| | | | |

5 STRATEGI UNTUK KUASAI BISNES DI SOCMED 2021

KETAHUI STRATEGI YANG PALING UPDATED UNTUK KUASAI BISNES DI SOCMED – (STRATEGI #4 PALING WIN)

Situasi di negara kita skrg ni makin mendesak kita utk ubah bisnes offline ke online. Dengan kes harian yg masih tak kurang 5000 kes sehari, plan pemulihan kerajaan pun dah tunjuk bulan 10 ke bulan 11 baru perniagaan boleh beroperasi seperti normal.

Tapi, belajar dari sebelum2 ni, macam macam boleh jadi dengan pandemik yg kita tgh lalu skrg. Jadinya sbg bisnes owner kita tak boleh sentiasa berharap. Walau apa pun kita mesti bertindak dan kawal keadaan supaya bisnes kita ni sentiasa menuju ke arah target kita.

Majoriti bisnes di Msia skrg ni dah mula buat ‘transition’ dari offline ke online. Masing2 aktif di semua platform yg ada utk ‘promote’ produk. Live, content posting semakin byk kat laman socmed kita. 

Bila dah ada banyak bisnes mula muncul di online, macam mana pula kita nak kuasai online bisnes dan jadi ‘top of the mind’ pada audiens kita? 

Kalau tak ada strategi yg betul, mmg pasti bisnes anda akan di tenggelami dgn bisnes2 lain yg sentiasa aktif dan yg mengawal tumpuan audiens kita di socmed.

SIFUBAD akan share 5 STRATEGI KUASAI BISNES DI SOCMED.

#1 MULA DENGAN 1 CHANNEL

Kalau anda baru nak berjinak bina followers dan baru nak kenali audiens anda di socmed. Anda perlu fokus dulu pada 1 channel. Jangan terburu-buru nak terus ‘conquer’ semua socmed. Cari 1 atau 2 channel yg relevan dgn bisnes anda dan mula kuatkan lagi kualiti dan kuantiti content anda.  

Dapatkan attention audiens dengan content yang bermakna, menarik, creative dan yg paling penting adalah content yg membantu ‘solve’ problem audiens anda.

#2 PLAN CONTENT

Rahsia untuk kawal sesuatu platfom di socmed ni, anda WAJIB konsisten dengan posting di socmed. Dan untuk nak jadi konsisten ni anda kena ada plan utk setiap posting yg anda buat. 

Apa persamaan yg ada pada brand2 besar di socmed? Dorg ada plan content dan ada yg dah plan sebulan kehadapan dengan content posting dorg. 

Anda boleh mula plan 5-7 hari kehadapan dulu dan mula tingkatkan lagi dari semasa ke semasa.

Bila tak ada plan ni mulalah situasi tak tahu apa nak post dan tak post. Ataupun post je apa2 janji ‘nampak aktif’. Ini lah posting yg sia-siakan brand anda di mata audiens. Audiens tak akan nampak value anda.

#3 KENALI AUDIENS DARI SETIAP SOCMED

Anda kena faham setiap audiens dari setiap socmed ni dia berbeza. Setiap socmed ada cara penyampaiannya. Tak bole guna cara di TikTok digunakan di FB. Tak relevan dan tak ada impak.. ini contoh konsep yg sesuai bagi setiap socmed ;

IG – content yg berunsur gambar2 dan video yang menarik attention audiens.

FB – content yg berunsur infografik dan bawa audiens ke artikel yg byk dapat perhatian audiens.

TikTok – content yg singka(>15saat), padu dan kreatif dlm bentuk info-tainment yg banyak menarik perhatian audiens. 

#4 UNICORN CONTENT

Maksud ‘UNICORN CONTENT’ ni adalah content yg dapat engagement, likes atau views yg tinggi pada posting2 yg anda dah buat. Maknanya audiens sukakan content tu dan anda kena gandakan lagi content2 yg audiens anda suka.

Kenal pasti apa punca anda dapat engagemant yg tinggi dalm suatu posting tu. Mungkin kelainan dari segi copywritingnya, kelainan dari segi cara penyampaian, kelainan dari segi gambar atau effect video.

Anda kena study satu persatu content2 yg dah di post dan study data2 ni untuk identify mana satu yg Unicorn Content di socmed anda.

Nak tips untuk buat “Killer Unicorn Content”? 

Anda kena study content2 competitors anda dan lihat apa kelainan yang anda boleh tambah dan jadikannya dlm bentuk unicorn content anda. 

Inilah rahsia anda boleh tambah followers di socmed anda.

#5 BINA FANS

Strategi terakhir adalah bina fans anda. Bila di socmed ni, anda mesti ada motif di sebalik posting2 anda. Bina fans ni mesti jadi tujuan utama anda di socmed.

Dengan adanya fans ni, anda dah ada purchasing power yg tinggi dlm komuniti followers anda. Dan cara utk bina fans ni, tak lain dan tak bukan anda kenalah berinteraksi dengan audiens anda. Reply pada komen2 dan DM audiens, tunjukkan ‘behind the scene’ anda dan tunjukkan kpd audiens anda yg anda betul2 kisah pada audiens anda.

Orang Percaya Orang – keluarkan diri anda ke tahap yg anda selesa untuk berinteraksi dgn audiens anda. Ini lah tujuan LIVE yg sebenarnya. Itu lah satu-satunya masa yg anda boleh tumpukan bersama dengan audiens anda untuk kenali apa sebenarnya permintaan yg ada dikalangan audiens anda.  

Inilah strategi yg paling updated untuk anda nak kuasai bisnes di socmed.

Mudah-mudahan anda dapat buat ‘trasition’ yg berkesan bagi yg nak pindah dari offline ke online. Dan juga bina followers yg lebih ramai lagi bagi yang berbisnes secara online ni.

Aaminn..

Anda belajar sesuatu? 

Kalau ya, komen ‘POWERLAH’ di bahagian komen di bawah 👇

Similar Posts

2 Comments

  1. Tips yang sangat berguna untuk tingkatkan online presence di sosial media. Benda yang saya belajar dalam artikel ni pasal unicorn content. Tak pernah dengar sebelum ni dan konsep yang menarik dalam content marketing.

  2. Bagus sangat perkongsian strategi ni. Benda baru yang saya belajar adalah unicorn content. Tak pernah dengar pun sebelum ni pasal unicorn content ni.

    Terima kasih atas perkongsian.

Leave a Reply to Faisal Badry Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *