Berhenti Kerja Buka Butik…

Mohamad Hafiz

Harini saya nak kongsikan lagi kisah inspirasi student Sifufbads..

Seorang lelaki graduan UKM yang terus cari kerja lepas habis belajar.. dapat la kerja dengan syarikat besar. Hari2 kerja dah macam robot.. keluar pagi, balik malam. Memang penat GILER kalau hari2 macam tu! Sambil kerja sambil buat bisnes pulak tu..!

Akhirnya, beliau buat keputusan untuk berhenti kerja sebab dah tension sangat kerja, nasib baik ada bini tolong buat bisnes. Ada la sikit sumber pendapatan..

Dalam keadaaan bisnes yang belum stabil, kerja pun takde.. macam2 la masalah yang datang…

Ok, saya tak nak citer panjang2 lagi..

Kalau anda nak tahu kisah selanjutnya, boleh teruskan baca…

Kalau malas, tak payah baca!

Ditulis sendiri oleh beliau…

” Assalamualaikum,

Nama saya Mohamad Hafiz, anak kelahiran tanjung karang.

Saya graduan dari UKM, lepas belajar terus cari kerja dan selepas beberapa kerja freelance dan part time. Berpuluh2 interview akhirnya saya dapatlah bekerja di syarikat Samsung Eletronik Malaysia, maka seronoklah saya masa tu dapat kerja executive di syarikat yg sangat ternama.

Hari demi hari berlalu… kehidupan harus diteruskan seperti biasa, saya pon berkahwin dengan gadis pilihan hati.

Satu hari tu isteri saya merungut sbb boring duk sorang2 kat rumah.

Al-maklumlah kerja cikgu, pukul 2 dah ada di rumah. Saya plak masuk keje pukul 8.00 pagi dan balik 9.00 malam. Serius xde life.

So, saya cadangkan pada wife untuk berniaga online. Masa tu, baru pertengahan 2011, masih awal, perniagaan kami berjalan lancar.

Maklum la… masa tu mane ade saingan sangat. Tak pakai fb ads pon boleh buat sales record RM1-2k sehari, sambil2 jer tu.

Mase tu, apps whatsapp pon takde lagi, kami gune sms jer.. haa cube bayangkan.. Seram tak..? Nak menjawab puluhan sms masa tu…

Hinggalah pada tahun 2012, saya dah mula rasa sangat ‘penat’ dengan kerja. cheap car rent Masuk pagi balik tengah malam. Dan sebab tak tahan sangat, akhirnya saya nekad berhenti kerja untuk teruskan bisnes yang belum stabil lagi.

Tahun 2012 adalah tahun paling sukar bagi saya kerana pada masa itulah saya berdepan dengan CABARAN GETIR bisnes online:

i – Lambakan peniaga online, persaingan harga dan fashion semakin sengit

ii – FB telah menghadkan organic viral, dimana pos di page hanya akan dilihat/reach oleh 20-30% dari audience sahaja

iii – Jualan semakin menurun disebabkan reach kami semakin menurun

iv – Duit sales banyak habis kat FB Ads yang saya sendiri pon tak mahir guna masa itu, satu hari untuk rm200, fb ads rm100..!! Memang garu kepala masa tu…

v – Pengaruh sekeliling yang mengatakan ekonomi tak berapa baik, dan sarankan saya untuk mencari kerja, saya mula tidak fokus

*** Perkara ini berlanjutan sehingga hujung 2012

Saya belum putus asa. Pada awal 2013 (mungkin bulan January – march), saya terbaca tentang Sifu FB Ads di FB, saya pon godek2, banyak input yang diberikan saya pon cube praktikkan dan ada nampak kesan..

Saya dah nampak sinar2 HARAPAN.

Idea yang diberikan sangat relevance dan penuh dengan teknikal fakta.

Namun, masa tu saya masih lagi ragu2 untuk join seminar. Jadi, saya cuma beli DVD missing chapter, lepas 2-3 hari dapatlah DVD berserta buku warna hitam.

Buku dan dvd tulah yang saya hadap setiap hari, dan teknik masa tu saya masih ingat saya gunakan teknik CPC, naik budget sikit2, placement to desktop (masa 2013 ramai takde smartphone lagi)

Saya nak IMPROVE lagi!

So, saya berguru dengan sifufbads..

Dari saat ini, bermulalah revolusi perniagaan saya…

i – Dari ambil gambar menggunakan manuqueen di rumah berpindah ke studio menggunakan life model

ii – Stock makin bertambah, saya terpaksa sewa rumah belakang untuk simpan stock.

iii – Tak boleh buat sorang – saya mempunyai kekangan masa justeru saya terpaksa hire staff dan tumpang di office kawan saya di setia alam unutk meminimumkan kos operasi.

iv – Langkah makin panjang, bile modal dah kuat, kemampuan sales makin baik.. maka saya pergi ke Jakarta & Vietnam untuk ambil stock raw material dan finish good.

** 2013 merupakan 1st step untuk bisnes expansion

Pada tahun 2014, kami memberanikan diri membuka butik pertama kami di Alam Avenue, Seksyen 16, Shah Alam bermula dari seorang staff. Kini, kami beroperasi dengan bantuan 6 orang pekerja boutique dan 14 orang di bahagian production/jahitan sepenuh masa dengan kapasiti pengeluaran mencecah 1,000 dress seminggu.

Saya ingin mengucapkan penghargaan kepada Tim Sifu FB Ads atas sokongan & ilmu beliau yang ikhlas.

TQ ALLAH, TQ SifuFBAds”

Saya nak SHARE sikit 3 sikap beliau yg anda boleh ikut…

  1. JANGAN KEDEKUT INVEST DUIT UNTUK IKLAN
  2. NEVER EVER GIVE UP
  3. BERANI UNTUK BERKEMBANG

Inilah sikap yg perlu ada dlm diri usahawan..

SEMOGA ANDA TERINSPIRASI DR KISAH BELIAU!

Similar Posts

5 Comments

  1. Kisah inspirasi yang boleh membakar semangat sesiapa saja yang inginkan kemajuan dalam hidup. Saya minat bisnes di internet dan punyai cita-cita tinggi.

    Saya banyak membaca kisah-kisah inspirasi begini untuk menaikkan semangat saya. Lagipun saya ingin berjaya seperti orang lain. Saya menjalankan bisnes ebook dan menggunakan blog sebagai alat pemasaran.

  2. saya sungguh inspired oleh story en hafiz ni…saya sebenarnya dah ada kedai …tapi kedai ni tuan punya kedai tak dapat bagi dokumen sewaan utk saya buat lesen majlis …kedai tu pulak saya dah reno awal2 sebab yakin boleh bayar sewa bulanan yg rendah tetapi tak tahu pulak owner tak ada dokumen kedai…so kedai tak boleh buka …takut kena serbu by majlis…..banyak stok saya tak terjual….bulan2 sampai skrg saya bayar sewa tanpa berniaga…so en hafiz or sifu bad boleh tak kiranya bantu saya yang dalam kesempitan ini….

Leave a Reply to nizam Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *