STRUGGLE NAK DEVELOP TEAM UNTUK KEMBANGKAN LAGI BISNES ANDA?
Sabar! Bangunkan bisnes mungkin senang, tapi bangunkan manusia kena ada banyak kesabaran!
“Nak bangunkan tim ni, memang struggle. Nak bagi tim kita ni dengar kata, nak all out bersama kita. Penat sifu!”
“Kita mungkin laju, tapi belum tentu tim kita laju.. Kadang2 kita laju sorang2 je.”
“Kita bagi diorang gaji cukup, bonus, bagi hadiah.. buat aktiviti.. Raikan tim kita, tapi tetap kata tak cukup..”
Hah! Ini biasa tak berlaku? Its normal.. Normal kalau kita ni baru membangun.. Bila grow, cabaran terbesar adalah datang dari TEAM..
“Team saya hauk! Dah la tim saya tu curi duit company, lepas tu burukkan saya!” – sorang founder fashion mengadu.
“Harap saya je viral! Suh team buat marketing, buat content, tak jalan! Segala2 nya saya buat! Streesss!!” – Founder f&b.
“Tim saya asik demand aje! Tak cukup2! Gaji tinggi, elaun, tapi kerja dah malas, asik ngular, kuat komplen!”– founder biskut mayat.
SABAR..
SABAR..
SABAR..
Memang kita kena bersabar dgn membangunkan tim kita ni.
Diorang tak align lagi dengan kita tu.. Kita punya leadership pun tak strong lagi tu..
5 tips saya..
#1. Jelaskan kepada tim, apa perjuangan kita.
Apa why kita. Dan, apa pula perjuangan dia, why dia.. Give them CLARITY! AND VISIONARY..
Ini bukan sahaja pasal KPIs, tapi pasal visi dan misi kita sebagai team.
Leader perlu explain kepada team, kenapa kita buat bisnes ni.
- Cerita serba sedikit mengenai cabaran yang kita lalui.
- Kongsikan jatuh bangun kita.
- Ceritakan macam mana kita bangun balik.
Bila diorang tau, diorang akan faham yang impian yang kita nak capai, ada cabaran dan ianya tak mudah!
Masukkan juga elemen syukur dan positif dalam kisah kita.
Bila kita positif, diorang pun akan jadi positif.
Buka ruang untuk diorang berkongsi pengalaman juga.
Tanya, apa diorang rasa dalam team ni.
Ada tak cabaran yang diorang rasa kita tak perasan?
Kita pun boleh belajar dari pengalaman diorang.
Berkongsi cerita bukan sahaja buat kita lebih dekat, tapi juga boleh improve teamwork. Connection dengan team akan terjalin lebih kuat.
Bila diorang rasa connection tu, semangat diorang akan meningkat.
Dorang akan faham yang kita ni satu team yang sama, nak capai matlamat besar.
Bila team kita faham perjuangan kita, mereka akan jadi lebih komited, dan semangat untuk bersama-sama mengharungi cabaran.
#2. Kita as a leader, adalah role model kepada team.
Apa yang dia boleh ikut kita? Yang dia respek kita? Yang buat dia mengidolakan kita?
Jangan jadi leader yang bagi arahan saja. Leader juga kena bagi contoh yang baik.
Nak jadi leader juga kena bersedia terima kritikan.
Sebagai manusia, kita ada kelebihan dan kelemahan.
Jadi, jangan risau kalau ada buat silap.
Jangan tutup kesalahan kita bila buat kesilapan.
- Kalau ada team yang bagi feedback negatif, jangan terus marah.
- Dengar, faham, dan buat yang terbaik untuk improve.
- Bila kita bersedia terima kritikan, team akan rasa lebih selesa nak approach kita.
Ini dapat buatkan diorang akan lebih connect dan respek kita.
Jadilah pendengar yang baik.
Bila kita mendengar, kita akan dapat fahami perasaan diorang.
Jadi leader bukan bermaksud semua kena ikut cara kita.
Kalau ada idea yang bagus dari team, bagi support lah.
Kalau tak setuju, bagitau je sebabnya.
Kita perlu bina environment dan attitude yang positif dalam team kita.
Jangan biarkan aura negatif menguasai diri kita.
- Bila kita positif, diorang pun akan rasa semangat nak buat kerja.
- Jadi la leader yang supportive. Support team kita bila diorang ada masalah.
Jangan la jadi leader yang tak ambil peduli, bila team kita ada issue kerja.
Cuba bantu diorang, berikan idea macam mana nak selesaikannya.
Satu lagi…
Leader juga perlu ada visi dan misi. Kongsikan kepada team kita.
Bagitau diorang apa yang kita nak capai sebagai team.
Kalau kita ada misi dan visi yang jelas, bukan sahaja diorang boleh follow, tapi kita pun boleh guide diorang ke arah yang betul.
#3. Bagaimana kita boleh pengaruhi tim kita?
Dengan inspirasi? Motivasi? Aspirasi? Emosi? Of course cara kita komunikasi, sangat mempengaruhi..
Jadi la leader yang problem solver, yang cari solution.
- Team akan nampak kita sebagai leader yang reliable dan berpengalaman.
- Kalau diorang ada masalah, jadi leader yang boleh memberi nasihat dan motivasi.
Ini dapat menguatkan lagi personal connection dengan team kita.
Personal connection ni penting, untuk mempengaruhi team kita.
Sebagai leader, kita kena tunjuk contoh yang baik dalam kerja, dalam attitude, dalam segala-galanya.
Bila kita jadi contoh yang baik, diorang juga akan ikut.
Bukan semua idea kena datang dari leader.
Beri ruang untuk team berkreativiti.
Diorang akan rasa lebih confident nak berkongsi idea.
Bila kita nak influence team, jangan sampai overload kerja diorang.
Kita perlu tahu limit masing-masing.
Kalau kita tahu expertise diorang, kita boleh assign tugas yang sesuai dengan keupayaan masing-masing.
Dengan cara ini, diorang akan lebih bersedia untuk ikut arahan kita.
#4. Latih, coaching, bimbing diorang sentiasa..
Dari segi skill sampai la kepada mindset, kerohaniannya.. Supaya diorang ni maju, sentiasa berinisitif, sentiasa allout..
Setiap orang ada kekuatan dan kelemahan masing-masing.
Jangan anggap semua team kita sama.
Kita kena tahu setiap kekuatan dan kekurangan individu.
Bila kita kenal diorang, kita boleh atur latihan yang sesuai dengan keperluan masing-masing.
Ini dapat bantu develop skill diorang.
Misi kita ialah nak naikkan lagi level dan improve skill diorang.
Team kita kena train setiap hari secara konsisten!
Jangan hanya suruh buat, tanpa beri pemahaman sebelum diorang mulakan kerja.
Kita kena bagi diorang faham idea dan konsep dalam sesuatu kerja tu.
Bukan hanya ikut arahan je. Bukan sekadar suruh ikut step.
Barulah hasil kerja diorang lebih luar biasa, dan capai level yang kita nak.
- Leader pun kena upgrade ilmu. Dulu punya knowledge mungkin dah outdated.
- Jadi, kita juga perlu update knowledge, supaya kita boleh ajar benda yang terkini.
Bila kita bagi ilmu terkini, team kita pun akan lebih up-to-date, dan dapat bekerja dengan lebih efektif.
Dalam leadership, kita kena tahu goal individu dalam team.
Sebab setiap team ada role masing-masing.
Kalau nak diorang perform, kita kena tahu apa yang diorang nak achieve dalam team ni untuk long term.
Jadi, cubalah tanya diorang punya goal, dan support diorang untuk capai goal tu.
#5. Permudahkan & percepatkan urusan kerja team.
Dengan sistem.. Flow.. guideline.. arahan.. ORANG YANG BAGUS PON JADI TAK BAGUS, BILA TIADA SISTEM!
Gunakan teknologi untuk permudahkan urusan.
Bila urusan kerja jadi mudah, team pun lebih laju buat kerja.
Bila bagi kerja, set clear expectations. Bagitahu apa yang diharapkan, berapa lama nak siap, dan apa output yang diinginkan.
Bila expectations clear, urusan kerja akan berjalan lancar.
Pastikan kita create supportive environment dalam office.
Kalau ada masalah, buat meeting atau discussion untuk cari solution.
Bila diorang rasa environment supportive, diorang akan lebih produktif buat kerja.
Beri peluang untuk team kita upskill diri.
Training and upskilling ni penting untuk kekalkan relevancy dalam industri.
Kurangkan meetings yang tak penting. Kalau boleh settle dalam satu email atau chat, baik buat macam tu je.
Tak payah la nak penuhkan schedule dengan meeting yang berjam-jam.
Kalau nak buat meeting, kita hanya fokus pada perkara penting saja.
Bila team nampak meeting efisien, diorang akan rasa tak membazir masa dan lagi semangat nak teruskan kerja.
Kalau nak team buat kerja lebih efisien, simplify je proses kerja.
Bila proses kerja dah simple, diorang akan faham apa yang kena buat.
Lagi simple, lagi senang diorang nak deliver hasil kerja yang impactful.
- Bila kita nak permudahkan urusan kerja, perlu ada matlamat yang jelas.
- Bila team faham matlamat kita, diorang akan buat kerja dengan lebih laju.
Kita juga kena mudahkan proses dalam decision making.
Jangan terlalu banyak melibatkan pihak-pihak yang tak perlu.
Bila kita senang buat decision, urusan kerja pun akan jadi lebih pantas.
Okay, dapat sesuatu tak?
Kita nak bangunkan team bukan sekadar untuk performance harini, tapi untuk sustainable dan long term bisnes.
Jangan jadi leader yang hanya pandai bagi arahan, tapi jadi leader yang guide, support, dan inspire team korang untuk jadi lebih hebat setiap hari.
Bila korang dapat jadi leader yang mampu bina team yang hebat, bisnes korang juga dapat berkembang dengan lebih laju!
Korang tak nak team masih stuck dalam level yang sama, jadi korang kena la plan nak bawa diorang ke level seterusnya, supaya bisnes korang juga mampu upgrade ke level yang lebih tinggi!
Leader yang bagus dapat bina team yang produktif, inovatif, dan bekerjasama.
boleh develop utk kebaikan team
terima kasih sekarang dah tahu nak develop team.
boleh tgk artikel ini juga Nak tahu tentang scrub badan
development yang baik boleh dibuat ni doktor