Cara Gunakan Fungsi Promote Post

Promote Post

Promote Post

Promote post juga dikenali sebagai sponsored ads dalam pengiklanan Facebook.

Fungsi ini terdapat di bahagian bawah post di fanpage anda.

button promote post

Fungsi “promote” pada post timeline

Fungsi ini diperkenalkan oleh Facebook pada pertengahan tahun 2012 ini, untuk membantu pemilik fanpage untuk meningkatkan kadar reach sesuatu post kepada fans mereka.

Sebelum ini..

Sememangnya kalau kita buat post di wall page kita, biasanya bawah 10- 20% saja reach yang kita terima.10- 20% je akan lihat post kita di newsfeed mereka. Itupun jika mereka memang buka newsfeed ketika itu. Untuk dapatkan atas 20% reach, memang agak sukar.

Kerana..

  •  Bukan semua fans kita online FB mereka di kala kita buat post. Katakanla kita buat post pagi ini, mereka pula login FB jam 9 malam. Mereka berpotensi untuk tak terima post kita di newsfeed mereka.
  • Mereka sudah tentu LIKE banyak fanpage, subscribe banyak friends, sudah tentu newsfeed mereka sentiasa menerima update yang begitu pantas, sehinggakan mereka tak sempat melihat post kita.
  • Satu lagi, penglibatan fans kita dengan post kita (samada LIKE, komen, Share) juga memainkan peranan..
  • FB newsfeed ni ada algorithm nya sendiri…..


Sebab itu fungsi PROMOTE (button promot di ruangan action post) disediakan oleh FB. Ini bukan bertujuan untuk mengaut untung semata-mata, tapi membantu pengiklan FB beriklan dengan lebih berkesan. Post kita akan muncul di kedudukan PERTAMA newsfeed fans/audien yang kita sasarkan. Kelebihannya

  • Post iklan anda lebih besar, jelas berbanding iklan tepi tu..
  • Setiap audien yang berjaya dicapai, akan melihat post kita di awal newsfeed..Sebab itu CTR hasil ads ini mampu capai 5-20%.
  • Anda boleh dapat CPC bawah USD0.03 jika CTR tinggi..(biasanya mudah saja)..Walaupun ianya OPTIMIZED CPM, tapi kita boleh jimat banyak guna cara ni..
  • Sangat sesuai buat fanpage yang dah memiliki kredibiliti, TAT (Talking About This), dan jumlah LIKE melebihi 1000 LIKE…
  • Conversion juga boleh dapat tinggi jika tahu teknik PUSH MARKETING..

Ikuti Langkah-Langkah Buat Iklan Promote Post..

1. Bina post anda terlebih dahulu.

post contoh

Contoh Post yang telah dibina

2. Lihat button “Promote” di bawah post yang telah dibina tadi.

Button Promote

Button Promote

3. Klik dan paparan ruang setting iklan akan anda lihat seperti di bawah.

Paparan Setting Iklan

Paparan Setting Iklan

Panduan Isi maklumat ini:

Audience – Anda boleh iklankan post anda kepada fans anda sahaja, atau anda boleh memilih fans dan rakan mereka. (Anda boleh cuba yang pertama dahulu)

Maximum Budget – Anda pilih budget yang anda mahukan. Budget ini adalah berdasarkan slots sasaran Reach yang anda ingin sasarkan. Lebih tinggi reach, lebih tinggi kosnya. (Apapun, anda boleh PAUSE iklan ini selepas ianya dijalankan)

Pilihan budget berdasarkan jumlah audien sasaran

Pilihan budget berdasarkan jumlah audien sasaran

4. Anda akan diminta isikan maklumat kad kredit/kad debit bagi tujuan billing. (jika pertama kali membuat iklan FB)

5. Klik butang “Promote Post”  untuk pastikan iklan anda berjalan.

Mula Promot

Mula Promot

6. Button promote bertukar kepada Promoted jika iklan “post promote” telah dibuat.

Sudah promote

Sudah promote

Begitulah langkah-langkah untuk anda gunakan fungsi “promote” pada fanpage anda.

Apabila iklan anda telah diluluskan oleh pihak FB (biasanya sekejap saja), iklan anda mula dipaparkan di awal newsfeed audien anda. Contoh paparan adalah seperti berikut. (Anda dapat lihat perkataan sponsored pada post tersebut. Tiada waktu dipaparkan)

Paparan iklan sponsored post (promote post)

Paparan iklan sponsored post (promote post)

Anda dah faham? Saya harap begitulah! Ini lah kaedah pengiklanan FB ads paling mudah untuk dijalankan, terutamanya buat mereka yang baru.
Tapi perlu ingat..
Setiap teknik pasti ada kelebihan dan kekurangannya sendiri.

Kelebihan iklan ini – mampu hasilkan CTR yang tinggi di mana paparannya adalah lebih besar, lebih jelas dari paparan iklan biasa (iklan di sidebar tepi FB). Paling efektif jika post anda adalah post promosi produk. Yang menarik lagi, iklan ini berpotensi untuk berikan anda kos iklan yang rendah (bawah USD0.05).

Kelemahan iklan ini – Ianya hanya sesuai apabila anda memiliki fans yang ramai (atas 1000). Jika bawah dari itu, agak kurang efektif. Selain itu juga, iklan ini berpotensi untuk sampai kepada audien bukan sasaran anda (bila anda memilih freinds of fans).

Sekian saja perkongsian dari saya. Jika anda belum cuba fungsi promote post ini, inilah masanya untuk anda gunakan. Selamat beramal!

Google

SILA KONGSIKAN PENDAPAT ANDA DI BAWAH..

  1. kerol_islam says:

    Terbaekkk, blog pun sgt cantik dan menarik, thumbs up sifu..:-)

    1. kerol_islam says:

      perkongsian yang sangat menarik, 🙂

    2. Rosli Josari says:

      terbaekkkkkk………………

    1. tenkiu kerana membaca:-)

      1. montana says:

        terima kasih atas perkongsian tuan..Allah Zidka Khaira 😉

  2. bukharie says:

    Alhamdulillah,dapat Ilmu baru.tq sifu:-)

  3. karimDOTmy says:

    panduan yang berguna..lepas ni makin banyak fungsi2 iklan dan perlu dimanfaatkan semaksimum mungkin.

    1. Terima kasih tuan Karim …Mudah-mudahan memberi manfaat

  4. diela sudin says:

    selamat ke kita gunakredit kad utk pmbayaran tu??time kasih

    1. Tiada masalah….dalam pembelian online kad debit/kad kredit mmg diperlukan..dgn FB, secure…(saya sendiri banyak pembelian luar negara guna kad debit)..Kadang2 pihak maybank call kita untuk sahkan transaksi yang dibuat…Dun wurri:-)

  5. wafi says:

    gila,,pendedahan menarik,,tq sifuuuuuuuuuu

  6. Lily Nrman says:

    salam. terima kasih. pendedahan ini adalah amat baik untuk saya.
    saya agak tertarik dengan pembacaan saya di http://www.mrgreen.am/facebook-ads/zero-cent-clicks-on-facebook-ads/

    impressions, view, ctr, view mencapai target yang luar biasa dgn gunakan teknik cpm…kos iklan $0.00! lebih murah dari duit!

    apa pendapat tuan?

    1. Ni artikel tahun 2010..sudah tak boleh dipakai dah..FB dah berubah sangat banyak..skerang ni TAK KAN DAPAT KOS CAMNI kebiasaannya..NI LAMA PUNYA ALGORITHM

      Ni komen saya berkenaan teknik CPM (saya juga ada jual panduan teknik CPM)
      1 – impressions, ya betul, dgn CPM kita mampu dapatkannya tinggi dalam masa yang begitu singkat..
      2 – view – view sama dengan impressions
      3 – kos iklan USD0.00 itu adalah MUSTAHIL..ini kerana FB sediakan FB Ads adalah untuk pengiklan menggunakan servis iklan FB..pengiklan perlu membayar..dalam CPM, kita perlu membayar minima USD0.01 untuk 1000 impressions…kalau 100,000 impressions, berapa dah kita kena bayar tu? dalam http://www.mrgreen.am/facebook-ads/zero-cent-clicks-on-facebook-ads/ hanya avg CPC yang 0.00..itu tak perlu lihat, sbb si pengiklan guna CPM..dan kos iklan dia adalah 0.33USD..kita lihat cost CPM dia dapat USD0.01, ni adalah paras minima dalam ads..ctr PUN RENDAH JE TU 0.3..sekarang, nak dapat macam tu, kena dapatkan CTR atas 20%..sangat sukar untuk capainya..

      1. Satu lagi – kebanyakan yang dibuat tahun 2010 takkan sama dgn skrg…fb dah upgrade banyak, dan pengiklan semakin ramai..

  7. Liza says:

    Perkongsian yang amat berguna. Jazakallah..

  8. Nurulzaitul says:

    kalau page itu kurang daripada 1000 LIKE macam mana Sifu?

    1. Kalau bawah 1000 LIKE..reach sasaran kita tak banyak..friends of fans boleh capai 2-3 ribu sahaja..kalau lebih 2000 LIKE, lagi ramai..lagi ramai LIKE lagi bagus untuk guna fungsi ni

  9. abdfatah says:

    kalo gitu punya cerita kena buat fb ads punya sasaran dahulu laa baru kemudian guna promote post… adeh… ayatnya.. hehehe

  10. ANA says:

    $5 tu utk sehari atau selepas kita capai Est reach? atau akan berterusan sampai bila2?

    1. USD5 tu..sampai kita capai estimated reach atau hampir dengannya..biasanya 3 hari saja..selepas habis tu, tak jalan dah

  11. […] Iklan sponsored post – Anda boleh iklankan post yang anda dibina di fanpage anda. Ianya dipaparkan seperti di […]

  12. khai says:

    kalau kita set bajet usd5 dan bila bajet tu dh sampai target usd5 tu ads akan berhenti sendiri atau macam mana tuan?

    pastu satu lagi ads jenis ni ada ads manager jugak ke cmana.kurang faham.ada buat ads ni baru ni tp dia sampai info di email.jadi klu nk pause kan ads tu atau nk tengok bajet dan sbgnya mcm mana.harap dpt penjelasan.

    1. Ye, sampai capai USD5 tu,atau hampir dengannya – ia akan berhenti.

      Ye, ada di ads manager juga. Kalau kita buka ads manager, ada ads dengan nama panjang (Dia amik perkataan awal pada post kita)..kita boleh pause, lihat spent di ads manager

  13. fatma says:

    salam..

    – saya pernah guna iklan PROMOTE cam kat atas…tapi tolak dari no tel kita..pastu saya terus tak reti cam mana nak buat…huhu…cam mana yek

    1. Kita boleh lihat di ads manager kita.. Kalau kita buka ads manager, ada ads dengan nama panjang (Dia amik perkataan awal pada post kita)..kita boleh pause, lihat spent di ads manager

  14. salam Sifu.. kenapa sy xde button promote kt fanpage sy ye? pelik..

    1. Waalaikumsalam..fanpage kena ada 200 like dulu, baru ada button ni

  15. Azhar says:

    Terimakasih Sifu..saya baru buat percubaan promote post pagi tadi dan setelah memdapat bimbingan di site ini makin faham lah saya teknik ini ..alhamdulillah..

    1. Alhamdulillah:-) Selamat beramal..

  16. ryea says:

    boleh pakai debit card cimb tak nak buat iklan tu? sb saya buat asyk x valid je

  17. fauziah says:

    Ilmu yg berguna.Audiens dan meningkat dgn cara ini.

  18. Muaz says:

    Salam,

    Promote Post ni perlu kan approval ke?

    T.kasih

  19. nurul says:

    Assalamualaikum sifu…..

    macam mana pula kita nak buat promote ni untuk dapatkan like lebih banyak untuk page..? Sebab saya pernah nampak iklan yang di sponsored tapi ada button “like”…

  20. analuny says:

    as salam…
    sifu ,mana yang lebih bagus, guna button promote atau create iklan?jika ingin sasaran produk

  21. ruby says:

    pilihan cara pembayaran hanya ada Credit Card shj, Debit Card xde pon..

    1. Masukkan sahaja info debit card tersebut.

  22. jamilah says:

    kenapa promoted post yang saya buat tak keluar status sponsored?

  23. atikah says:

    Assalam sifu.. kenapa saya punya xde button promote, tapi yang ada cuma advertise post & get more reach jer.. adakah fungsinya sama… mohon pencerahan sifu..

  24. Fauzi says:

    dalam pages saya https://www.facebook.com/mindacergas tiada fungsi Promote tapi dalam laman peribadi Fauzi ada pula, kenapa lagu tu ya

  25. aliza says:

    amat berguna & sgt membantu…tqvm 🙂

  26. ziebakar says:

    tq atas ilmu… tapi my fanpage belum capai 1000 likes… so kena tunggu sampai 1000 like atau bagaimana.

  27. pija says:

    boost post dengan promote post sama ke ?

  28. moon says:

    salam..sy skarang baru ade 110 likes shj..kalo sy guna promote ni..boleh bantu tambah kn like sy atau kena tgu ramai yg like bru berkesan guna promote page ni

  29. Hurheaven says:

    Sy dh promoted post yg RM16 untuk one day. Agak berkesan. Tp skrg sy tak faham dgn billing. Sy guna kad debit maybank, mcm mana maybank akan tolak RM16 dr akaun sy?hope dpt bantu..

  30. abdhalim says:

    sy ada debit kad RHB,pertama buat fb ads blh.kedua buat tak blh pulak.fb bg tahu saya hutang FB RM300.tak paham .bantuan sifu…

  31. annaazam says:

    Salam… Kalo takde credit card macam mana ya? 🙁

    1. Boleh gunakan kad debit.

  32. Kak Engku says:

    Thanks Sifu. Lepas nie nak try la gune fungsi button tu. Caj yg paling minima rm5.00 ye Sifu

  33. seri says:

    assalamualaikum t.kasih sifu amat berguna kepada saya yg baru lg

  34. eira says:

    Salam tuan admin..Knpa sya punya post xde keluar pun button promote tu yea?

  35. khawie says:

    nice info, thanks..

  36. Sifu…bagaimana nak tingkatkn sales…page dh capai like 2k tp sunyi…hanya ada 2..3 org shj customer yg komen…yg like tu mmg byk..minta tolong sifu..

  37. […] Iklan sponsored post – Anda boleh iklankan post yang anda dibina di fanpage anda. Ianya dipaparkan seperti di […]

  38. niza yusof says:

    perkongsian yg menarik.. tq atas ilmu yg diberi

  39. adam says:

    salam tuan,
    masih boleh guna lagi kah teknik ini sekarang ?

  40. sue says:

    salam ncik..saya dah guna kaedah ni..tmula tu saya fikir budget rm4 sahja untuk 1 hari…tapi saya minta 10 hari sahaja..masalh timnul apabila payment makin bertambah.macam mana ye nak berhentikannya?saya takut cecah ribuan…reply ncik..

    peniaga naif

  41. fida says:

    Assalamualaikum tuan,
    Sy ada soalan…bila fb akan deduct payment dr acc kita ye?sbb sy boost post/promote fanpage sy dh 2 mggu,fb still xdeduct dr acc bank sy.

  42. nita says:

    apa maksud billing zip code dlm boost post/page manager?..semua detail kad atm dh masuk tp dia suruh masukn billing zip code.

  43. Linda says:

    takt au kenapa asyik kena reject je. padahal copy paste dari agen lain je…
    asyik kata doenst meet FB advert guideline ajer

  44. salam sifu fb ads..
    saya ada beberapa soalan…
    page saya sudah ada 7++ like… (https://www.facebook.com/BossArtPhotography/)
    bagai mana untuk tingkankan LIKE pada page dan bagai mana kaedah POST BOOST atau PROMOTE tu tuan…
    maksudnyer cara pembayaran pada pihak FB…sekali pembayaran sahaja atau berterusan?

  45. kedai-lelaki says:

    apa beza promote page, boost page & fb ads? saya nak target customer yg bukan friends.tq

  46. budak junior says:

    maaf lah yer soalan saya pening skit…berapalah agak2 kena bayar kat facebook tue mahal ker? pahtu macam mana nak tahu berapa harga dia

    1. byran fb ikut bidding. kita boleh setkan bajet. Kalau kita letak RM20, tu je yg akan potong. Mahal atau murah ikut kualiti iklan. Lg byk respons, lg murah..

  47. bagus ne coba dulu gan..

Comments are closed.

Program @ Sifufbads

21/07/2019
2Comma Tribe
Dewan Banquet UPM, Serdang

20/07/2019
2Comma Tribe
Dewan Banquet UPM, Serdang

19/07/2019
2Comma Tribe
Dewan Banquet UPM, Serdang

Follow Instagram @sifufbads

  • Pernah dengar tak omputeh cakap mcm ni start now
  • Setuju ke setuju sangat dgn Mr Robert ni?? Sifufbads yakin
  • Biarlah gambar berbicaraYang ada kedai mcm ni lah situasi selalu
  • 80 prospek akan beli lps mreka baca review atau feedback
  • Pernah tak korang rasa penat posting2 dekat ig tu tapi
  • THINK OUTSIDE THE BOX! Setuju ke kurang setuju
  • Jadi Founder bisnes ni nampak mcm best jermcm femes jerTapi
  • BISNES BARU UP TAPI BELUM LAUNCH DAH SOLD OUT?! APA
57 BUKU MARKETING SI PEMALAS
57 BUKU MARKETING SI PEMALAS

Khas untuk anda yang rasa marketing tu leceh.. tak penting.. dan menyusahkan hidup. Ada lebih 50 strategi yang anda boleh terokai.. ianya straight forward dan mudah faham.. simple trick but very powerful! Isi Form di Bawah Sekarang!