STOP BUAT 7 KESILAPAN NI KALAU NAK ‘SEDUT’ AGEN SAMPAI LICIN

 

“Setiap zaman ada perubahan, macam 2 3 tahun lepas ramai fokus pada team sales.. dan skrg ni apa Sifubad nampak skrg dia lebih ke arah team agen..” 

 

Jadi founder ni, kena tahu cara yang betul nak rekrut agen dropship.. tapi bila tengok founder2 sekarang buat marketing nak rekrut, Sifubad nampak “mistake2” yang founder2 ni buat.. dan mistake2 ni byk juga yg jadi berulang kali.

 

Bila nak rekrut korg MESTI jaga, pastikan cara yang betul, sebab strategi ini akan melambangkan imej jenama korg juga. Tak cantik bila ada kesilapan2 ni ada dalam proses nak rekrut.

 

STOP BUAT 7 KESILAPAN NI KALAU NK ‘SEDUT’ AGEN DROPSHIP SAMPAI ‘LICIN’!

 

#1 TAKDE USP

Macam mana nak rekrut kalau produk korg takde USP, tengok2 memang macam tak ada beza pun dengan apa yang ada kat market.. packaging sama.. benefit pun lebih kurang.. sebab tu sendu je bila teriak “jom join kita..!” 

 

Reseller sekarang dah tak macam zaman2 sebelum ni, sebabkan banyak produk ada di market, dorang pilih yang mana satu paling unik dan mudah untuk di jual. USP memang teramat penting, bak kata omputih “1st impressions matters“.

 

#2 BRANDING, MARKETING LEMAH

Reseller2 yang korg nak ‘sedut’ dorg akan pilih brand mana yang dorg nak.. Cuba korg letakkan diri kat tmpt dorang, nak ke pilih brand2 yang ‘TAK STRONG’..

 

Marketing pun ‘TAK STRONG’.. agen2 dropship ni dorang tak cara nak buat marketing untuk korang.. Dorg nak sibuk lyn customer, nak buat postage.. kalau tak ada PKP dorg jugak kena buat COD.. Brand korang lah yg kena ‘STRONG’ kat marketing.

 

#3 TIADA STRUKTUR

Bila tengok pada struktur, reseller pun pelik.. Bertingkat2 mcm nk ke MLM pun ada.. tak salah pun kalau nak namakan ‘stage2’ tu, tapi bila ada banyak sangat layering, dia buat org rasa susah dan konpius tengok struktur korang.

 

Korang kena tunjukkan struktur yang jelas.. dan.. mudah untuk dorang nak capai. Kemudian, mesti teratur dan realistik. Ada kadang founder yang letak terlampau tinggi MOQ nya. MOQ ini biar logic dan ada peringkatnya. Macam mana kalau baru nak mula dan dah kena order sampai 30 unit. Lain kalau produk harga RM 5-10 tu tak apa.

 

#4 KURANG TESTIMONI

Utk nak rekrut yg ‘newbie2’, dorg nak inspirasi daripada korang.. brand mana yg ‘STRONG’ kat inspirasi ni dorang lah yang dapat ‘sedut newbie’ paling ramai. Testimoni2 yang berjaya tu jangan di simpan2.. Kongsikan..

 

#5 PROFIT, PROFIT, PROFIT

Ini memang korang kena alert betul2, cara pengiraan profit kena betul.. kalau rendah sangat susah nak rekrut, kalau tinggi sangat HQ pula tak boleh sustain..

 

Kalau tak reti, takpe.. BOLEH BELAJAR!

 

#6 SUPPORT SYSTEM OUT!

Walaupun reseller yang ‘otai2’, dorang tengok tau support system HQ.. training cukup ke tidak.. marketing tools diberi cukup ke tidak.. customer servis boleh handle ke.. Kalau korang nak tahu apa RAHSIA kalau nak reseller yang ‘otai2’.. betulkan support system korang.

 

Pastikan TIPTOP!

 

#7 KEMUT SANGAT DENGAN REWARD

Belajar cara bagi reward yang buat reseller ‘MOTIVATED’ dan terkejar2 target.. Ini ada ke bagi stock free jer.. bagi cash jer.. Korg kena tau ape strategi bagi reward utk agen dropship ni! Baru mantap kalau nak ‘sedut’ ORG2 BARU!

 

Yg newbie mmg kompem akan tgk menda2 reward ni. Itu antara cara newbie bole up-kan diri dorg nnt.. Founder2 kena faham..

 

Harap korang dah alert dengan kesilapan2 ni moga2 dah tak berulang lagi dah ya..

 

Dapat sesuatu?

SILA KONGSIKAN PENDAPAT ANDA DI BAWAH..

Program @ Sifubad

28/11/2020
Marketing From Zero 2.0
Virtual Online

31/05/2020
Marketing from Zero
Online Webinar

25/04/2020
The Foundr 5.0
Online Webinar

Follow Instagram @sifubad

No images found!
Try some other hashtag or username
FROM ZERO 2021
FROM ZERO 2021
Adakah anda usahawan yang nak laju, maju & nak buat comeback 2021 ini? Dapatkan new formula untuk bisnes anda disini!

SAYA NAK, SIFU!