5 Tabiat Yang Boleh Meningkatkan Produktiviti Kerja Anda

5 Tabiat Kerja Yang Boleh Meningkatkan Produktiviti

Kadang-kadang, kita terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk selesaikan banyak perkara dalam satu hari. Sebab itu, kita perlu ada strategi dan pengurusan masa yang baik. Strategi ini dibuat untuk menguruskan aktiviti harian anda dengan lebih cekap dan efektif.

Mari kita lihat 5 tips di bawah untuk meningkatkan produktiviti kerja anda;

1) ‘2 Minute Rule’

Tak semua tugasan yang anda lakukan, perlukan masa yang lama untuk diselesaikan. ASINGKAN tugasan besar dan tugasan kecil. Siapkan dulu tugasan-tugasan yang kecil ini…buat cepat-cepat, jangan tangguh-tangguh. Inilah yang dinamakan ‘2 minute rule‘, banyak perkara dapat diselesaikan jika anda ikut peraturan ini.

Jika sesuatu tugasan itu anda boleh selesaikan kurang 2 minit seperti emel atau folllow up pelanggan, lakukan sekarang! Selepas itu, baru selesaikan tugasan-tugasan yang besar. Akhirnya, anda sendiri yang rasa seronok dan mudah untuk bekerja. Stress pun dapat dikurangkan.

2) Jangan tunggu hari Ahad untuk Isnin

Pernah tak anda rasa MALAS atau TAKUT nak pergi kerja pada keesokkan harinya..?

Simpton ini berlaku kerana kebanyakkan orang dah mula lepak, santai-santai pada petang Jumaat. Sebelum balik rumah, cuba ambil sedikit masa buat persediaan untuk hari Isnin minggu seterusnya. Fikirkan apa tugasan yang perlu anda lakukan sebaik sahaja anda tiba ofis. Dengan cara ini, anda akan lebih bersemangat untuk bekerja dan lebih produktif untuk sepanjang hari.

3) Semak emel anda 3 kali sehari

Tugasan ini juga sangat penting, pastikan anda TETAPKAN MASA untuk semak setiap emel tersebut.

Contohnya;

Anda boleh semak emel pada pukul 9 pagi, 12 tengah hari, dan 2 petang. Elakkan buka emel peribadi semasa kerja, anda akan hilang fokus.

Ikut jadual ini sehingga anda sudah biasa dan jadikan tabiat. Jangan ambil terlalu banyak masa untuk semak setiap emel, jika ada terlalu banyak emel…tetapkan 1 atau 2 jam untuk semak satu per satu.

4) Senaraikan semua tugasan anda dalam satu kertas

Ini adalah tabiat paling penting yang perlu anda biasakan dalam pengurusan kerja. Senaraikan semua tugasan anda mengikut keutamaan, dari paling tinggi hingga paling rendah. Tak perlu terlalu details…berapa jam perlu disiapkan, pukul berapa perlu mula buat, atau siapa yang perlu buat. Anda hanya perlu senaraikan apa tugasan yang perlu disiapkan untuk setiap hari.

Dengan cara ini, anda akan lebih mudah uruskan tugasan untuk waktu sekarang dan akan datang.

5) Simpan smartphone anda ketika bekerja

Jangan lupa untuk simpan smartphone anda ketika bekerja. Walaupun kadang-kadang smartphone boleh mambantu memudahkan kerja anda, ia lebih banyak mengganggu kerja anda. Jika anda asyik selalu check Facebook, SMS, atau Whatapp…ia akan mengurangkan  produktiviti kerja anda.

Jadikannya sebagai tabiat supaya anda sentiasa fokus dan konsisten semasa melakukan sesuatu kerja.

Orite, ini hanya beberapa tips yang anda boleh amalkan ketika bekerja.

Selamat beramal!

SILA KONGSIKAN PENDAPAT ANDA DI BAWAH..

  1. shida says:

    salam tuan…jika waktu bekarja kita nk bt bnes dgn gnkn fb ads…sikit sebanyak pun boleh menjejeaskn kerja,…jd ada ke cara…yg blh dikongsikan ….dr pengalaman tuan..tQ

  2. […] Editor: Perkongsian ini adalah daripada Sifu Fbads yang merupakan tips yang boleh diamalkan untuk jadikan tabiat yang boleh meningkatkan produktiviti […]

Leave a Reply to shida Batalkan borang respon

Program @ Sifufbads

29/09/2018
HIIM PREMIER
IDCC Shah Alam

24/08/2018
The Foundr Chapter
Sifufbads Academy

20/08/2018
The Foundr Chapter
Sifufbads Academy

Follow Instagram @sifufbads

  • Bukan setakat perlu jaga2 dgn kos overhead je bukan setakat
  • Jika SifufBads nak adakan SPECIAL CLASS untuk bantu founder2 yg
  • LIVE  From Perth Australia! Ketahui strategi viral yg menjual
  • LIVE  From Perth Australia! Ketahui strategi pembinaan followers gaya
  • WALAUPUN KEDAI PERNAH DISIHIR ITU TIDAK MENJADI NOKTAH UNTUK BOOST
  • Antara sebab susah nak closing adalah kerana prospek tak nampak
  • NOW OPEN  KINI SEAT ROI CHAPTER CLASS DAH DIBUKA!
  • NOW OPEN  KINI SEAT ROI CHAPTER CLASS DAH DIBUKA!
  • NOW OPEN  KINI SEAT ROI CHAPTER CLASS DAH DIBUKA!
[Free Video] Founder’s Foundation
[Free Video] Founder’s Foundation

Didedahkan! Founder’s Foundation Video Yang Bakal Menyelamatkan dan “Mengangkat” Bisnes Anda dari Hampir Mati Kelemasan di Benam Lumpur! Anda bakal pelajarinya dalam video bersiri ini.. dan ianya PERCUMA jer..