Kisah Juru MakeUp Yang Terlalu Suka Gelak..

Ni satu story inspirasi, dari sorang student sifufbads. Puan Suzana, atau nama manjanya Kak Ana..Baru berusia 40 tahun, 😉 Sllu happy, suka gelak2 kuat sampai ada org tpksa tutup telinga dek ‘kedasyatan’ gelaknya.. org yg plg suka tanya soalan, walaupun dianggap ‘soalan bodoh’ oleh org lain… Tgk dia ni, igtkan umur lewat 20-an, rupa2nya….

Jom baca coretan ditulis sdri oleh beliau..

Bismillah…

Alluakhbar… Betapa beratnya jari jemari nak menaip setiap patah perkataan dlm mengenangkan kembali detik2 yg amat perit utk ditelan.

Demi kekuatan yg Allah berikan, dan juga keranamu Sifu yg byk membuka lembaran utk terus mengukir nama dgn izin Allah akan Kak Ana gigihkan demi salah 1 impian Kak Ana utk memberikan segala manfaat kepada yg memerlukan.

Pastinya ada dikalangan anda semua yg masih memendam rasa kekecewaan dgn kegagalan yg pernah Kak lalui dulu…. Astagfirullah…

DULU..

Kak Ana x pernah impikan berada didlm keadaan sekarang. X pernah walau sebesar hama. Keyakinan diri terlalu kecil. Hidup dlm keluarga yg serba kekurangan.

Perit getir dilalui hanya jiran2 yg terdekat je tau. Perrgghh… Berat nak sambung lg ni… Allahuakhbar… Ok, sambung! Parents sampai x mampu nak jaga Kak Ana hantar ke rumah nenek di Ipoh. Wow! Another episode yg lg sedih. Lagi sedih dari cerita Kabikushikabigam.

Bole x kak Ana xnak cerita, sebab terlalu sedih. Long story cut short, masa tu kurang perhatian & pertimbangan nak lari dari problem yg ada, decided to kahwin.

Nak kawin sebab nak lari dari problem. Ada ke patut??? End up, Keluar mulut buaya, masuk mulut naga! Btl ke peribahasa tu? lol…. Ok la.. Asal korang faham! Perkahwinan bertahan selama 4 tahun! Sebab x tahan dlm mulut naga,kan??? lol… Alhamdulillah Ya Allah…

Bermulanya di sini…

…MENJADI IBU TUNGGAL 12 TAHUN!

Kak Ana menjadi ibu tunggal selama 12 tahun! Membesarkan 2 org anak perempuan sendirian! Tipu la sendiri… Mak Kak Ana yg tolong jaga sementara kak Ana membanting tulang membesarkan anak2 dan nak menaikkan martabat keluarga sendiri keluar dari posisi kemiskinan dgn salah 1 harapan pada anak2 Kak Ana mereka x rasa kekurangan tanpa bapa disisi!

Siapa ibu tunggal kat sini setuju x dgn kenyataan tu?! Pastinya ada, kan? bg mereka yg berjiwa KENTAL!

Kak Ana belajar x tinggi dan x tau nak jadi apa itu adalah 1 masalah yg paling bodoh pernah Kak Ana rasa! Kwn baik Kak Ana ckp, ko ada rupa, pergi la belajar makeup.

Dlm hati Shantek ke??? Alhamdulillah Ya Allah…

Diberi gerakan hati yg kuat utk ambil Diploma in Makeup di salah sebuah kolej swasta di Bukit Bintang selama 2 tahun. Start dari situ circle dh lain. Byk kwn dgn Cina.

Diorang ni mempunyai fikiran yg berbeza dari kita dan byk benda yg kita bole belajar dari mereka. Rata2 semua student lebih muda dari Kak Ana, Kak Ana rasa mcm terlambat sgt nak startnya. Tapi xpe… Rezeki Allah dh tetapkan. Jgn putus asa!

FASA NAIK TARAF

Selepas tamat belajar, Kak Ana x buang masa,terus apply kerja dgn brand makeup terkemuka. Kak Ana elajar dan jumpa bermcm2 ragam pelanggan & pengalaman.

12 tahun kot kerja… Dari tahun 2004- 2015. dari situ juga Kak Ana byk travel almost 1 dunia dgn hanya sebagai makeup artist.

Dari negara panas sampailah merasa pegang salji. Yes, lama mmg lama… Tak terasa pun, sebab apa? sebab kita buat benda yg kita suka & syg.

Jadi masa 12 tahun tu x terasa sgt. Dia terasa bila u sudah mulai ramai loyal custamers , org dah kenal u dan pinggang dah start sakit gara2 byk berdiri dgn kasut tumit tinggi.

Life sebagai retailers bkn mudah. U olls nampak kita sentiasa cantik, kemas & bergaya,kan? Shout out to all retailers! U r rock! Tapi kenyataannya indah rupa.

Bkn nak ckp buruk, tapi kalangan kita kebanyakkan sgt strong. Strong dari segi fizikal & emotional. Hidup yg tiada life! Org lain cuti kita wajib kerja,

Cuti hanya week days, Nak cuti on weekends mmg TAK la…

Nak join gathering families mmg jarang sgt… Sedih! Tapi nak buat mcm mana, pada masa tu pilihan tu je yg ada, Nak besarkan anak2 dan tanggung family. Penat, sunyi & sedih tolak tepi.

Tapi…

Allah Maha besar & syg pada kita. Walaupun diwaktu tu Kak Ana jahil tapi jauh disudut hati Kak Ana tau yg Allah sentiasa ada… Haaa. Nampak x power kat situ.

Allahuakhbar… Alhamdulillah, anak2 yg dibesarkan x pernah menyusahkan malah sentiasa membanggakan dgn keputusan peperiksaan yg cemerlang.

Cuma tahun berganti tahun, Kak Ana tgk diri sendiri dan bertanya, sampai bila aku nak ada kat floor ni…

Alhamdulillah, antara lakaran sejarah dlm retailers Kak Ana adalah wanita pertama yg berhijab.

KEAJIBAN BERMULA!

Dgn simpanan yg ada, kak Ana bertekat utk berubah kearah yg lebih mencabar. Rasanya dah lama berada didlm keadaan ‘Comfort Zone’ Kak Ana harus melangkah kearah yg lebih baik walau terpaksa merangkak Kak Ana ready.

Tergerak hati utk belajar dgn Sifu FBAds bila tgk review yg sgt memberangsangkan buat hati lebih kuat utk mencuba. Masa tu konon2 nak berniaga tudung. Tapi ada sesuatu yg menhalang pemprosesan jadi Kak Ana belajar dgn focus kepada ‘Service’ iaitu sebagai Makeup Artist.

Dah bljr, time nak buat laptop rosak plak! Terbantut nak buat mktg.. nak jual tudung tu.. bakat kat makeup, tp nak buat tudung.. huhuhu!

Apabila kita redha & pasrah berserah kepada Allah, dpt la KakAna beli 1 Lappy yg bg Kak Ana sgt2 la penting. Dpt je beli baru rasa nak cium2 lappy ni! Allahukahbar…

Syukur Alhamdulillah…

Bila dah dpt tu apa lg… Kak Ana gunakan segala tools yg sifu dah ajar. Start dgn apa yg dah bljr.. sah faham! Akak buat mana yg akak faham jer.. Buat marketing consistent.

Bina branding dgn sharing yg byk! Ingat! Byk memberi dari menerima tau… Doa kat Allah byk2 dan tawakal. Serahkan segalanya pada Allah. Dia lg power kot.

TEGURAN SIFU..

Ada sekali tu, bila pg ke kls…Sifu perasan Kak Ana dh berubah arah. Berniaga tudung pulak. Sifu tegur.” Kenapa nak buat benda lain yg bkn kekuatan kita.

Awak lebih baik bertahan dgn kelebihan yg awak ada. Berniaga jgn ikut Trend! Jgn jadi lalang ”

Bagai 1 tamparan kot bila Sifu tegur. Kita ingat kita dah teror kita bole buat mcm2.. Tp tdk semudah itu. Yes bisness need time to grow, tapi kita kena lebih smart.

Itu sebab ada guru utk kita belajar. Jgn jadi kurang ajar dan bodoh sombong. No no no…

Jadi Kak Ana pun pulanglah kepangkal jln..

Bisnes tudung tu Kak Ana jual off line je… Nak buat online mcm x kena dgn jiwa. tambah2 dah kena sumpah dgn sifu, rasa mcm x jadi je…

Rugi, tapi sy amek sesuatu dari sudut yg positive. Tumpuan diberikan kepada ‘Service’ 100%. Alhamdulillah, selama sebulan tumpuan dan bermodalkan hanya rm700 utk ads, sy berjaya mengumpul 8000+ followers yg sy anggap terlalu kecil namun bersyukur sbb semuanya sgt2 berkuality.

Kak Ana mula bz dgn kas makeup disamping dlm diam Kak Ana ada produce my own brand makeup remover.

Itupun sifu jugak yg bg idea! Katanya..

“YOU ADA KREDIBILITI DARI PGLMN, DARI KLIEN2, BUAT JER PRODUK SDRI YG RELEVAN.. BUAT SKIT2 DLU”

Tu lah tiba2 saya tpkir kluarkan removal makeup ni. Tak pnh seumur hidup kluarkan produk sdri.. tp, saya sahut cbrn sifu,..

ALHAMDULILLAH! TAK SANGKA…

“GUNA BAJET RM15 SHJA, TP TERJUAL 1500 BOTOL!”

Mcm x logik! Guna bajet punya ciput, terjual byk mcm tu.. 1st time plaks tu. Akak pon taktau napa ramao org beli… tapi bila sifu ckp, reason org beli tu adalah…

1. KREDIBILITI – yela, akak ni kan dah 12 tahun dlm bidang makeup ni.

2. VIDEO – video, tutorial akak guna produk ni.. akak berceloteh la dlm video tu..org confiden.. akak wat ads video jer!

3. AUDIENCE – kan akak ada ckp akak ada kumpul 8k followers.. guna fb ads. Akak sllu share content, diorg follow.. wat kelas makeup, ada juga dtg.. jd bila wat ads, target diorg jer balik.. sng, sbb dah ada connection!

4. HARGA – yg akak jual mmg x mhl. Tapi akak pakejkan.. so dari seorang kastemer akan byr utk pakej, bkn based on 1 botol..

Laku keras! X cukup tangan! Penangan bila ilmu yg diamalkan! Hanya Allah yg dpt membalas. Baru tau seronok rupanya berniaga, Tapi byk lg yg perlu dipelajari. Masih byk bukit yg perlu didaki. Sampai dah x mampu nak buat Ads sebab risau permintaan yg terlalu byk antara masalah positive yg terpaksa dihadapi.

Skrg ni, bulanan leh capai 4000 botol! Tak byk mcm kwn2 yg lain, yg sampai berpuluh ribu unit, mcm Dian Pixy, Mamadil, Dexandra, tp bg newcomer mcm saya ni… BESAR!

Bila dah bz dgn bisnes, terasa rindu dgn passion yg dh lama rest. Allah nak bg peluang lg bila dpt offer dgn brand makeup terkemuka sebagai trainer. Yg ni rare sebab post Ana lebih kepada International. Waaa.. Kak Ana kena amek peluang ni sebab! Kak Ana x puas belajar!

Kak Ana suka pada benda yg baru & tajamkan lg skill yg ada. Soal bisnes, partner tlg jagakan. So Kak Ana agak beruntung disitu. Kak Ana ada stratergi utk capai target yg x seberapa ni…

Sekurang2nya Kak Ana nak buka Akedemi Makeup specially utk anak2 melayu dgn cara international. Kak Ana nak bantu dan sedarkan betapa pentingnya Skill jika kita x punya akedemik yg bgs. Itu niat Kak Ana. Semoga Allah permudahkan. Aamiin..

Bisnes utama kak ana skrg – makeup removal + kelas makeup + jurumakeup vip.. Alhamdulillah, dlu2 income 4-5k sbln, skrg…Alhamdulillah, lbh 10x ganda..

PESANAN

Kak Ana sujud syukur kerana Allah sentiasa beri peluang dan buka minda kak Ana utk terus perbaiki diri. Kak Ana berpesan kepada diri sendiri & kwn2 yg masih struggle, atau sudah senang, jgn lupa zaman kesusahan kita.

Jgn ada rasa selesa sebab, Allah akan ambil bila2 masa jika Dia mau. Work hard Pray Hard. Ambil setiap cabaran & negativity kepada Positiviti.

Hidup kita x lama… Harus byk memberi dari menerima. Jgn cpt puas hati dgn apa yg ada… Bersederhanalah dlm kehidupan.

Hanya Allah yg dpt membalas segala jasa2 Cikgu dan juga insan2 yg pernah menikam. Tanpa kalian siapalah Suzana Binti Zainan.

Seseorg pernah berpesan; TAK DAPAT BINTANG, BULAN PUN JADI LA… JGN PUNGGUK MERINDUKAN BULAN…

Tahniah Suzana Makeup Artist!

Similar Posts

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *