7 ‘SOALAN POPULAR’ YANG BIASA PROSPEK TANYA, SEBELUM MEMBELI PRODUK ANDA

Sebelum kita nak membeli produk, mesti ada macam-macam persoalan dalam kepala kita, kan? “Boleh percaya ke? Mahalnya.. Halal ke? Confirm berkesan ke?”..

Itu normal, sama la juga prospek yang nak beli produk kita. Bukan senang nak minta bayaran daripada mereka ye..

Sebagai seller, kita kena tahu apa jawapan yang sesuai untuk setiap soalan mereka.

Dalam post ni, saya dah senaraikan soalan-soalan yang biasa prospek tanya, dan jawapannya. Nak tahu? Jom kita teruskan…

1. “Trusted ker produk/servis ni?”

Kita mesti buatkan prospek percaya produk kita. Ingat formula KLT? Know-Like-Trust.. sebelum menjual, kita perlu buatkan prospek kenal, suka dan percaya kita dulu.

Macam mana?

Kita boleh berikan info yang jelas dan details, tunjukkan credential, sijil, testimoni pengguna untuk yakinkan prospek.

2. “Brand macam baru jer, tak pernah dengar pun..”

Kalau prospek beli sebab brand, ini memang susah. Tapi ada caranya. Nak tahu?

Ceritakan story brand kita, visi dan misi, apa yang unik dan specialnya produk kita daripada yang lain.

Kalau ada public figure atau influencer yang guna produk kita, tunjukkannya.. mereka akan lebih mudah terpengaruh.

3. “Selamat ker?”

Biasanya soalan macam ni untuk produk kecantikkan dan kesihatan, prospek mesti nak tahu apa bahan-bahan yang digunakan, bagaimana cara proses produk tu.

Kita boleh tunjukkan testimoni, kajian, data, sijil halal dan kkm sebagai bukti yang produk kita selamat dan berkesan.

4. “Produk halal ker ni?”

Soalan ni jadi mudah bila kita dah ada sijil halal dan kkm. Tunjukkan je, prospek mesti terus yakin dan lega.

Kita boleh juga terangkan khasiat bahan2 yang ada dalam produk ni, dan tunjukkan result dari pengguna.

5. “Boleh jamin berkesan ke?”

Kita perlu tunjukkan banyak testimoni yang positif. Kongsikan fakta dan data yang boleh support produk kita.

Paling terbaik, kita bagi money back guarantee, policy refund.. kalau tak berkesan, prospek akan dapat balik duit mereka.

6. “Siapa yang pernah guna?”

Letakkan testimoni sebelum dan selepas pengguna, di sosial media dan website, supaya prospek lebih mudah cari dan tengok.

Kalau kat shopee, ada banyak review dari pembeli. Kita pun boleh tiru macam tu. Dalam kedai online kita, minta customer bagi review jujur.

7. “Berbaloi ke?”

Prospek nak tahu bagaimana kualiti, apa kelebihan dan manfaat produk kita yang boleh bantu mereka.

Mungkin mereka ada persoalan yang terakhir, “Kenapa aku patut beli produk ni? Kenapa harganya murah? Kenapa mahal?”

Kalau dapat soalan macam ni, kita perlu tambah value produk dan offer seperti diskaun, free gift atau bonus.. supaya produk kita ni nampak hebat dan berbaloi!

Ini akan buatkan prospek rasa sangat rugi dan menyesal, kalau mereka terlepas grab produk kita sekarang.

Jadi sekarang, korang dah tahu apa nak jawab bila dapat soalan-soalan macam ni.

Lepas ni, korang akan lebih mudah handle objection dan mampu close sales prospek dengan lebih cepat.

Tapi, paling penting.. kita kena jaga relationship dan customer support! Inilah strategi untuk dapatkan customer yang membeli produk kita berkali-kali!

Harap perkongsian ini bermanfaat untuk bisnes korang.

Nantikan lebih banyak konten baru di blog ini!

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *