Cara Kaji Prospek Untuk Iklan FB Anda

Cara Kaji Prospek Untuk Iklan FB Anda

Sebagai seorang usahawan internet, anda perlu tahu cara untuk mengenali prospek anda. Dengan mengenali prospek, anda akan lebih mudah hasilkan ayat jualan yang berkesan untuk post iklan Fb anda.

Anda juga akan dapat keluar dari dunia persaingan niche bisnes anda. Bina USP, buat kelainan dari bisnes yang lain. Proses ini memang AMBIL MASA, tapi ia memberi kesan yang baik untuk jangka masa panjang.

Jika anda tak kenali prosek anda, bagaimana anda nak promosikan produk/servis anda kan? Susah jika anda cuba nak jual pada semua orang, anda perlu TAPIS prospek. Cari yang betul-betul berminat sahaja.

Semasa menulis ayat iklan, fikirkan bagaimana produk/servis anda dapat membantu prospek. Anda perlu tulis dengan gaya bahasa dan ayat BERBUAL. Tulis seperti anda sedang bercakap dengan mereka. Gunakan bahasa atau ayat RINGKAS dan MUDAH difahami, baru prospek akan rasa lebih dekat dan suka pada anda.

Tak faham?

Susah sebenarnya nak terangkan mengenai gaya bahasa dalam penulisan ni, sebab setiap orang ada gaya bahasa yang berbeza..

Nak senang faham, baca post saya ni.. lihat gaya bahasa yang saya gunakan.. (KLIK gambar bawah untuk baca)

DAH BACA? FAHAM?

Bagus! Anda boleh teruskan membaca, saya ada ceritakan lebih lanjut cara kaji prospek anda..

..

#1: Kenali Prospek Anda

Fikir dan bayangkan siapa yang perlukan produk/servis anda. Bayangkan bagaimana rupa prospek yang anda sedang cari..

.. Tak tahu bagaimana caranya?

Ok, mula-mula bina soalan-soalan yang berkaitan dengan prospek anda, kemudian, anda jawab sendiri soalan tersebut..

Saya bagi contoh soalan;

  • Siapakah pelanggan anda?
  • Di manakah mereka berada/tinggal?
  • Adakah mereka lelaki atau wanita?
  • Apakah hobi mereka?
  • Berapa umur mereka?
  • Apa pekerjaan mereka?

.. dan lain-lain lagi.

Kenali Prospek Anda

Ini adalah antara soalan-soalan yang anda boleh BINA dan JAWAB. Lebih banyak soalan yang anda boleh bina, anda akan lebih kenal siapa prospek anda. Prospek anda akan jadi lebih TARGETTED dan SPESIFIK, lebih mudah untuk anda buat iklan nanti.

..

Dalam Facebook Ads, anda boleh bahagikan data prospek kepada 4 DATA UTAMA iaitu;

1) DATA GEOGRAFI – Data ini melibatkan LOKASI prospek tinggal, tempat prospek bekerja atau belajar.

Data Geografi

Anda boleh sasarkan iklan anda pada;

  • Negara – Malaysia, Brunei, Indonesia, Singapura
  • Bandar – Kuala Lumpur, Shah Alam, Sungai Besi

2) DATA DEMOGRAFI – Data ini adalah berdasarkan;

  • Umur prospek
  • Pekerjaan prospek
  • Jantina prospek
  • Status hubungan prospek
  • Tahap pendidikan prospek
  • Bahasa yang digunakan prospek

Data Demografi

Data ini sangat penting untuk TAPIS prospek yang benar-benar berkualiti. Jangan iklankan produk anda pada semua audiens di Fb. Anda perlu KAJI dulu maklumat demografi prospek sebelum bina iklan.. kemudian, baru masukkan maklumat tersebut dalam data Fbads.

3) DATA PSIKOGRAFI – Ini adalah data paling selalu digunakan dalam Fbads. Data ini adalah berdasarkan minat, dan aktiviti dari pengguna Fb.

Data Psikografi

Data ini ada pada;

  • Interest – Anda boleh masukkan data seperti nama fanpage, aktiviti dan topik mengikut niche yang disukai prospek.
  • BehaviorsData yang dimasukkan ini adalah berdasarkan aktiviti pembelian, cara penggunaan smartphone dan lain-lain.

4) DATA SOSIOGRAFI – Data ini adalah mengenai hubungan antara  pengguna Fb dengan pengguna Fb yang lain.

Data Sosisografi

Ada 3 jenis DATA SOSIOGRAFI yang boleh anda gunakan untuk beriklan di Fb;

1. Facebook pages

  • People who like your page
  • Friends of people who like your page
  • Exclude people who like your page

2. Apps

  • People who used your app
  • Friends of people who used your app
  • Exclude people who’ve used your app

3. Events

  • People who are going to your event
  • Friends of people who are going to your event
  • Exclude people who are going to your event

Anda boleh gunakan 3 data sosiografi ini untuk dapatkan audiens berdasarkan jenis ‘Connection’ yang anda pilih di atas. Dari 3 data sosiografi ini, data yang biasa digunakan untuk beriklan adalah data NO.1 iaitu Facebook Pages.

..

Keempat-empat data inilah yang akan membantu anda untuk hasilkan iklan yang BERKUALITI. Prospek yang berkualiti adalah prospek yang relevan dengan apa yang anda iklankan. Mereka ini boleh ditukar menjadi pelanggan, mereka inilah yang perlu anda fokuskan..

Jadi, gunakanlah 4 data ini dengan sebaik-baiknya!

#2: Fahami Prospek Anda

Selepas anda selesai lakukan langkah di atas, anda akan lebih nampak siapa prospek anda. Ok, anda dah tahu pasaran mana yang anda nak sasarkan.. sekarang, cuba fahami prospek anda. Cari SEBAB dan FAKTOR yang buatkan mereka membeli..

Fahami Prospek Anda

Di bawah ini adalah 4 ELEMEN UTAMA yang ada dalam fikiran prospek;

1) MASALAH – Apa masalah terbesar yang sedang dihadapi prospek?

Contohnya; “Ada masalah kulit BERJERAWAT? Berjeragat? Kulit BERMINYAK?”

Bagaimana nak tahu apa masalah yang sedang dihadapi oleh prospek?

Ada banyak cara, antaranya;

  • Cari di forum – Cari topik yang berkaitan dengan produk anda, baca respon atau komen dari pelawat forum.. apa masalah yang sedang dibincangkan oleh mereka?
  • Buat survey – Tanya prospek di Facebook, emel atau blog tentang masalah yang sedang mereka hadapi. Ini dapat memudahkan anda untuk tahu apa masalah mereka.
  • Isu semasaFollow isu semasa dari surat khabar, majalah dan televisyen.. kemudian, kaitkan dengan masalah prospek anda.

2) KETAKUTAN – Apa yang prospek takutkan jika masalah mereka tak dapat diselesaikan?

Contohnya; “Takut perut BUNCIT? Badan GEMUK? Takut kena EJEK?”

Prospek juga mungkin ada ketakutan semasa berurusniaga dengan anda. Kenapa? Ia disebabkan oleh;

  • Pengalaman sebelum ini – Prospek pernah ada pengalaman buruk selepas membeli produk tersebut dari peniaga lain. Ini membuatkan mereka juga takut untuk membeli dari anda.
  • Produk tak berkesan – Produk yang mereka pernah beli sebelum ini langsung tak berkesan. Akhirnya, mereka juga tak beli produk anda kerana takut akan terjadi perkara yang sama.
  • Takut rugi – Prospek rasakan tak berbaloi untuk beli produk anda. Jadi, mereka rasa rugi untuk keluarkan duit. Ini mungkin kerana harga produk tersebut mahal dan result juga tak menyakinkan.

3) IMPIAN – Apa impian yang ingin prospek capai? Apa yang mereka mahukan?

Contohnya; “Nak kulit PUTIH dan LICIN. Tak perlu lalui rawatan yang leceh. CEPAT dan MUDAH!”

Semasa prospek membeli, mereka berharap produk anda;

  • Dapat selesaikan masalah mereka.
  • Dapat jadikan mereka lebih baik dari sebelumnya.
  • Lebih mudah digunakan, lebih jimat kos dan lebih cepat hasilnya.

Jadi, tugas anda sebagai penjual adalah untuk yakinkan prospek yang anda mampu BANTU mereka untuk capai impian mereka.

4) INSPIRASI – Apa sumber yang boleh beri inspirasi dan motivasi pada prospek?

Contohnya; “Badan Daniel BERKETUL-KETUL, baru lepas guna produk ini tak sampai sebulan.. dah nampak MANTAP body dia. Nak badan macam Daniel?”

Bagaimana nak beri inspirasi pada prospek untuk membeli produk anda? Caranya;

  • Sediakan testimoni – Berikan testimoni dari pelanggan yang pernah menggunakan produk anda. Tunjukkan result sebelum dan selepas menggunakan produk anda.
  • Jadi pakar Jadikan diri anda sebagai seorang yang pakar dalam sesuatu bidang. Tunjukkan yang anda boleh selesaikan masalah prospek. Prospek akan lebih yakin untuk membeli dari anda.
  • Kisah inspirasi – Kongsikan kisah-kisah inspirasi dari orang yang telah berjaya capai impian mereka. Saya juga ada banyak kongsikan kisah inspirasi dari student saya DI SINI

Ambil sedikit masa untuk kaji 4 elemen di atas. Dengan memahami 4 elemen ini, anda akan dapat tahu apa kekurangan produk anda. Ini dapat membantu anda untuk tingkatkan lagi KUALITI produk dan penuhi PERMINTAAN prospek anda.

..

Inilah antara proses untuk kenali prospek anda. Penting untuk kenal prospek anda dulu, baru bina iklan.. baru iklan anda dapat hasilkan jualan.. baru tak rasa rugi buat iklan. Spesifikkan prospek sasaran anda, lebih senang anda nak buat iklan nanti.

Semoga bermanfaat.

Similar Posts

20 Comments

  1. Bila sebut MARKETING, 2 Soalan Wajib ditanya…

    SIAPA PELANGGAN KITA?

    Lepas kenal siapa pelanggan , baru kita boleh tahu DIMANA MEREKA BERADA?

    Resepi marketing turun temurun yang ‘always evergreen’.

    P.s. Business anda memerlukan laman web? Jangan tempah laman web dulu! Dapatkan 5 Hot Tips Meningkatkan Jualan di Laman Web secara PERCUMA dari saya! Klik pada nama saya okay!

Leave a Reply to 7 Perkara Penting Untuk Kenali Produk Yang Ingin Dipromosikan di Facebook | Sifu FB Ads Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *