1,000 Fans VS 1,000,000 Followers?

5 SEBAB WAJIB TAHU KENAPA BRAND KORG PERLU BINA FANS! 

 

Baik newbie ataupun ‘otai’ korg WAJIB ada fan base korg sendiri. Brand korg akan ada banyak advantage bila ada fan base. Fans korg akan sentiasa meriahkan socmed korg dengan ‘the impact of real people’..  Kredibiliti pada brand korg pun akan tinggi. Orang mudah tertarik dengan brand korg bila korg ada fans yg ramai. Sales korg pun takkan kecewa bila ada fans yang ramai.

 

Bagi yg newbie lagi, binalah fans korg. Jadikan bina fans ni misi utama korg. Korg tak perlukan ramai pun, untuk permulaan korg set target nak ada 200 fans jer dulu. Korg akan nampak perubahan kat sales number korg nanti.

 

Persepsi pada bisnes korg sendiri pun akan berubah. Korg akan nampak, sebenarnya senang cara nak grow-kan bisnes korg. 

 

Korg kena tahu apa 5 sebab korg kena fokus pada bina fans, bukannya followers..

 

#1 Numbers

“1,000 Vs 1,000,000”. Walaupun beza besar pada ‘numbers’ nya, tapi korg kne faham.. setiap satu fans korg tu ada purchasing power. Kalau korg jual produk bernilai RM50, dengan 1,000 fans korg akan dapat RM50,000 sales. 

 

Daripada 1000 followers belum tentu ada 10 orang yg akan membeli.  

 

#2 Engagement

Yang membezakan fans dan followers korg adalah pada engagement-nya.. fans korg akan sentiasa aktif dekat ruangan komen korg tu. Fans yg akan bagi korg engagement yg tinggi.

 

Bila engagement korg tinggi, otomatik profile korg ni ‘appear’ dekat explore. So, brand awareness korg pun akan meningkat. Dari fans jugak korg bole nampak followers korg pun mula meningkat. 

 

So skrg da tau kan? Nak tambah followers, binalah fan base korg cepat2!

 

#3 Marketing Effectiveness

Kelebihan fans utk brand korg ni, fans korg dah kenal brand korg. Fans akan sentiasa ikut perkembangan brand korg.. Apa sahaja marketing yg kog buat, fans korg akan terus tangkap mesej yg korg nak sampaikan.

 

Sbg contoh, adanya 1000 fans ni, let say korg nak buat permission marketing sbb korg nk kluakan product extension baru.. fans korg ni la yg akan memudahkan lagi strategi marketing korg nnt. 

 

Kalau tak percaya, cubalah announce nak bagi produk free kat socmed korg. Tgk bpe ramai fans korg komen ‘nak’.. Ini semua terbukti tau.. Ada produk owner ni, ada 2000 lebih followers dia.. Bila dia buat permission marketing ni, tak sampai 30 pun yg komen ‘nak’. Sedih kan? 

 

#4 Purchasing Power

Setiap satu fans korg tu, kompem ada purchasing power (kalau tak, tu bukan lah fans). Jadi tak gunalah kalau korg terkejar2 nak tambah followers. Puchasing power korg takkan tinggi kalau fan base korg rendah. Muktamad!

 

Kalau korg nak buat sales target, senang bila korg ada fans ni. Target yg korg letak senang nak capai bila numbers tu korg ada. Letak sales target dan bergantung pada followers ni lebih berisiko. Sbb dlm followers susah kalau korg nak estimate berapa ramai yg akan membeli. (Ni tips cemaner nak buat sales target ni!)

 

#5 Free Marketing

Yes! Fans korg ni adalah free marketing korg! Sbb brand korg ni akan jadi topic ‘membawang’ tau.. Mcm lah korg tak pernah dengar orang cakap ;

 

“Eh, korg tau tak [brand] ada kluar [produk] baru?” 

“Kau dah tengok tak [produk] dia?”

“Aku dah beli dah [produk] baru dia”

 

Fans korg lah yg akan bawa brand korg audiens2 yg jauh dari ‘reach’ korg. Fans korg jugak yg akan tingkatkan lagi brand awareness korg. 

 

Korg dah fahamkan cemaner 1,000 Fans lebih power dari 1,000,000 Followers?

 

So, korg nak tahu ke cemaner nak bina fans? Komen ‘nak’ kat bawah ye..

SILA KONGSIKAN PENDAPAT ANDA DI BAWAH..

  1. Faisal Badry says:

    Huhuhu… Baru nampak kenapa kita kena tarik banyak fans atau follower. Selama ni dok fikir fans dgn follower ni tak penting. Tapi lepas baca artikel ni saya nampak fans dan follower ni dari sudut yang lain pulak. Syukur alhamdulillah dibuka kan mata untuk tahu pasal benda ni. Perkongsian yang baik dan bermanfaat!

  2. fadziliny marita says:

    nak

Leave a Reply to Elina Batalkan borang respon

Program @ Sifubad

28/11/2020
Marketing From Zero 2.0
Virtual Online

31/05/2020
Marketing from Zero
Online Webinar

25/04/2020
The Foundr 5.0
Online Webinar

Follow Instagram @sifubad

No images found!
Try some other hashtag or username
NAK LAJU BISNES 2.0
NAK LAJU BISNES 2.0
Adakah anda usahawan yang nak laju, maju & nak buat comeback 2021 ini? Dapatkan new formula untuk bisnes anda disini!

SAYA NAK, SIFU!