Mohd Noor, Dari Seorang Pensyarah ke Bisnesman

MOHD NOOR, DARI SEORG PENSYARAH KE BISNESMAN

Beliau adalah seorang pengarah kepada CMN Global Consultant Sdn Bhd dan Co-Founder Akademi Infitah Training & Consultancy yang menawarkan perkhidmatan tuisyen dan mengaji di rumah..

SEKARANG..

.. Syarikat beliau kini mempunyai 20 cawangan Akademi Infitah di seluruh Malaysia dan luar negara.. Ada di antara cawangannya mampu memberi pulangan melebihi RM20k sebulan.. WOW!

SEBELUM NI..

.. Beliau adalah seorang pensyarah, mengajar student-student di IPT. Tak lama lepas tu, beliau ambil keputusan untuk berhenti kerja kerana nak fokus pada bisnes.

Di sinilah bermulanya kisah hidup beliau sebagai seorang bisnesman..

INI KISAH BELIAU..

” Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi Allah,

Saya Mohd Noor Tahir, Pengarah kepada CMN Global Consultant Sdn Bhd dan Co-Founder Akademi Infitah Training & Consultancy. FOKUS kami adalah menawarkan pembelajaran fokus dan eksklusif bagi perkhidmatan tuisyen dan mengaji di rumah.

Alhamdulillah berkat kerjasama yang baik daripada partner (Arif Asa’ad, Badrul, Anwar) serta Leaders & Famili CMN juga Infitah yang melebihi 500 orang (full time & part time), kami dapat menawarkan perkhidmatan kami di 20 cawangan Akademi Infitah di seluruh Malaysia dan luar Negara iaitu di UK..

.. Kini, ia sedang bertambah dari semasa ke semasa termasuk juga partner ‘joint venture’ kami. Pendapatan bagi setiap cawangan yang bagus boleh melebihi RM20k sebulan jika diuruskan dengan cara yang betul.

Selain itu, kami juga menganjurkan program latihan, pembelajaran, keusahawanan dan coaching di sekolah, organisasi, badan korporat dan juga kepada mereka yang berminat menceburi bidang ‘Home-Based Learning’ yang semakin mendapat tempat di hati klien kini.

Dulu saya tidak seperti ini, pernah dapat tawaran untuk sambung bidang perubatan tetapi tak dapat meneruskannya atas sebab tertentu. Kemudian, berhenti kerja sebagai pensyarah IPT kerana ingin fokus dalam pembelajaran universal dan bisnes.

.. Ku sangka kan langit cerah hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Rupa-rupanya bukan senang nak buat bisnes ni. Nampak dari luar memang best. Banyak cabaran dan dugaannya termasuk orang di sekeliling kita. Ramai pelik, kenapa nak berhenti kerja selepas ada kerja yang secure?

Saya selalu diam dan jawapannya hanya saya simpan di lubuk hati. Biarlah orang nak kata apa, yang penting kita tahu niat dan matlamat kita.

Memang masih ramai masyarakat kita yang berpandangan bahawa bisnes ini bukan kerjaya sebenar dan tiada masa depan.

Namun, bila kita ada matlamat dan hala tuju yang jelas dan ramai orang yg perlu dibantu, maka saya terpaksa bersabar dan teruskan passion saya. Kadang-kala terpaksa PEKAKKAN sahaja telinga. Fizikal nampak ok, dalam hati Allah sahaja yang tahu. Dalam masa yang sama saya tetap berbuat baik kepada mereka.

Pada tahun 2013, saya mengikuti seminar Pakar Bisnes Internet oleh Tuan Zamri Nanyan, dan pada masa tu salah seorang speaker adalah Tuan Jamal, then beliau offer coaching fb ads.

Masa tu fikir 10x juga lah nak daftar atau tak.. Pelaburannya boleh tahan.. Maklumlah kewangan dan bisnes belum stabil lagi.

Tapi saya ingat, pelaburan ilmu adalah yang paling besar, so saya redah dan usahakan je lah untuk mendapatkannya walaupun terpaksa ikat perut.

Bila belajar dengan sifu, saya terus ambil tindakan. Memang nampak improvement yang sangat ketara. Dari asal 4 cawangan, terus bertambah dari semasa ke semasa. Kami juga terpaksa menambah staf & tutor kerana ingin memenuhi keperluan klien.

Itupun sehingga sekarang, isu tutor yang kurang mencukupi masih lagi melanda dek kerana permintaan klien walaupun database tutor kami sudah melebihi 1000 orang.

Saya memang follow Sifu Jamal secara peribadi. Saya memang lihat cara pengurusan bisnes dan staf selain daripada belajar fb ads.. dan saya banyak belajar sistem bisnes dari beliau. Yang bestnya beliau memang tak lokek ilmu. Alhamdulillah, ia amat membantu saya dalam menguruskan bisnes walaupun dari luar negara..

.. tapi saya memang tak puas hati dengan beliau, ‘janji dicapai’…offer sikit, tapi bagi terlebih-lebih dari yang dijanjikan. Contohnya, beliau selalu offer extra coaching dan belajar tajuk extra selain fbads.

Lagi satu, fbads ni memang perlu update ilmu setiap masa, jika tidak, Mark Zuckerberg pun tak dapek nak nolong bisnes kita.

Alhamdulillah syukur..

Semakin lama saya dalam bisnes, barulah saya faham bahawa niat dan matlamat kerja itu sendiri perlu diluruskan..

Niat kerana Allah, kerja untuk mendapatkan ilmu & kemahiran, dan juga untuk memberi manfaat kepada insan lain.

Then, barulah kita akan minat dengan kerja kita dan melakukannya secara ‘Beyond Expectation‘. Secara tidak langsung, rezeki akan datang dengan tak disangka-sangka..

Then, orang cakap.. “Dia bolehlah… dia itu…dia ini…”

Saya juga pernah mengalami saat-saat sukar.. Suatu ketika duit pun tak cukup nak beli pampers dan susu anak.. Motor pun pernah kena tarik.. Mak saya selalu susah hati dan macam-macam lagi kesukaran yang pernah dialami bersama partner saya dalam bisnes.

Saya dah biasa hidup susah, tapi saya tak boleh lihat orang lain susah hati.. pada masa tu saya faham semua ini untuk sementara sahaja.. dan kejayaan itu pasti akan datang..

Alhamdulillah, bila kita ada ilmu dan mentor, kejayaan itu lebih mudah dijemput..

Kini, suara yang selama ini tidak menyokong itu semakin kurang kedengaran dan ada yang sudah bertukar menyokong pula.

Alhamdulillah, berkat kerjasama dan ketabahan bersama sahabat-sahabat Infitah, serta mentor-mentor yang komited membantu kami.

Terima kasih saya ucapkan kepada Sifu Jamal dan team beliau yang komited membantu saya, partner dan usahawan-usahawan di luar sana. Jika kita tidak mengubah nasib kita sendiri dengan upgrade diri dan bisnes, tiada siapa yang boleh membantu. Apa pun, ia semua dengan izin Allah.

Itulah lumrah kehidupan.. nak dapat sagu tu, kena pecahkan ruyung dulu.. Dengan ada cabaran, kejayaan itu akan lebih terasa manisnya dan semakin dekat kita dgn Allah.

Ya, saya akui bisnes tiada masa depan jika tiada ILMU, MENTOR & KETABAHAN.

Kalau ada, anda ‘terpaksa’ bersedia untuk BERJAYA dengan izin Allah.

Alhamdulillah, kini kami ingin berkongsi kejayaan itu dengan orang lain kerana semua itu milik Allah dan harus dikongsi..

Alhamdulillah, Subhanallah. Allahuakbar. ”

PEMILIK PAGE
– Home Tuition & Quranic Home Based
– CMN Global Consultant Sdn Bhd

Abaikan apa orang sekeliling kata pada kita, FOKUS pada apa yang ingin kita capai..

.. dan paling penting adalah apa NIAT kita dalam melakukan sesuatu perkara kerana..

–> NIAT YG BAIK, HASILNYA PUN BAIK

Similar Posts

3 Comments

  1. Salam Tuan Jamal..

    saya pernah ke pejabat Tuan utk interview jawatan grafik designer..Tuan la orang pertama yg tegur saya masa sampai ofis tu..tapi tak dapat..hehe

    btw, bukan nak cerita pasal interview tu..tapi masa tu saya ada nampak tuan buat kelas mengajar orang buat ads fb..so saya ni boleh kata desperate jugak la..produk dah ada, saya dah buat macam2 iklan fb ads..tapi sale susah betul nak lekat..saya desperate mencari duit kawin lagi 2 bulan..so saya nak tanya la kalau tuan jamal ada buat kelas..saya cuba2 cari iklan tapi takde..

  2. Sy skrg dh ada bisness sendiri setahun lps sy buka sebuah pusat tuisyen.. kerana permintaan yg baik sy berjaya membuka dan cawangan kedua dibuka awal thn ini..
    Dilemanya skrg sy amat tertekan kerana sy masih lg bekerja dan terikat dgn komitmen kerja.. sy sekarang tertekan kerana perlu membahagikan masa kerja dan masa bisness.. pusat tuisyen sy sgt berpotensi dan menjana pendptn bulanan.. tp pekerjaan sy juga membantu sy menguruskan kewangan sy selama ini..

    Sy ingin mengambil keputusan utk berhenti kerja.. utk memberi ruang pada bisness dan keluarga.. bimbinglah sy ke arah itu.. hati sy gusar krn pd dasarnya sy mmg ingin berhenti shj skrg

Leave a Reply to Suriany Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *