INILAH FAKTOR UTAMA, YANG BOLEH PUSH CUSTOMER BELI PRODUK ANDA SECARA ONLINE
Zaman sekarang, orang ramai dah semakin selesa membeli secara online, di Shopee, Tiktok, Lazada, Website, App..
Jadi sebagai usahawan, kita wajib promosikan bisnes kita di platform online.
Kalau tak, kita akan ditinggalkan oleh pesaing yang lebih laju ke depan!
Tapi, persaingan untuk tarik perhatian pelanggan memang sengit.
Customer semakin banyak pilihan, dan semuanya hanya di hujung jari je.
- Jadi, kita kena faham apa yang buat orang tertarik untuk beli produk kita.
- Apa yang membuat pelanggan memilih untuk membeli produk kita?
- Apa yang membuatkan produk kita menonjol dan akhirnya, ‘mencuri’ hati pelanggan?
Dalam post ni, saya nak share 3 faktor untuk menarik customer membeli produk kita secara online..
#1. Offer
Siapa yang tak suka barang murah, kan? Tawaran istimewa, promosi hebat, dan diskaun yang menarik memang paling berkesan untuk menarik perhatian pelanggan.
Contohnya, “Beli 1 Percuma 1” atau “Diskaun 50% untuk pembelian pertama”. Ini bukan sahaja menarik pelanggan baru, tapi juga menggalakkan pembelian berulang. Pastikan tawaran kita tu unik dan susah untuk ditolak!
Macam mana nak buat supaya ia berkesan?
Sebelum kita lancarkan apa-apa promosi, kita kena tahu dulu apa yang kita nak promosikan.
Adakah ia produk baru? Atau kita nak clear stok lama? Setiap jenis produk atau servis memerlukan strategi promosi yang berbeza.
Ada banyak jenis tawaran: diskaun peratus, beli 1 percuma 1, cashback, dan banyak lagi. Pilih jenis tawaran yang paling sesuai dengan matlamat kita dan yang paling menarik bagi target pelanggan kita.
Contoh: Bayangkan kita ada kedai baju online. Kita nak promosikan koleksi baju raya. Kita boleh buat tawaran “Diskaun 20% untuk 100 Pembeli Pertama”.
Kita set promosi dua minggu sebelum raya, dan kita guna influencer untuk sebarkan berita. Kita monitor setiap hari, dan kita perasan pada hari ke-5, respons agak kurang.
Kita tambah satu lagi tawaran: “Setiap pembelian baju raya, dapatkan voucher RM10 untuk pembelian seterusnya”. Dan teruskan promosi itu sampai habis tempoh yang ditetapkan.
Promosi yang baik adalah yang ada had masa. Ini akan cipta rasa urgensi dan galakkan pelanggan untuk bertindak cepat.
Tentukan bila mula dan bila tamat, dan pastikan ia cukup lama supaya pelanggan sempat bertindak, tapi jangan terlalu lama sampai mereka lupa.
Gunakan semua marketing channel yang ada: media sosial, email, website, dan lain-lain.
- Pastikan mesej promosi kita jelas dan menarik.
- Gunakan grafik yang menarik dan copywriting yang persuasif.
- Pastikan proses pembelian mudah dan lancar untuk pelanggan.
Ini termasuklah memastikan website atau apps kita mudah digunakan, proses pembayaran selamat, dan pelanggan mendapat maklum balas segera selepas membuat pembelian.
Contohnya, penjual boleh menyediakan pelbagai pilihan pembayaran seperti kad kredit, debit, atau e-wallet, dan menghantar emel pengesahan sebaik sahaja pembelian dibuat.
Promosi yang berjaya bukan sahaja tentang memberi diskaun.
Ia tentang memahami pelanggan, menawarkan nilai yang betul, dan mengkomunikasikan tawaran kita dengan cara yang menarik.
Ingat, setiap langkah dalam proses ini penting dan saling berkaitan.
Kita bukan sahaja dapat menarik pelanggan untuk membeli, tapi juga membina hubungan jangka panjang dengan mereka.
#2. Review
Selalunya bila kita nak beli sesuatu secara online, kita confirm tengok rating / review terlebih dahulu..
Why kita tengok dulu?
Kita takut ditipu! (Faktor experience sebelum ni.. e.g. kualiti, results, layanan)
Kita takut barang lambat sampai! (kalau banyak komen kata lambat, kita akan cari option lain)
Benda ni mudah je solutionnya..
- Kita kena pastikan produk / servis kita ada value..
- Kalau kata berkesan, betul2 ada bukti dan results.
- Kalau kata sedap, pastikan sedap!
- Kalau kata guna material premium, kena betul2 ada kualiti premium tu…
Bukan pada produk / servis kita je.. Tapi juga pada layanan, customer servis tu pun kena tiptop!
Kalau customer dapat rasa VALUE yang kita bagi, mesti diorang akan bagi feedback dan review yg bagus tanpa disuruh..
Korang faham ke ni?
INGAT! Benda ni bukan je boleh ada kat e-commerce dan website, kat social media pun ada..
- Kita boleh wujudkan satu kategori kt Instagram Highlights yang kumpulkan semua feedback / gambar before/after / review dalam tu..
- Kita boleh post gambar ootd customer pakai produk kita kt fb, ig ataupun telegram. (jangan clichè, be unik)
- Kita boleh buat catalog atau portfolio yg menunjukkan hasil2 kerja sebelum ni.. Siapa yg pernah jadi Client.. Award / Kelayakan / Certificate yg ada..
Semua ini adalah aset berharga untuk bisnes kita.
Ia bukan sahaja membantu pelanggan membuat keputusan yang lebih baik, tapi juga membantu kita sebagai usahawan untuk terus berkembang dan improve bisnes kita!
#3. Presentation
Presentation ada banyak.. Contohnya gambar, video, character, konsep, tema & banyak lagi..
Kita cuba sentuh beberapa contoh maksud presentation ni…
Contohnya..
Kita selalu ada experience macam ni bila pergi kedai makan..
Isunya bila tengok menu..
Nama menu dah unik, bunyi dah international, harga pun boleh tahan mahal.. Tapi takde gambar…
Kita tak boleh imagine makanan tu macam mana.. Kalau ada gambar, kita boleh buat keputusan based on nampak sedap.. Nampak menarik… nampak 5 star…
Selain tu, kat Foodpanda / Grabfood, kenapa ada kedai yang menu-nya ada gambar tapi ada yang takde?
Padahal gambar/video boleh menjadi faktor orang membeli.. Ke tak?
Contoh lain..
Kita buat servis Jahit Langsir… Target audiens kita adalah golongan kayangan.. yang high-end.. yang confirm rumah besar & tingkap banyak
Apa yang kita boleh buat, gunakan gambar dan video yang professional, shooting pun dalam rumah banglo, baru relevan..
Untuk tunjuk kualiti material plak, yang confirm kena premium sebab target golongan kayangan. Selalunya golongan macam ni lebih pentingkan kualiti, duit jadi no 2..
So, kita boleh guna video2 moment ketika pilih material yang nak digunakan..
- Video close up sampai orang nampak texture kain tu., ‘feel’ premium tu..
- Maybe material yang digunakan ada cerificate, so tunjukkan bukti..
Bila presentation kita terbaik, kita lebih mudah nak grab attention targeted audiens yang kita nak dan sekaligus drive to sales!
Ianya bukan je dapat meningkatkan sales, tapi juga membina brand identity yang kuat.
Pelanggan yang nak membeli online tak dapat sentuh atau merasai produk kita. Jadi kita perlu buatkan mereka ‘merasai’ melalui presentation yang luar biasa!
Harap korang belajar sesuatu…
Jadi, ingat tau, bila kita nak tarik pelanggan, kita kena mainkan 3 faktor ni dengan bijak dan kreatif.
Macam chef yang pandai gabungkan rempah-ratus, kita pun kena pandai gabungkan offer, review, dan presentation produk untuk hasilkan ‘masakan’ yang sedap mata memandang dan pelanggan tak sabar nak rasa.
Bila korang dapat kuasa 3 faktor ni, bisnes korang berpotensi untuk luaskan pasaran dan naikkan jualan berganda2!