| |

Bagaimana Nak ‘Parking’ Website Anda Dalam Muka Pertama Di Google

Apa anda rasa bila bangun pagi esok, tengok2 website anda dah berada dalam page 1 di Google? Mesti best kan…Apa yang dapat bila website anda dah berada dalam page 1 di Google? Lagi2 jika website anda tu berada di ranking 1 di Google…

  • Trafik masuk laju dengan targeted audience..
  • Inbox (Whatsapps, email…) FULL
  • Sales laju….

Tapi bagaimana untuk pastikan website anda berada dalam kedudukan pertama di google? Lagi2 untuk anda yang kurang dari segi budget…Macam mana nak achieve benda alah ni?

Secara jujurnya, bukan satu benda yang mudah untuk dapat 1st ranking kat google tu..Lagi2 jika anda masih baru2 buat website…SEO atau nama panjangnya Search Engine Optimization memerlukan pembinaan content di website dalam jangka masa yang lama…

Dan anda perlu work hard dan ofkos kena smart untuk pastikan website anda berada dalam page 1 di Google…

TAPI bukan satu perkara mustahil untuk anda dapat..Jadi dalam artikel kali ni..Akan bantu anda untuk nampak jalan bagaimana anda nak achieve page 1 tersebut dan bagaimana untuk maintain dalam kedudukan tersebut dengan kos marketing yang paling minima…

Ada beberapa perkara yang Sifufbads akan sentuh untuk bantu anda dapatkan 1st ranking di Google…

1# Pilih topik yang betul untuk cover

Sifufbads bukan mention keywords yer…Memang betul, keyword perkara yang tersangat penting…Tapi pemilihan tajuk content perlulah relevan dengan audience anda…

Jadi dalam content tersebut, anda boleh guna keywords secara kerap..Perkara ni dipanggil keyword stuffing dimana ia berpontensi naikkan website anda pada kedudukan lebih tinggi…

Jadi..untuk pemilihan topik, sebaiknya..

  • Specific pada satu2 audience.
  • Topik tersebut mesti lah tentang apa yang audience anda mahu kan…
  • Topik tersebut kena relevan, fresh dan user experience

Jika anda dah faham, anda boleh proceed ke step yang ke 2….

2# Masukkan keywords anda pada lokasi2 yang strategik..

Keywords diibaratkan foundation dalam post anda..Jadi, ia sangat penting untuk anda gunakan keywords yang betul pada lokasi2 yang strategik dalam post anda…Disini, anda cuma biarkan google dan pembaca anda tahu dimana topik dan dimana subtopik yang penting dalam post anda…

Disini, ada beberapa area yang boleh anda letakkan keywords…

  • Tag Tajuk: Ia berfungsi sebagai headline di search engine bila mana audien ingin lawat website anda…
  • Tajuk Post anda.
  • Pada URL anda: Pastikan URL anda gunakan perkataan..Contohnya com/blog/tutorial/cara-setting-data-iklan-di-fesbuk/ …Seeloknya, elakkan guna URL cam ni.. www.sifufbads.com/csdidf123 ….
  • Dalam headline anda: Anda cuma masukkan keywords di ruangan heading dan subheadline..
  • Pada tag image: Anda juga boleh letakkan keywords untuk terangkan image tersebut…
  • Pada caption gambar
  • Dalam content anda: Disini, anda boleh guna secara berulang kali..Anda boleh gunakan Bold dan Italic untuk tekankan pada keywords anda..

3# Content yang MANTAP

Jika anda dah buat step2 sebelumnya tapi content anda tak unik, tak engage dan tak user experience..Jangan harap nak dapatkan ranking yang tinggi…

Disini, content sangat la penting..Sebab itu, content yang bagus sangat membantu naikkan ranking website anda berkali ganda..

Satu lagi perkara penting dalam content anda adalah bilangan perkataan. Namun kualiti content JAUH lebih penting dari kuantiti..Mengikut kajian yang dijalankan oleh Backlinko, average panjang content untuk mereka yang berada dalam ranking 1st adalah 1,890 perkataan.

Jadi, ada beberapa perkara yang patut anda consider bila hasilkan content..

  • Guna gambar atau video: Pembaca dan Google sangat suka untuk tengok gambar dalam content anda..Visual juga bertindak sebagai STOPPER pada content anda..Dan visual juga digunakan untuk elakkan pembaca mudah bosan dan SKIP content anda…
  • Masukkan Social Media Button Share: Nampak macam simple, tapi ia sangat membantu untuk sebarkan content anda…
  • Gunakan URL yang pendek dan mudah ingat.
  • Link dengan relevan post dan page.
  • Elakkan kesalahan dalam typo: Satu dua perkataan adalah normal..TAPI jika terlalu banyak akan start ‘rosakkan’ kredibiliti anda…

Jadi…3 perkara ni sangat membantu anda untuk dapatkan 1st ranking di Google..Sebenarnya ada banyak lagi point..Tapi rasa cukup untuk kali ni..InsyaAllah, Sifufbads akan kongsikan lagi mengenai website, SEO dan lain2…

Semoga ia bermanfaat pada anda…

Similar Posts

3 Comments

  1. Tips yang bagus. Memang betul perlu konten yang berkualiti berbanding panjang. Sebab artikel yang baik akan mudah disebar luas di media social.

Leave a Reply to Zaini Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *