online marketing, especially fb ads marketing.
“PRODUK BARU MANA NK DAPAT TESTIMONI SIFU!”
Dah tau xde, kenalah dapatkan jugak.. hehe..
Cemane nk dapatkan? Senang je.. bagi sample kt adik beradik, jiran, kengkawan, opismate.. Suruh diorg try.. Pastu nt mintak whatsapp feedback diorg.. Kalau boleh, suruh diorg selpie sekali… Dah dapat feedback diorg, simpan..
Nanti time ada prospek yg dah minat tu contact, bagi diorg baca testimony.., tunjuklah bukti pengguna yg berpuas hati dgn produk kita. Lepas tu, kena sentiasa update testimony terbaru dari pelanggan. Testimony ni juga wajib provide kpd ejen.. mudah keje diorg nak close sale.
So, agak2 korang, branding dah consistent, testimony dah banyak, orang dah ramai trust, senang tak nak buat sales?
Pada sy, InsyaAllah, 2 ’golden key’ ni kalau dah ada, anda senang buat sales, boleh jimat masa banyak, boleh target lebih lagi.
Amacam? Dapat something? Ce share…
Assalam Sifufbads, saya ingin menuntut ilmu dengan Sifufbads untuk memajukan lagi perniagaan saya. Saya harap dapat bimbingan dari Sifufbads. Tq