|

15 Tips ‘Marketing’ Untuk Owner Produk

15 Tips 'Marketing' Untuk Owner Produk

Anda owner produk? Tauke krim muka? Tauke produk dalaman wanita? Tauke produk slimming? Tauke baju? Tauke produk perbidanan? Atau apa saja, yang mana produk-produk anda memang ada demand..

BIASA TAK;

  • Ada produk, tapi tak tau camner nak promot.
  • Nak cari agen, tak reti..
  • Dah ada agen, tak pandai jaga.. agen pasif!
  • Produk bertahan sekejap saja.. 1-3 bulan.
  • Dah buat marketing kaw-kaw, tapi tiada sambutan..

Ya, biasa kan?

“Ada yang labur dekat sejuta untuk produk kosmetik, tapi bila produk dah siap, tak reti nak pasarkan. Berbulan-bulan stok simpan dalam tangan”

“Ada yang harap kepada agen aje. Sendiri tak reti marketing. Kalau dapat agen pandai marketing, best la. Dapat yang buta marketing, apa nak dibuat?”

“Dah dapat agen bagus, tapi tak lama pastu dia buat produk sendiri. Lagi meletup sales-nya”

Pernah alaminya?

Belum?

Bagus! Nasihat saya, sebagai owner produk, anda perlu ketahui ilmu-ilmu marketing, terutamanya tentang PELANCARAN PRODUK.

Ok la…

Di bawah ni, saya share 15 tips penting sebagai owner produk:

#1: JANGAN KEDEKUT!

Untuk promosikan sesuatu produk, kita perlu sediakan bajet iklan yang cukup mengikut objektif kempen marketing kita. Jangan kedekut untuk keluarkan bajet untuk buat  marketing!

Tak kira la anda buat marketing secara ONLINE mahupun OFFLINE… jangan kedekut!

Sebab apa..?

Sebabnya, apabila kita dapat tingkatkan bajet marketing, keuntungan juga akan meningkat. Bagi peniaga baru, benda ini nampak pelik.. tapi, bagi peniaga yang berpengalaman, ia adalah perkara biasa yang perlu dilakukan.

Walaubagaimanapun, adalah lebih baik jika kita dapat KURANGKAN bajet marketing.. tapi, dapat hasilkan UNTUNG yang banyak. Kerana itulah, kita perlu belajar Facebook Sales Funnel..

Apa yang dimaksudkan dengan Facebook Sales Funnel? Baca artikel ni..

#2: SENTIASA REKRUT AGEN.

Sebagai owner produk, kita perlu buat marketing untuk rekrut agen.

Bukan buat marketing kejap-kejap, tapi KONSISTEN!

Ini kerana tak semua agen yang kita dapat tu AKTIF dan BERKUALITI. Mungkin dalam 10 agen yang kita dapat, hanya 3 agen je yang aktif. Yang lain.. TIDUR..!

Kalau agen tak aktif, camner nak hasilkan jualan.. kan?

Apabila kita dapat rekrut agen yang ramai dan berkualiti, ini dapat memudahkan kita untuk melakukan marketing dengan lebih sistematik. Kita akan dapat lebih fokus pada customer support, ia lebih penting daripada produk yang kita jual.

Pada peringkat permulaan, memang kita boleh lakukan marketing seorang diri.. tapi, apabila kita sudah ada agen, jualan yang dapat kita hasilkan juga adalah lebih banyak.

Inilah rahsia bagaimana owner produk hasilkan jualan jutaan ringgit dalam tempoh yang singkat.

#3: JAGA AGEN!

Dah dapat agen tu, jangan duduk rileks jer! Si owner produk pun kena buat kerja jugak..!

Ok, sekarang agen kita dah ramai. Lepas tu, apa yang perlu kita buat?

Kita perlu JAGA mereka! Guide mereka untuk lakukan marketing dengan cara yang betul dan berkesan. Dan paling penting, layan mereka macam kawan-kawan. Barulah mereka happy nak promot produk kita, betul tak?

Bagaimana kita promot produk tersebut, macam tulah yang kita perlu ajar pada agen kita.

“Apa yang saya perlu ajar pada agen saya?”

Anda boleh bantu agen dari segi:

  • Sediakan bahan-bahan marketing dengan secukupnya.
  • Buat kelas asas marketing.
  • Berikan skrip cara close sales prospek.
  • Beritahu apa strategi marketing selengkapnya

.. dan banyak lagi yang anda boleh lakukan.

#4: BERI INSENTIF/BONUS

Sekali-sekala, kita boleh berikan INSENTIF/BONUS pada agen-agen yang berjaya hasilkan jualan yang konsisten setiap bulan. Ini dapat buatkan mereka jadi lebih bersemangat dan bermotivasi untuk hasilkan lebih banyak jualan!

Kita juga boleh buat race supaya mereka berlumba-lumba promot produk dan generate high sales. Buat cabaran, apabila agen dapat capai jualan tertentu, berikan mereka hadiah dalam bentuk wang tunai atau barang fizikal.

Ikut kreativiti anda sendiri nak beri hadiah apa..

Untuk buat cabaran ini, owner produk perlu selalu update position jualan siapa yang hasilkan jualan TERTINGGI sehinggalah TERENDAH. Dengan cara ini, apabila agen melihat position jualan mereka.. pasti mereka akan jadi tercabar dan akan fikirkan bagaimana untuk kejar agen-agen lain yang berada di atas mereka.

Ia memang satu games yang menyeronokkan! Cubalah..!

#5: AJAR AGEN ‘MARKETING’!

Yup! Anda wajib ajar agen buat marketing..!

Kalau tak, bagaimana mereka nak buat sales, kan?

Tak semua agen yang rekrut tahu nak buat marketing. Mereka hanya tahu menjual.. menjual.. dan menjual!

Student-student Sifufbads yang buat sales bulanan 7 angka, semuanya ajar agen mereka marketing!

  • ajar agen buat FB ADS!
  • ajar tulis copywriting!
  • ajar nak jual produk!

dan banyak lagi…

Kalau anda tak ajar, memang susah nak capai jualan yang konsisten 5-6 angka sebulan.

#6: ‘INTEGRATION MARKETING’.

Cara ini hanya perlu digunakan apabila kita ingin kembangkan lagi bisnes kita. Tak wajib pun!

Tapi, pada peringkat permulaan.. kita perlu fokus pada 1-3 channel marketing je. Fokus pada channel marketing yang berikan result sahaja. Barulah kita tak bazirkan bajet iklan untuk channel marketing yang tak berkesan.

Banyakkan buat SPLIT TEST!

Gunakan segala channel marketing yang ada. Online, offline! Guna fb, email, blog, radio, paper, tv, booth, dll.

Kesannya bukan pada hasil jualan je, kredibiliti bisnes kita juga akan naik.. tapi, bajet yang diperlukan agak besar. Jadi, fikir masak-masak dulu ye…

#7: KREATIF DALAM ‘MARKETING’.

Ia bukan perkara yang mudah dilakukan, tapi ia perlu dilakukan..

Especially online. Pesaing bisnes ramai, jadi kita kena KREATIF dan UNIK dalam marketing. Barulah kita boleh menonjol berbanding pesaing.

Bagaimana cara nak kreatif dalam marketing..?

Sebelum nak buat marketing, anda perlu tahu dulu bagaimana apa itu marketing?

“Marketing adalah proses menjual produk pada audiens yang betul!”

Kalau ini jawapan anda.. SALAH!

Marketing bukannya proses untuk menjual! Ia adalah proses untuk BERITAHU dan INGATKAN mesej kita pada audiens dan channel yang betul mengenai bisnes kita.

Itulah maksud sebenar marketing!

#8: KONSISTEN DALAM ‘MARKETING’.

Jangan jadi macam biskut “chipsmore”. Kejap ada, kejap takde. Marketing perlu konsisten, barulah ianya membantu bina POPULARITI dan TRUST..

Kenapa perlu konsisten?

Kerana manusia mudah lupa! Cuba lihat di sekeliling anda, berapa banyak iklan yang anda nampak dalam sehari?

.. 10 iklan?

.. 30 iklan?

.. 100 iklan?

Mungkin lebih, mungkin kurang.. cuma anda perasan atau tak jer…

Apa yang saya nak tekankan adalah, setiap hari kita dikelilingi dengan pebagai jenis iklan sehingga kita jadi BOSAN dan abaikan iklan tersebut.

Sebab itulah, kita perlu bina iklan yang berbeza dari iklan yang lain.. kemudian, lakukan pemasaran secara KONSISTEN!

#9: BINA ‘FOLLOWERS’.

Followers adalah audiens yang sudah kenal kita..

Mereka mungkin audiens yang kenal kita melalui facebook, emel, kedai, dan rakan mereka, dll..

Sangat penting untuk bina followers kerana lebih mudah menjual pada audiens yang sudah kenal kita berbanding audiens yang belum kenal kita.

Jadi, binalah audiens yang bakal jadi PROSPEK dan CUSTOMER anda. Tak kiralah sama ada ianya database phone, emel database, fans, insta followers, blog followers, dll..

Mereka inilah yang akan membantu untuk bangunkan bisnes kita.

#10: ‘RETARGETTING’.

Ya, buat retargetting dalam online marketing ni. Ada fans? Anda boleh tarik mereka menjadi customer. Ada pelawat web? Cari mereka balik dengan kaedah retargetting..

“Camner nak buat retargetting?”

Di Facebook, ada 2 cara yang boleh kita gunakan:

  1. Buat Like Marketing, dan target iklan pada fans. Baca ARTIKEL INI untuk tutorial cara buat Like Marketing.
  2. Bina satu web/ecommerce/minisite, kemudian letak kod Website Custom Audience (WCA) dalam web tersebut. Anda boleh baca tutorial cara bina Website Custom Audience DI SINI.

Dengan lakukan retargetting, kita boleh sasarkan iklan pada audiens yang pernah jadi customer kita. Jadi, kerja-kerja menjual akan jadi lebih mudah.

#11: ‘REPEAT ORDER’.

Apabila kita sudah ada customer, sangat penting untuk kita menjaga mereka. Kita perlu galakkan customer sedia ada membeli lagi atau lakukan repeat order.

.. Berikan mereka offer menarik.

.. Buat follow up!

.. Tanya khabar.

dan banyak lagi!

Cuba fikirkan jalan bagaimana nak tarik customer untuk lakukan pembelian berkali-kali.

Jangan biarkan pelanggan lama lari dari kita! Nak cari pelanggan yang baru perlukan kos yang tinggi. Jadi, adalah lebih baik kita fokus pada pelanggan sedia ada.

Artikel berkaitan – 5 Cara Pakar Gunakan Untuk Dapatkan Pelanggan ‘Repeat Order’

#12: REFERRAL.

Apa kata minta customer perkenalkan produk anda kepada rakan-rakan mereka.. kemudian, berikan mereka insentif seperti, mereka akan dapat 1 produk percuma jika mereka dapatkan 1 pelanggan untuk anda.

Gunakan ayat seperti ini:

As salam tuan,

terima kasih kerana telah membuat pembelian produk saya kelmarin.

Saya nak minta tolong boleh tak?

Jika tuan suka dengan produk saya, boleh tak rekemen produk tersebut pada kawan-kawan yang mungkin berminat juga?

Saya akan berikan 1 produk percuma kepada tuan untuk setiap 1 kawan yang tuan rekemen sebagai hadiah. Syaratnya, kawan tuan mesti membeli produk tersebut.

Reply mesej ini jika tuan berminat..

Terima kasih.

#13: DAPATKAN ‘FRESH TESTIMONIAL’.

Testimoni sangat penting dalam promosikan sesuatu produk! Ya, sangat penting..!

Kalau takde testimoni, sangat susah untuk menjual produk kita. Sebab, prospek lebih percayakan feedback dari orang ketiga. Itulah manusia, konsep ini tak akan pernah berubah sampai bila-bila.

Dan testimoni mestilah updated! Jangan lupa, orang membeli kerana RESULTS..!

“Mana saya nak dapatkan testimoni pelanggan”

Pergilah tanya mereka!

.. Tanya di WHATSAPP.

.. Tanya di PM.

.. Tanya di EMEL.

.. Tanya di TELEFON.

Apa lagi..?

Ikutlah bagaimana caranya, asalkan anda dapat testimoni mereka.

#14: ‘SOCIAL PROOF’!

Apa benda social proof ni?

Contoh mudah,

Jumlah fans adalah social proof. Jumlah komen yang tinggi pada post di FB juga adalah social proof! Ianya mampu pengaruhi prospek-prospek baru..

Camner nak tingkatkan social proof?

  • tingkatkan komen pada post
  • banyakkan gambar testimonial – printscreen, gambar, video
  • tunjukkan gambar stok..gambar pelanggan dtg kedai..
  • buat album koleksi testimonial..

“Kenapa kita perlu ada social proof ni?”

Inilah psikologi manusia!

Orang lebih mudah tertarik pada kawasan yang ramai orang.

Sebab apa?

Kerana, orang akan tertanya-tanya kenapa kawasan tersebut ramai orang. Apa yang buatkan ramai orang datang ke kawasan tersebut? Mesti best, kan?

Ok, sekarang.. bagaimana cara nak TARIK ramai orang datang ke kedai/fanpage kita?

  • Berikan FREE GIFT.
  • Berikan OFFER terhad.

Ini adalah salah satu strategi marketing! 

Kalau tak percaya, cubalah guna…

#15: TINGKATKAN BAJET MARKETING!

Ada orang tanya,

“Bila waktu yang paling sesuai untuk tingkatkan bajet iklan?”

Memang bagus nak tingkatkan bajet iklan, tapi bukan saje-saje!

Bukan setiap masa kita boleh tingkatkan bajet iklan. Ada masa tertentu jer..

  • Hari gaji, hujung bulan. Ni semua orang tahu, waktu semua orang duit masuk dalam akaun.
  • Pada bulan ramadhan, ramai orang shopping makanan untuk berbuka puasa dan beli barang raya.

Ini antara waktu demand adalah paling tinggi! Tapi, tak semua bisnes sama waktu demand-nya.

Sebagai peniaga, kita perlu TEST sendiri bila waktu yang paling banyak hasilkan jualan.

..

Tu lah.. sebahagian tips yang dapat dikongsikan.

Selamat beramal!

Similar Posts

34 Comments

  1. Saya biasa jadi silent reader, tapi artikel yang ini memang awesome, sebab saya sendiri buat tips #5 AJAR AGEN MARKETING.

    Kebanyakan owner product tak boleh buat sebab mereka sendiri pun terkapai-kapai nak jual produk, harapkan agen je.

  2. Terima kasih atas perkongsian sifu. Kali pertama saya komen setelah banyak ilmu2 yg saya sedut dari blog sifu ni. Ilmu yg dikongsikan mmg sgt2 berkualiti. Moga Allah balas jasa baik Tuan sifu Jamal 🙂

  3. Salam Sifu saya nk bertanya .. bagi target audience brpe jumlh yg bagus . kerana sebelum ni saya pernh beljr utk mendapat audience yg bagus kite hnyr perlu target diantara 50 000 hingga 100 000 aia .. betul ke sifu ?

  4. #16: list-kan produk kat platform yang ada ramai affiliate/ejen.

    kalau produk digital, boleh cuba klikjer dot com.

    kalau produk fizikal, jv warrior (as aziz).

  5. Alhamdulillah..terima kasih byk2..perkongsian yang sangat bermanfaat. Inshaallah jika ada rezeki memang sangat2 nk dtg workshop sifu. Doakan ! Terima kasih atas ilmunya. Allahuyubariklakum.

  6. Trimas Sifu!!! Saya share jugak ni dengan stokis-stokis & agen-agen saya supaya kepala dorang lagi berasap!! ehehhe….

  7. Alhamdulillah..terima kasih byk2..perkongsian yang sangat bermanfaat. Inshaallah jika ada rezeki memang sangat2 nk dtg workshop sifu. Doakan ! Terima kasih atas ilmunya.

  8. Jadilah yg terawal bersama kami sebagai Xclusive Agen dan dropship produk kosmetik S.E.L.F yg bakal launching x lme lg…jemput singgah di page kami S.E.L.F Cosmetics dan ig S.E.L.F_Cosmetics..kita dapatkan kembali kuasa membeli kita…berminat boleh berhubung dgn pn fieza atau wasap di 0194400551

  9. Assalammualaikum
    Saya nurul seorang pengusaha biskut jualan secara online.Masuk tahun 2018 yang tidak lama lagi,bisnes online saya bakal memasuki tahun ke6.Namun demikian,saya belum mempunyai teknik membantu agen dalam membuat marketing pasaran.
    Saya cuma menyediakan risalah dan sample biskut.
    Boleh saya tahu dan mengetahui teknik pemasaran yang dapat dikongsikan bersama agen tak sebab saya berharap dapat menjadi ketua yang dapat membimbing anak didiknya dimasa akan datang
    Terima kasih

  10. Assalamualaikum.
    Tksh byk sifu fb ads, sgt membantu! Moga diberkati ilmu ini. Doakan bisnes kami mendapat tempat dihati orang ramai.

    Agent diperlukan utk Produk kesihatan & Kecantikkan ( Organik100% ~ Homemade). Ada Hadiah setiap kali restok dan Reward yg menarik.
    By ILUVBEAUTY MALAYSIA
    Whatsapp 012 2708956/012 5445404

  11. Assalamualaikum sifu..sya benar benar memerlukan
    Guideline dari sifu untuk sya improve jualan kereta terpakai dalam pengiklanan secara online..boleh kah sifu memberikan tip2 bgaimana bilakah latihan Yang sifu adakan ..terima kasih

  12. Assalamualaikum tuan,
    Saya ingin mengikuti kursus marketing yg basic dan advance stage. Saya tidak tahu tentang marketing. Saya dulu dalam bidang pentadbiran syarikat. Sekarang saya ingin membuat busines sendiri. Produk ada. Harap dapat bantuan daripada pihak tuan. Terima kasih.

  13. I do not even know how I ended up here, but
    I thought this post was good. I don’t know who you are but definitely you’re going to a famous blogger if you are not already 😉 Cheers!

Leave a Reply to Rashdan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *