|

9 PERKARA YANG ANDA PERLU FIKIRKAN BILA PILIH NAMA DOMAIN WEB ANDA

Bila anda nak mula buat website atau blog, memang banyak benda kena consider dan kena banyak fikir…Tak ramai yang ada kebolehan buat website or blog..TAPI nak buat website takde la susah mana..Sekarang ni dah senang nak buat website..Cari jer tutorial kat Youtube, mesti jumpa nyer…

Baiklah..Antara benda first yang patut anda consider dalam pembinaan website atau weblog adalah:

  • Pilih platform untuk dijadikan base website..Contohnya platform; WordPress, Wix atau Weebly..Nak mudah, anda boleh guna Wix atau Weebly, just drop in jer..
  • Tentukan web hosting yang mana anda nak guna.. Contohnya HostGator, SiteBuilder, Bluehost…
  • Pilih nama domain anda..

Ada yang tanya…Domain tu apa? Hosting tu apa lak? Macam ni..Domain ni diibaratkan sebagai nama kedai..Dan Hosting adalah tapak simpan bahan2 untuk bina website..Hari ni, Sifufbads akan kongsikan kepada anda apa yang patut tahu semasa pilih domain..

Jadi, ada 9 perkara yang boleh anda CONSIDER bila memilih nama domain..Terus saja tengok gambar2 kt bawah ni…

1# – MUDAH DIINGAT

Bila anda nak pilih nama, cuba cari nama yang mudah orang ingat…Dan cuba guna domain yang pendek TAPI mudah diingat…Katakan anda jual the 3 in 1 atas nama TEH PUKAU..

2# – MUDAH DI EJA

Jangan sesekali ambik risiko untuk buat domain yang susah untuk audience anda spell..Tips..pilih domain yang mudah di eja…

3# – PILIH “EXTENSION” TERBAIK

Ada macam2 extention yang boleh anda pilih..Apa bondo “extension” ni? Extension ni adalah: .com, .my, .net, .biz…TAPI yang paling Sifufbads rekemen adalah anda guna .com…Kalo anda nak guna .my pon ok…

4# – PENDEK

Pastikan domain anda pendek dan mudah untuk orang ingat serta mudah untuk dieja…Sifufbads rekemen anda guna tidak lebih 2 atu 3 patah perkataan…

5# – RELEVAN

Pastikan domain yang anda nak gunakan adalah releven dengan brand anda..Senang site, domain anda mesti mengambarkan bisnes anda…Katakan untuk servis plumbing..

6# – UNIK

Untuk bezakan anda dgn orang lain, anda boleh masukkan nama yg unik tapi masih mudah untuk orang faham apa bisnes anda jalankan..

7# – MUDAH DISEBUT

Adalah kewajipan bila cari domain yang mudah disebut..Tipsnya mudah aja..Cari domain yg mudah dieja dan mudah diingat..Dan automatic akan mudah disebut…

8# -MESRA MEDIA SOCIAL

Cari nama domain yang boleh ‘ngam’ dengan media social anda..Cuba cari nama yg boleh sama dan hampir sama dengan social media anda…Contohnya..domain Sifufbads adalah www.sifufbads.com dan facebook page Sifufbads adalah www.facebook.com/sifufesbukads

9# – BRANDING

Jika anda susah sangat nak cari nama, anda boleh pakai jer nama brand sekarang..Secara tak langsung, akan bantu anda bina brand awareness utk bisnes anda..

Dan bila dah habis, boleh ler SHARE post ni..

Ps: Post ni sangat PENTING untuk anda yang baru nak buat website…

Similar Posts

4 Comments

  1. nak tanya, company yang saya kerja sekarang kata ada domain, tapi saya nak check domain tu mcm mana ye?

Leave a Reply to fiqrie Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *